Skim Persaraan Swasta Terbaik

Bagi yang bekerja swasta, memang perlu difikirkan apakah skim persaraan swasta yang terbaik untuk anda agar walaupun sudah tidak bekerja apabila menjelang usia 50an, anda masih lagi boleh hidup dengan selesa dan tidak terdesak. Lagi awal untuk anda memikirkan apakah skim yang terbaik untuk anda lagi bagus kerana pada usia muda, anda masih boleh lagi mengambil keputusan yang lebih berisiko.

Untuk yang bekerja dalam sektor kerajaan memang tidak perlu risau kerana mereka memang ada skim pencen untuk mereka. Tetapi untuk yang berada dalam sektor swasta, memang anda perlu memikirkan sesuatu untuk persaraan anda. Kalau tidak tentunya akan menjadi lebih susah nanti. Apapun, pada kali ini, kami akan tunjukkan cara yang terbaik untuk anda memilih sendiri tips jangka panjang untuk anda berjaya dalam skim pelaburan yang anda pilih.

Pilihan Yang Ada Untuk Anda Pilih

Memang ada banyak pilihan untuk anda pilih. Yang paling penting adalah adakah ianya sesuai dengan apa yang anda cari dan anda mahukan. Saya sarankan untuk anda masukkan beberapa peratus dana ada dalam skim unit trust. Ini adalah antara beberapa item yang penting sekali.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengetahui dana yang terbaik untuk melabur dalam unit trust. Sebelum saya pergi lebih jauh berkenaan dengan unit trust ataupun unit amanah, saya sarankan untuk anda baca artikel INI. Saya ada ceritakan dengan lebih detail berkenaan dengan bagaimana konsep unit amanah ini pada artikel tersebut.

Tetapi perlu diingat yang dana unit amanah ini tidaklah menjanjikan pulangan yang banyak. Anda boleh anggap pulangan yang diberikan adalah lebih kurang 10% setahun, mungkin kurang ataupun mungkin lebih. Kalau pulangan lebih rendah daripada KWSP ataupun ASB, lebih baik anda laburkan sahaja di ASB. Apapun, untuk anda tahu apa pilihan yang terbaik dan cara bagaimana untuk memilih dana yang terbaik untuk pelaburan Unit Trust anda, kami galakkan untuk anda dapatkan di SINI. Ianya adalah tips yang lengkap berkenaan dengan cara dan strategi untuk memilih dana yang terbaik.

Pelaburan Saham

Kalau anda rasa pelaburan daripada dana Amanah ini adalah sekitar 10% setahun, anda bolehlah menggandakan pelaburan anda sehingga 50% setahun melalui pelaburan saham. Ianya boleh dilakukan kalau anda tahu teknik yang betul dan berkesan mengenai pelaburan saham. Kalau anda tidak pernah tahu bagaimana untuk bermula, kami cadangkan untuk anda bermula dengan langkah-langkah untuk membuka akaun dalam saham. Langkah-langkah tersebut ada kami ajar dalam artikel INI.

Memang tidak dinafikan yang saham memang menjanjikan pulangan yang berbaloi dan terbaik. Tetapi tidak semua orang mampu melakukannya. Yang penting adalah teknik yang betul berkenaan dengan cara memilih kaunter yang anda inginkan. Dari situ anda boleh mendapat pelbagai tips dan teknik untuk sukses dalam pelaburan ini.

Kami juga galakkan untuk anda dapatkan tips percuma signal penting dalam Saham INI. Ianya sedikit sebanyak akan membantu anda untuk sukses dalam pelaburan dan sebagai satu permulaan untuk pelaburan yang anda inginkan.

Jom Mula Dari Sekarang

Lagi awal anda bermula lagi bagus kerana lebih banyak risiko yang anda boleh ambil untuk sukses dalam apa yang anda ceburi. Saham dan unit trust adalah antara pelaburan yang kami cadangkan untuk anda ceburi sebagai salah satu skim persaraan swasta terutama ketika anda tua nanti.

Selain daripada 2 teknik ini, memang tidak dinafikan ada banyak lagi cara lain yang anda boleh gunakan untuk hari ketika anda bersara nanti. Walaupuna ada banyak cara, kami tetap cadangkan untuk anda laburkan dalam 25% daripada dana persaraan anda dalam mutual fund ini. Ianya adalah pelaburan yang kurang risiko tetapi masih menjanjikan pulangan yang baik. Pilihlah dana yang terbaik untuk anda gunakan.

Leave a Reply