Anda berminat untuk belajar main saham online? Jika anda sampai ke sini, saya yakin yang anda serious untuk belajar teknik dan cara yang betul untuk bermain saham secara online. Saya akan berikan sedikit perkongsian ilmu dan tips untuk belajar bagaimana teknik yang betul bermain saham.

Ubah mindset, jangan berhenti belajar teknik saham

Kebanyakan pelabur yang baru memasuki pasaran saham atau pelabur yang jarang mendapat keuntungan dalam pelaburan saham mempunyai satu mentaliti.

“teknik aku dah perfect, aku tak perlukan teknik baru”

Mentaliti seperti ini ada di kalangan pelabur saham dan tidak dinafikan ianya akan menyebabkan seseorang pelabur itu berasa terlalu yakin dan menyombongkan diri dengan teknik sedia ada. Ubah mentaliti, itu sangat penting. Kebanyakan pelabur yang berjaya ada mentaliti yang lebih cemerlang iaitu sentiasa dahagakan teknik dan ilmu baru dalam pelaburan saham. Mentor saya sendiri mempunyai mentaliti seperti itu, dan saya yakin, sikap humble dan ‘down to earth’, tidak kedekut ilmu membolehkan seseorang untuk berjaya dalam pelaburan saham yang diceburi.

Apa Strategi Pelaburan Saham anda?

Apa dia strategi pelaburan saham anda? teknikal analisis ataupun fundemantal analisis ataupun gabungan kedua-dua teknik tersebut. Kedua-dua teknik tersebut ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, dan ia sangat bergantung kepada seseorang. Anda pilih stail pelaburan saham anda.

InsyaAllah pada artikel akan datang, saya akan menceritakan kepada anda berkenaan dengan strategi pelaburan saham dan analisa teknikal dalam pelaburan tersebut. Jika anda ingin mempelajari asas teknikal dalam pelaburan saham, saya berikan kepada anda secara PERCUMA beberapa signal penting dalam analisa saham teknikal.

–>Dapatkan signal penting analisa pelaburan TEKNIKAL<–

Ya, saya berikan percuma dan harap ianya bermanfaat. Ianya adalah beberapa signal penting yang digunakan oleh pelabur saham teknikal dalam menganalisa pelaburan mereka. Signal dan kriteria dalam panduan tersebut membantu saya untuk menganalisa Pelaburan saham dengan baik dan berkesan.

Target harga gain dah harga loss

Ramai yang berangan dan menetapkan harga gain yang tinggi. Semasa mula membeli saham, kebanyakan pelabur sudah ada harga jual di dalam kepala. Harga jual ‘gain’ bukan harga ‘loss’. Penting dalam fikiran kita untuk meletakkan dalam minda harga untuk kita ‘cut loss’ jika pergerakan tidak seperti yang diramalkan.

Saya secara personal kenal dengan beberapa rakan pelabur yang sudah rugi berpuluh ribu kerana tiada disiplin dalam menetapkan harga ‘cut loss’. Apala sangat rugi beberapa ratus berbanding dengan berpuluh ribu dalam pelaburan saham. Semua gara-gara tiada disiplin dalam pelaburan saham.

Jangan berhenti belajar

Itulah nasihat saya untuk mereka yang serious dalam belajar main saham online ini. Jika anda betul serious dan bersungguh-sungguh, bukan hangat-hangat tahi ayam, saya yakin anda boleh berjaya. Oh ya, dapatkan beberapa signal penting analisa pelaburan TEKNIKAL tu ye, saya beri PERCUMA.

Selamat melabur.

Artikel berkaitan : Teknik pelaburan saham tanpa modal