Renew Road Tax Tanpa Geran – Myeg

Kalau anda mempunyai kenderaan sama ada motosikal ataupun kereta, perkara yang mesti anda lakukan setiap tahun adalah untuk renew ataupun perbaharui cukai jalan anda. Kalau tak perbaharui, kereta itu tidak boleh berada di jalan raya dan kalau ditangkap, akan dikenakan saman yang lebih berat. Jadi, untuk elak daripada masalah ini, adalah lebih baik untuk anda perbaharui road tax anda akan ianya memudahkan anda di kemudian hari.

Ramai yang bertanya saya tentang cara nak renew road tax tanpa geran kerana geran yang ada dipegang oleh bank. Sampai anda habis membayar pinjaman kenderaan, barulah anda boleh memegang geran kereta anda sendiri. Kali ini kami akan tunjukkan langkah-langkah untuk anda membayar ataupun renew road tax anda dengan mudah tanpa menggunakan geran dan ianya boleh dilakukan secara online sahaja.

Pertama Sekali Sebelum Perbaharui Cukai Jalan

Sebelum anda perbaharui cukai jalan, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk memperbaharui insurans kenderaan anda. Kalau anda belum lagi perbaharui insurans kenderaan anda, memanglah anda tidak akan dapat perbaharui cukai jalan anda. Sekarang ini ada banyak pilihan syarikat Insurans yang ada di Malaysia dan anda boleh bandingkan yang mana yang paling sesuai dengan anda.

Untuk itu, kami galakkan untuk anda gunakan Etiqa Takaful. Info berkenaan dengan maklumat Etiqa Takaful ini ada di SINI. Boleh lihat kepada info yang diberikan dan dapatkan quotation daripada Etiqa. Semuanya boleh dilakukan secara online sahaja tanpa perlu untuk ke syarikat takaful berdekatan.

Selepas Perbaharui Insurans – Apa Langkah Seterusnya?

Anggap sahaja anda dah perbaharui insurans kenderaan dan membuat pembayaran. Lepas itu, barulah anda boleh perbaharui cukai jalan anda. Ianya tidaklah susah dan anda boleh lakukan secara online walaupun masih belum mendapat geran kereta anda!

Memperkenalkan MYEG

MYEG adalah satu laman web yang ditubuhkan khusus untuk memudahkan anda membuat pelbagai transaksi seperti memperbaharui cukai jalan, lesen memandu, membayar saman dan lain-lain. MYEG boleh dikatakan satu-satunya tempat yang anda boleh pergi untuk mendapatkan cukai jalan kenderaan anda. Ianya mudah dan anda hanya perlu untuk mendaftar akaun di sana. Daftar akaun MYEG di SINI.

Saya anggap yang anda sudahpun mendaftar dan sudah pun login. Bila sudah mendaftar dan telahpun login, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk pergi ke bahagian Jabatan Pengangkutan Jalan seperti dalam gambar di bawah ni.

Dah KLIK bahagian pengangkutan jalan tersebut, cari road tax renewal. Tak susah untuk anda dapatkan road tax renewal ini. KLIK situ dan anda boleh perbaharui cukai kenderaan anda. Tak susah pun.

Selepas itu, anda hanya perlu untuk isikan maklumat yang dimahukan dan tekan proceed untuk pembayaran dan lain-lain. Mudah kan!

Untuk pembayaran, boleh pilih sama ada untuk anda menggunakan kad kredit, online banking ataupun lain-lain cara. Yang mana yang paling sesuai dengan apa yang anda mahukan.

Penting Untuk Anda

Perlu diingatkan, kalau anda menggunakan MYEG servis ini, mereka akan mengenakan cas servis dan penghantaran. Cas servis memang mereka akan kenakan, untuk penghantaran pula, anda boleh ambil sendiri di pejabat mereka kalau anda mempunyai masa dan ingin berjimat. Apapun, terpulang kepada anda dan mana yang paling sesuai untuk anda.

Ini adalah tips untuk renew road tax kenderaan anda kalau tiada geran lagi. Kalau anda sudah mempunyai geran sendiri, boleh ke Pejabat Pos berdekatan dan renew cukai jalan anda dengan mudah. Apapun, ini adalah antara tips penting untuk anda. Kalau ini kalu pertama anda renew road tax, ini adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan ye.

Leave a Reply