Pinjaman Rumah Affin Bank – Tiada Lagi Subsale & Lelong

Pihak admin dapat info semalam daripada Affin Bank, yang mana, pegawai tersebut menyatakan, mereka sudah tidak boleh lagi proses rumah subsale (rumah 2nd hand) dan juga rumah lelong. Perkara ini berkuat kuasa serta merta dan pada masa yang sama, pihak kami mempunyai 3 pinjaman rumah yang masih dalam proses dengan pihak Affin bank.

Banyak perkara yang berlaku sekarang ni, terutama syarat pinjaman yang semakin ketat. Sebelum ini, pihak Affin telah mengenakan syarat yang lebih ketat sehingga artikel ini ditulis. Antara syarat yang dikenakan adalah, tiada lagi pinjaman perbankan Islam ataupun Islamik loan, dan pinjaman mestilah berharga RM300k dan ke atas. Syarat-syarat terbaru ini ternyata menyusahkan ramai pihak.


Jadi, bank tu boleh proses pinjaman rumah yang macam mana?

Bank tersebut cuma akan proses pinjaman rumah untuk unit baru (under construction) tapi bergantung kepada 2 syarat ini;

1 – Rumah under construction tersebut berharga RM300k dan ke atas, bawah rm300k memang tak layan.

2 – Pemaju rumah tersebut mesti panel dengan bank ini, kalau tak panel memang tidak boleh proses.

Beberapa kali berurusan, pihak kami nampak bank ini sudah pun mengenakan syarat yang ketat, approval yang makin susah, kena ada saving yang tinggi dan co borrower sebagai back up. Pernah juga sebelum ini, pihak bank ini meminta client untuk membuka fixed deposit akaun untuk pinjaman rumah lulus.

Ada kemungkinan juga, bank ini sudah fokus kepada produk lain yang lebih menguntungkan dan mengurangkan fokus kepada pinjaman rumah. Mungkin ada pinjaman lain yang memberikan keuntungan yang jauh lebih baik daripada pinjaman rumah seperti produk insurans, fixed deposit dan lain-lain.

Sebelum-sebelum ini, memang pihak kami mempunyai beberapa kes yang sudahpun lulus dengan Affin Bank ini. Ternyata, pinjaman rumah jauh lebih mudah pada awal tahun 2017 berbanding dengan sekarang.

Apa Jadi Kalau Anda Walk-In ke Bank Tersebut Untuk Dapatkan Pinjaman?

Pegawai bank tersebut pastinya akan melayan anda dan bukan polisi mereka untuk katakan mereka tak buat pinjmaman rumah. Boleh jadi adalah, permohonan anda diterima tetapi langsung tiada feedback daripada pegawai bank selepas anda hantar semua permohonan anda.

Ada kemungkinan juga pihak bank akan berterus terang dengan mengatakan mereka tidak lagi membuat permohonan pinjaman rumah subsale ataupun lelong. Apapun, bergantung kepada keadaan.

Macam Mana Nak Pastikan Permohonan Pinjaman Anda Lebih Cepat?

Anda tidak perlu pening-pening dengan syarat bank yang banyak sekarang ini, cuma klik link di bawah dan kami akan uruskan pinjaman perumahan anda.

KLIK Untuk Borang Pinjaman Rumah

Pihak kami akan meneliti profail pekerjaan anda dan terus menghantar permohonan pinjaman ataupun loan perumahan kepada bank yang mempunyai kadar kebarangkalian untuk lulus. Sebagai contoh, tidak semua bank menerima permohonan mereka yang bekerja di Singapura, tak semua bank menerima permohonan bank lelong, dan tidak semua juga nak proses pinjaman daripada mereka yang bekerja sendiri.

Kalau nak refinance rumah pun, tidak semua bank akan proses permohonan anda bergantung kepada kelayakan pinjaman anda. Kalau anda tidak biasa, memang ini akan mengambil masa dan yang lebih menarik adalah, servis kami adalah tanpa sebarang caj.

Ataupun nak respond lebih pantas, terus sms/whatsapp 010-8435381 – Untuk info lanjut


Yang Penting pinjaman anda lulus dengan lebih mudah.

Leave a Reply