Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda tentu datang ke laman ini kerana ingin mencari info akaun simpanan emas bukan? Saya juga seperti anda, tercari-cari info dan tips untuk membuat pelaburan emas yang diharapkan boleh memberi pulangan jangka masa panjang. Jadi, setelah mencari banyak maklumat dari google, saya akan cuba kongsikan tips dan teknik untuk membuat pulangan yang baik dari akaun pelaburan emas.

Apa itu akaun pelaburan emas atau dalam bahasa inggerisnya, gold saving account.

  • Anda deposit wang anda ke akaun simpanan emas, wang anda ditukar menjadi emas dan disimpan dalam akaun simpanan emas.
  • Emas yang terkumpul dalam simpanan emas akan kekal nilainya malah meningkat setiap tahun kerana inflasi yang melanda mata wang kertas dan juga kenaikan harga emas yang meningkat setiap tahun.
  • Anda boleh keluarkan simpanan emas anda seperti biasa, ada bank yang membolehkan anda mengeluarkan simpanan dalam bentuk tunai, ada juga bank yang hanya membenarkan pengeluaran dalam bentuk emas. Kena lihat lebih detail mengenai syarat yang dikemukakan.

Akaun simpanan emas ini boleh dikatakan selamat kerana telah mendapat jaminan daripada pihak berwajib seperti bank negara dan suruhanjaya sekuriti Malaysia. Jadi, anda boleh membuat pelaburan tanpa was-was dan yang paling penting sekali adalah, pelaburan anda dijamin oleh pihak bank sendiri.

Pelaburan emas dalam bentuk akaun simpanan ini tidaklah menjanjikan dividen yang hebat seperti skim pelaburan emas di luar sana, tetapi sudah cukup untuk membolehkan anda mendapat pulangan yang selamat atau paling tidak pun membolehkan pelaburan anda tidak susut nilai seperti wang kertas biasa.

Yang paling penting, pelaburan emas dalam bentuk akaun simpanan ini mempunyai ready buyer iaitu bank, selagi bank tersebut masih ada.

Akaun Simpanan Emas patuh syariah

Apa yang anda patut tahu berkenaan dengan akaun simpanan emas ini adalah, ianya mempunyai akaun simpanan emas yang patuh syariah dan yang tidak patuh syariah. Perbezaan antara kedua-dua akaun tersebut adalah halal dan haram yang melibatkan riba dan tidak melibatkan riba. Tentunya kita mahukan satu pelaburan yang selamat dunia dan akhirat bukan?

Oleh yang demikian, pada artikel kali ini, saya akan menyenaraikan senarai akaun pelaburan emas yang patuh syariah sahaja. Ianya sangat penting kepada pelabur seperti anda yang membaca artikel ini dan juga saya.

Akaun Simpanan emas patuh syariah yang pertama adalah daripada bank Kuwait Finance House.

  • Pembelian emas KFH mesti bermula dengan nilai minima 10g
  • Ketulenan emas KFH adalah 995
  • Dalam akaun emas KFH, perlu ada baki minima 2 gram, jika kurang akan dianggap tidak aktif
  • KFH tidak mengenakan sebarang cas semasa pengeluaran, ini adalah antara perkara yang bagus mengenai KFH.
  • Waktu urusniaga KFH hanya pada waktu pejabat, pelanggan perlu hadir ke KFH untuk melakukan urus niaga KFH.

Ini adalah antara perkara yang anda patut tahu berkenaan dengan akaun simpanan emas ataupun akaun pelaburan emas KFH. Jika anda berminat, boleh rujuk ke laman KFH dan cari cawangan KFH yang terdekat dengan anda.

Akaun simpanan emas patuh syariah yang kedua adalah daripada Al Rajhi. Berikut adalah apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan akaun patuh syariah emas dari Al Rajhi.

  • Pembelian minima emas dari akaun simpanan emas alrajhi adalah 10g. Pembelian seterusnya hendaklah dalam gandaan 5g.

Tidak banyak info berkenaan dengan akaun pelaburan emas Al Rajhi ini, apapun jika anda berminat dengan akaun pelaburan emas alrajhi ini, boleh dapatkan maklumat lanjut di laman al rajhi.

Satu lagi akaun simpanan emas yang patuh syariah adalah daripada akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) dari public gold. Berikut adalah beberapa maklumat penting berkenaan dengan program ini yang patut anda tahu.

  • Ketulenan emas adalah pada kadar 999, lebih tulen daripada akaun simpanan emas KFH, itu lebih pasti.
  • Pembelian kali pertama boleh dimulakan dengan 1 gram emas. Sangat berbaloi dan anda boleh memulakan simpanan emas anda pada bila-bila masa.
  • Syarat pengeluaran, anda boleh mengeluarkan semua emas anda pada GAP, tetapi tinggalkan sedikit kerana jika tidak, emas anda akan dianggap tidak aktif.
  • Pengeluaran bagi emas GAP akan dikenakan caj yang minimum.

Itulah serba sedikit berkenaan dengan akaun pelaburan emas, yang terbaik adalah akaun yang patuh syariah.

Saya amat sarankan anda dapatkan panduan pelaburan emas ini untuk memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda.

Apapun, dalam pelaburan emas, yang paling penting adalah, pelaburan emas kita itu patuh syariah dan akaun simpanan emas yang patuh syariah adalah salah satu daripada alternatif terbaik masa ini untuk menyimpan emas.