Pelaburan Saham Patuh Syariah – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sekarang ini sudah ramai yang mula mencari pelaburan patuh syariah. Semuanya agar setiap pulangan yang anda dapat mendapat keberkatan dan diredhai. Sekarang ini, bukan sahaja dana unit amanah(link) yang mempunyai dana patuh syariah, saham patuh syariah pun sudah ada banyak di kaunter BSKL sekarang ini.

Persoalannya adalah sama ada anda mahu untuk melabur dalam dana tersebut ataupun sebaliknya. Seperti saya, memang sebolehnya untuk melabur dalam saham yang patuh syariah kerana ianya juga menjanjikan pulangan yang menguntungkan dan antara pilihan yang terbaik yang anda boleh dapatkan.

Macam Mana Nak Tahu Sesuatu Kaunter Ini Patuh Syariah

Ada dua cara untuk tahu dan salah satunya adalah melalui laman web Bursa Saham Kuala Lumpur. Dari situ memang ada senarai kaunter yang anda cari. Tidaklah terlalu sukar kerana anda sudah tahu apakah senarai kaunter yang islamik ini. Seterusnya terpulang kepada anda sama ada untuk teruskan melabur dalam kaunter ini ataupun sebaliknya.

Satu lagi cara adalah dengan melihat data daripada laman broker anda sendiri. Macam saya, saya menggunakan platform daripada RHB dan untuk platform ini, cara untuk tentukan dana yang patuh syariah adalah dengan melihat tanda bulat. Jiak ada tanda ini, memang anda selamat untuk melabur dalam dana yang anda inginkan. Boleh lihat sendiri melalui gambar di bawah ini.

Anda sudah tahu kaunter apa yang anda mahukan, seterusnya adalah bagaimana teknik untuk anda membuat pelaburan saham. Kalau anda langsung tiada asas, kami cadangkan untuk anda bermula dengan panduan percuma dari kami di SINI. Ianya adalah asas penting untuk sukses dalam pelaburan anda.

Saham memang menjanjikan pulangan yang baik untuk pelaburan anda. Tetapi ianya memerlukan teknik yang betul untuk pelaburan anda. Dengan teknik yang betul, barulah anda boleh sukses dalam pelaburan saham.

Unit Amanah Patuh Syariah

Selain daripada saham, memang terdapat banyak pilihan unit trust yang patuh syariah. Banyak syarikat yang menawarkan Unit Amanah yang patuh syariah dan salah satunya adalah Public Mutual. Ianya adalah antara pilihan dana yang terbaik yang anda boleh pilih.

Apapun, tidak semua dana daripada Mutual Fund ini menjanjikan pulangan yang baik, yang penting adalah anda tahu dana apa yang anda mahukan dan cara untuk memilih dana yang terbaik agar anda tidak rugi. Untuk mendapatkan dan tips memilih dana yang mempunyai risiko yang rendah tetapi pada masa yang sama menjanjikan pulangan yang baik, anda boleh lihat di SINI. Sememangnya penting untuk anda memilih dana yang terbaik agar anda mendapat pulangan yang sepatutnya.

Pelaburan Untuk Persaraan – Lagi Awal Lagi Baik

Memang sudah sampai masanya untuk anda memulakan pelaburan untuk persaraan anda. Lagi awal anda bermula lagi bagus kerana anda mendapat banyak manfaat dan boleh mengambil risiko yang lebih lagi. Jika anda belum lagi terfikir untuk pelaburan persaraan anda, sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda fikirkan untuk persaraan anda. Boleh mulakan dengan mendapatkan info berkenaan dengan pelaburan yang sesuai untuk anda. Untuk persaraan, kami cadangkan anda untuk lihat pelaburan unit amanah dan saham sebagai permulaan.

Sekarang memang sudah tiada alasan lagi untuk mencari dana yang patuh syariah. Memang sebagai orang Islam adalah wajib untuk mendapatkan dana yang seperti ini untuk pelaburan yang selamat dunia dan akhirat.

Leave a Reply