Bagi yang cuba berjinak-jinak dengan saham, tentu sekali tahu berkenaan dengan Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL. Artikel kali ini, saya akan berkongsi tips dan teknik macam mana nak buat untung dan belajar saham Malaysia (BSKL).

BSKL terbahagi kepada main market dan ACE atau secondery market. Main market adalah saham-saham yang bermodal besar manakala secondary market adalah saham-saham yang bermodal kecil dan sederhana. Untuk pengetahuan, saya kenal dengan mereka yang berjaya kaut untung yang banyak dalam main market dan juga mereka-mereka yang dapat kaut untung yang banyak juga dalam secondery market. Yang paling penting adalah strategi anda untuk bermula dan berjaya dalam pelaburan saham.

Untuk anda belajar saham dengan lebih efektif lagi, jika anda mahukan signal penting dalam technical analisis, saya berikan di link bawah. Boleh dapatkan.

–>Download PERCUMA Signal penting technical analysis<–

Strategi untung belajar saham BSKL, ikut pergerakan indeks

Saya nak kongsikan beberapa tips pelaburan saham yang boleh membuatkan anda untung berganda dan elak untuk rugi. Strategi yang saya gunakan ini adalah strategi mengikut indeks utama saham Malaysia iaitu indeks BSKL. Teknik ini dinamakan Top Down Approach dalam pelaburan saham.

Sebelum anda memulakan langkah untuk melabur dalam saham Malaysia, lihat indeks KLCI. Gunakan segala pengetahuan anda dalam technical analisis untuk menilai sama ada indeks berada dalam ‘trend’ menaik atau menurun?

Ini adalah indeks pada 13/12/2015

main saham indeks

Cuba anda lihat indeks di atas, anda tentukan sama ada ianya menaik atau menurun?

Selepas itu, cuba lihat semua sektor indeks yang ada di bursa saham Kuala Lumpur. Dalam banyak-banyak sektor tersebut, yang mana merupakan sektor yang paling ‘perform’ di antara semua sektor berdasarkan kepada pengetahuan technical analisis yang anda ada.

Saya bagi beberapa contoh sektor indeks

Technology

indeks technology

Property

property

Ada 8 sektor indeks di Malaysia, anda pilih yang mana sektor yang paling perform.

Jika anda rasakan yang sektor indeks Technology ini paling perform berdasarkan kepada pengetahuan technical analisis anda, langkah seterusnya adalah, anda perlu memilih kaunter yang paling perform di dalam sektor indeks tersebut.

Dengan cara ini, kebarangkalian untuk rugi akan dapat dikurangkan. Strategi yang saya gunakan adalah “just follow the trend, the trend is your friend”

Apapun saya tetap cadang untuk anda memiliki ebook panduan saham ini untuk memberi pendedahan kepada anda tentang technical analysis,

Anda mungkin ada strategi berbeza, dan strategi inilah yang saya pegang untuk melabur dalam pasaran saham Malaysia.

p/s : jika main indeks iaitu Indeks KLCI dalam keadaan menurun, adalah tidak digalakkan untuk menggunakan strategi ini.

Artikel lain : Tips Pelaburan Saham Tanpa Modal Terbaik