7 Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil

Antara masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelabur-pelabur baru adalah modal! Disebabkan oleh kekangan modal, memang tidak dapat melabur saham dengan lebih agresif dan antara lainnya, tidak dapat membeli saham-saham “blue chip” yang ada di pasaran sekarang ini. Jadi, macam mana caranya bermain saham dengan modal kecil yang minima dan pada masa yang sama memberikan keuntungan yang besar pada modal yang dilaburkan.

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa tips dan cara penting kepada anda untuk melabur dalam pelaburan saham. Cara ini membolehkan anda untuk membuat pelaburan dengan modal yang minima dan pada risiko yang rendah. Harap ianya dapat membantu anda untuk sukses dalam pelaburan yang anda ceburi.

cara bermain saham modal kecil

Tips dan Teknik Yang Sesuai

Tanpa berlengan masa, kami tunjuk beberapa cara yang sesuai untuk anda dan cara ini juga kami gunakan dalam pelaburan kami. Ianya teknik yang saya sendiri gunakan suatu masa dahulu ketika modal saham tidak terlalu banyak dan pada masa yang sama, inginkan pulangan lumayan dalam pelaburan saham.

Sebelum pergi lebih jauh, apa yang anda perlu tahu adalah, dalam pelaburan saham ini terbahagi kepada teknikal analisis dan fundemantal analisis. Kalau anda dapat gabungkan kedua-dua teknik ini, ianya membolehkan anda untuk memperolehi setup yang bagus. Kerana apa? anda pilih kaunter berdasarkan kepada analisis kewangan syarikat, dan anda masuk berdasarkan kepada kekuatan teknikal. Kami ada cerita berkenaan dengan info ini di SINI.

#1 Elakkan Syarikat Besar dan Saham Blue Chip

Satu yang anda kena ingat adalah, ukur baju dibadan sendiri. Kalau baru nak mula pelaburan saham dengan modal hanya RM3k, elakkan syarikat-syarikat besar ini. Maksud syarikat besar pada saya mudah sahaja, ianya berharga RM1 dan ke atas untuk harga seunit. Kalau harganya RM1 ke atas, cuba elakkan, tetapi kalau anda mempunyai modal yang lebih besar seperti RM10k, tiada masalah untuk mencuba syarikat ini kerana ianya lebih berbaloi. Apapun terpulang kepada anda kerana ini merupakan pendapat peribadi dari saya sendiri.

Boleh juga untuk anda tengok video di bawah berkaitan dengan penerangan kami kalau anda nak melabur dalam saham dengan modal yang kecil dan minima.

#2 Melabur Dalam Saham Penny Stock

Ini cara yang kedua yang saya sendiri gunakan iaitu melabur dalam saham yang bernilai rendah seperti RM0.7 ke bawah. Sebarang kenaikan dengan kaunter seperti ini, akan mendapat pulangan yang tinggi dan lebih berbaloi, dan begitulah sebaliknya. Kalau yang baru mula, cuba belajar cara-cara untuk melabur saham-saham seperti ini, ianya adalah antara pilihan pelabur yang baru dan digalakkan untuk anda mencuba sendiri. Cara untuk melabur saham seperti ini adalah melalui teknikal analisis.

Boleh tengok video di bawah ini tips dan cara untuk melabur saham dengan untung Rm100 sehari. Kebanykan kaunter adalah murah di bawah 70 sen sahaja.

#3 Melabur Dalam Ilmu

Jangan kedekut untuk melabur dalam ilmu. Sekarang ini sudah banyak page saham dan info pelaburan saham yang ada untuk anda gunakan. Apapun, ilmu yang bagus itu tidak datang dengan percuma. Cuba pergi ke kelas-kelas saham. Kepada yang baru bermula tu, boleh cuba belajar-belajar saham dan mungkin tak salah untuk jadi client kami.

Ada beberapa SOP simple yang kami boleh ajar kepada anda, Semuanya percuma khusus untuk client sahaja. Juga kalau anda struggle nak dapat untung, ada beberapa strategi yang insyaAllah anda boleh kalahkan return dan dividen Tabung Haji dan ASB. Semua akan anda dapat selepas menjadi client kami.

#4 Mula Dapatkan Pendedahan Teknikal Analisis

Sama ada teknikal analisis ataupun fundemantal analisis, anda pilih yang mana yang berseusian dengan anda. Dari situ, barulah anda boleh mula serious melabur dalam pelaburan saham. Untuk yang nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan teknikal analisis, anda juga boleh mendapatkan beberapa info dan video training dari kami khusus untuk membantu anda memahami dan buat duit dengn pasaran saham. Nak tahu lebih lanjut berkeaan dengan tips dan panduan tersebut, boleh tengok DI SINI.

Harap ianya membantu anda memahami lebih mudah dan simple strategi berkenaan dengan topik apa itu teknikal analisis dalam saham.

#5 Belajar Tentang Warrant

Cuba ambil masa belajar mengenai warrant. Nak tahu apa tu, boleh tengok artikel ini. Warrant ini adalah umpama anak yang mengikut pergerakan emak. Kalau emak naik, anak pun akan naik sekali. Boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan hal ini kalau memang anda serious membuat pelaburan dalam saham.

Warrant ini akan ikut pergerakan emak, cuma yang menarik adalah, ianya jauh lebih murah. Antara perkara yang anda kena ambil tahu adalah, tarikh expired warrant ni, kalau salah masuk dekat warrant yang dah nak expired, ada kemungkinan dana anda habis begitu sahaja. Jadi pilih betul-betul dan pastikan semua maklumat adalah tepat.

Alternatif Lain Saham

Kalau saham anda kena kaji banyak kaunter. Di Bursa Malaysia, ada lebih 1500 kaunter yang anda perlu pilih. Biasanya saya akan tengok pada “most active” ataupun “top gainers” untuk pilih kaunter yang saya nak masuk. Kerana apa? dari situ ada banyak transaksi yang anda boleh dapat. Tapi, macam mana kalau kami nak rekemen pilihan pelaburan lain bagi membolehkan anda untuk membuat keuntungan.

Ada banyak alternatif lain yang boleh memberikan keuntungan kepada anda jangka masa panjang. Boleh tengok tips dan pemilihan kaunter juga beberapa pilihan di bawah ini;

Pada kami, saham ini memang sentiasa menawarkan ruang dan peluan untuk buat duit dalam apa-apa keadaan market sekalipun. Ya, masa market dalam keadaan menurun pun, masih boleh buat duit. Tak percaya, boleh dalami dulu strategi yang bakal kami berikan kepada anda dengan menjadi client dan buka akaun dengn kami.

Artikel Lain Berkaitan Saham

Ada beberapa artikel kami yang lain berkaitan dengan pelaburan saham yang anda boleh dapatkan di

Yang penting adalah, anda cuba bersungguh-sungguh untuk sukses dalam pelaburan yang anda ceburi. Cuba sehabis baik untuk sukses dalam stock market ini, kalau ada yang boleh sukses, kenapa anda tidak.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest