Ramai yang mencari cara untuk jual dan beli saham online di Bursa Malaysia BSKL. Jadi, pada kali ini saya nak tunjukkan cara untuk memudahkan anda menjual dan membeli saham BSKL dengan betul. Pada akhir artikel ini, saya juga akan berikan tips dan panduan untuk anda berjaya dalam pelaburan saham yang anda ingin ceburi.

Saham merupakan salah satu pelaburan yang memang evergreen dan menjanjikan pulangan yang tinggi. Tetapi dengan syarat, perlu mempunyai teknik yang betul. Ada teknik yang betul, insyaAllah boleh konsisten profit dengan saham.

cara jual beli saham

Perkara Asas dalam cara jual beli saham BSKL

Perkara yang paling asas dalam jual dan beli saham online adalah anda perlu mempunyai akaun pelaburan saham. Memang penting untuk anda mempunyai akaun pelaburan saham ini kerana segala urusan jual dan beli saham perlulah melalui akaun tersebut. Jadi, macam mana nak buka akaun pelaburan saham?

Anda perlu ke mana-mana cawangan investment bank yang ada di Malaysia. RHB Invest, AmInvest, CIMB I trade, Maybank investment dan lain-lain lagi cawangan yang anda boleh pergi. Antara platform yang popular untuk pelaburan saham adalah Maybank Investment. Saya pun ada tulis artikel berkenaan dengan cara membuka akaun Maybank Investment ini. Boleh ke SINI untuk maklumat lanjut.

Mulakan Pelaburan Saham Anda

Ianya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk akaun CDS anda aktif. Selepas akaun CDS anda aktif, anda boleh terus lakukan transaksi jual dan beli saham di platform yang anda miliki.

Setiap platform mempunyai carta pelaburan milik mereka yang anda boleh gunakan dalam strategi pelaburan anda. Jual beli saham berlaku melalui akaun tersebut.

**Nasihat saya, saya sengaja tidak mahu berikan info terlalu detail di sini. Buka akaun CDS di mana-mana cawangan investment bank. Kemudian anda boleh cuba beli saham yang anda minati. Macam mana nak beli saham tersbut?

Untuk akaun CDS, boleh baca panduan dan rekemendasi kami kenapa kami pilihn RHB.

[Baca] Buka Akaun CDS

Langkah-langkah jual beli saham online

#1 Pastikan yang anda sudah mempunyai akaun dan sudah memasukkan duit ke dalam akaun tersebut. Sebagai contoh, amaun saham yang anda masukkan adalah RM3000.

#2 Pilih saham yang anda minat, saya ambil contoh, jika anda pengguna telifon OneXOX, boleh dapatkan saham OneXOX pada harga Rm0.1 Dah pilih saham yang anda minat?

#3 1 lot saham = 100 unit. Jika anda ingin membeli 1 lot saham Xox, anda perlu membayar RM0.1 x 100 = Rm10.

#4 Disebabkan modal anda di dalam akaun dalah RM3000, makan anda boleh membeli 300 lot saham XOX.

#5 Jika saham XOX naik Rm0.2 seminggu selepas itu, tahniah anda telah mendapat keuntungan 100% profit. Kalau saham XOX turun RM0.05, maka secara rasminya anda rugi 50%.

Belajar tips dan teknik pelaburan saham untuk memudahkan jual beli saham

Saya ada kongsikan beberapa artikel berkenaan dengan strategi pelaburan mengikut arah indeks. Boleh baca di sini.

main saham indeks

Apapun, untuk tips lebih mudah untuk mendapat untung dalam pelaburan saham, saya cadangkan anda dapatkan ebook sistemsaham.com ini. Di dalam ebook ini banyak tips untuk begineer, advance tips untuk berjaya dalam pelaburan saham. Banyak yang anda dapat belajar daripada ebook tersebut dan memang ternyata banyak tips yang dikongsikan ebook tersebut untuk anda berjaya dalam pelaburan saham.

Bonus Tambahan

Sebagai bonus tambahan, saya nak berikan kepada anda tips untuk dapatkan candlestick reversal signal. Boleh dapatkan di SINI. Tips ini ternyata memudahkan anda untuk mengetahui reversal signal daripada candlestick. Ianya adalah satu senjata yang mantap yang dapat membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham anda.

Apapun, semoga berjaya dalam pelaburan saham anda. Terus mulakan langkah untuk melabur, jangan tunggu sampai esok. Kalau yang masih tiada akaun tu, cepat-cepat buat satu akaun pelaburan saham hari ini juga.