Apa Itu Public Mutual? – Cara Pelaburan Untung

Anda nak tahu apa itu Public Mutual?. Sekarang ini memang ramai yang sudah mula untuk mempelajari apa itu pelaburan dan salah satu jenis pelaburan yang tidak mempunyai risiko yang besar adalah pelaburan Unit Trust yang salah satunya merupakan pelaburan public mutual.

Artikel pada kali ini, kami akan memberikan info yang serba ringkas berkenaan dengan Unit Trust dan apa yang anda boleh lakukan dengan pelaburan ini. Yang paling penting sekali, selepas anda membaca artikel ini, anda mendapat info yang sepatutnya berkenaan dengan pelaburan ini. Juga ada tips tambahan untuk mengelak daripada menjadi mangsa kepada skim cepat kaya.

Apa itu Unit Amanah?

Untuk lebih mudah, tentu anda tahu apa itu Amanah Saham Bumiputra (ASB) kan? ASB adalah satu unit dana di bawah Permodalan Nasional Berhad yang berfungsi untuk melaburkan duit yang lebih anda laburkan di pasaran saham, syarikat-syarikat di luar negara dan juga pelbagai jenis pelaburan dan perniagaan lain.

Public Mutual adalah perkara yang sama, dimana anda mempunyai wang, tetapi tidak sempat atau tidak tahu macam mana nak laburkan wang anda. Ataupun mungkin anda mempunyai pelaburan yang lain dan ingin masukkan dana anda ke sini kerana untuk mengelak memasukkan semua telur dalam satu bakul.

Secara ringkasnya adalah, anda melaburkan wang anda kepada pihak ketiga yang mempunyai skill untuk menggandakan wang anda. Memang tidak dinafikan yang ada banyak dana yang ada untuk anda pilih, yang mana yang terbaik adalah berdasarkan kepada prestasi dana tersebut. Untuk memilih dana apa yang bersesuaian dengan apa yang anda inginkan, ada beberapa tips yang anda perlu ikuti. Berikut adalah antara tips yang kami gunakan untuk anda;

1 Dana mempunyai pulangan wang lebih tinggi daripada Tabung Haji dan KWSP. Kalau lebih rendah, baik anda simpan sahaja dalam Tabung Haji, ASB ataupun KWSP. Mudah dan tidak perlu untuk tandatangan pelbagai dokumen.

2 Dana Patuh Syariah adalah yang kami rekemen untuk anda dapatkan di untuk pelaburan Public Mutual anda.

Untuk tips lain berkaitan dengan dana ini, kami rekemen untuk anda lihat dengan lebih banyak tips yang ada DI SINI. Ianya adalah berkaitan dengan cara dan teknik untuk memilih dana yang memberikan pulangan yang tinggi untuk unit trust investment anda.

Elak Scam Pelaburan

Apa-apa pelaburan yang memberikan pulangan yang tidak masuk akal seperti 30% setahun adalah menipu. Cuba elakkan pelaburan yang sebegini dan elak daripada anda ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjwab.

Public Mutual adalah dana yang mendapat pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia dan memang antara pilihan yang baik untuk membuat pelaburan. Tapi masih lagi bergantung kepada dana yang anda ingin laburkan. Barulah berbaloi dan terbaik.

Jom Belajar Saham

Lebih daripada 80% dana yang dilaburkan pada unit amanah ini akan digunakan untuk membeli saham-saham di BSKL. Memang anda boleh membeli saham-saham ini sendiri dan yang penting sekali adalah anda membeli dan menjual dengan teknik yang betul. Dengan teknik yang betul, tidak mustahil untuk anda mendapat pelaburan yang lebih banyak daripada unit amanah yang anda sertai.

Kalau anda berminat dengan pelaburan saham, boleh dapatkan tips percuma bekrenaan dengan signal penting dalam pelaburan saham di SINI. Ianya adalah antara langkah permulaan sebelum anda berjinak-jinak dengan dunia pelaburan saham yang serba mencabar ini. Daripada sini, anda sudah boleh mendapatkan info-info penting berkenaan dengan teknik pelaburan saham yang betul.

Pengalaman Saya Sendiri

Agen mempunyai kepentingan mereka sendiri dimana mereka akan mendapat komisyen untuk setiap duit yang kita laburkan. Itulah sumber pendapatan mereka. Sama ada dana itu ada untung ataupun tidak, memang mereka akan dapat komisyen dahulu. Sebab itu, agen akan cuba sehabis baik untuk menjual dana mereka dan ada sebahagian yang hanya tahu menjual dan tidak memberikan manfaat kepada pelanggan.

Untuk anda, cubalah cari dana yang terbaik untuk anda laburkan dan harap, artikel ini menjadi titik permulaan untuk anda sukses dalam dunia pelaburan anda.

Leave a Reply