Macam mana cara analisa bursa saham Malaysia papan utama? Bursa saham di Malaysia dibahagikan kepada 2 papan utama. Iaitu ‘main market’ dan satu lagi adalah ‘secondary market’. Apa beza kedua-dua papan ini kepada pelabur saham macam kita?

Kebanyakan saham-saham premium berada di bursa saham Malaysa papan utama. Manakala saham-saham small cap pula berada di bursa saham Malaysia papan kedua. Cara melabur dalam kedua-dua saham ini pula adalah berbeza dan tidak sama. Apa yang saya maksudkan dengan cara yang berbeza ini?

analisa bursa saham

Cara Melabur dalam bursa saham Malaysia papan utama

Kebanyakan saham yang berada di papan utama dalam saham premium yang kebiasaannya berharga RM1 dan ke atas. Jarang untuk jumpa saham yang berharga RM1 dan kebawah walaupun ada saham seperti ini di main market. Untuk saham yang berada di papan utama ini, anda boleh simpan saham ini bertahun-tahun dan kemungkinan untuk saham ini terkeluar dari bursa adalah sukar sekali. Anda boleh mengambil pendekatan long term untuk pelaburan saham sini.

Cara lain untuk melabur dalam bursa saham Malaysia papan utama adalah, anda boleh menggunakan teknikal analisis dan fundemantal analisis dalam pelaburan anda. Anda boleh mencari saham yang mempunyai asas kewangan yang kukuh dan mula melabur menggunakan teknik teknikal analisis. Saya cadangkan anda baca teknik pelaburan Indeks INI ataupun dapatkan Panduan Berbaloi Ini Untuk profit Jangka masa panjang untuk membolehkan anda melabur secara efektif dalam pelaburan saham.

Gabungan Teknikal Analisis Dan Fundemantal Analisis

Saya cadangkan untuk anda gabungkan teknik teknikal analisis dan fundemantal analisis untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan saham anda.

Biasanya saya akan analisa saham dan pilih kaunter saham berdasarkan kepada kedudukan kewangan. Nak pilih macam mana? Ada banyak cara dan cara fundemantal analisis adalah salah satu cara untuk pilih kaunter saham.

Kalau dah dapat kaunter yang kita berminat, boleh terus masuk ke?

Saya rekemen kalau dah jumpa kaunter yang anda berminat, buat analisa dahulu. Nak buat analisa tak digalakkan anda menggunakan smartphone, saya rekemen tool di bawah ini.

Dah ada alat di atas, akan lebih mudah nak buat analisa saham. Seterusnya, nak analisa macam mana? Saya rekemen anda dalami teknik analisa menggunakan teknikal analisis. Kalau teknikal analisis ini anda beli masa di support. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan support dan resistant memang kena baca artikel kami di SINI.

Cara Melabur dalam bursa saham Malaysia papan kedua

Ada ke tips nak melabur dalam bursa saham papan kedua yang biasanya tak sampai RM1 ini? Ya ada, berbeza dengan saham papan utama, cara untuk melabur dalam papan kedua adalah anda perlukan kemahiran teknikal analisis yang bagus. Teknik fundemantal analisis tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana kebanyakan saham di papan kedua biasanya tidak mempunyai asas fundemantal yang kukuh. Kalau anda mempunyai asas pelaburan saham yang kukuh boleh cuba untuk masuk ke saham jenis ini.

Saham dalam papan kedua juga tidak boleh untuk dipegang terlalu lama kerana harganya yang selalu tidak stabil. Biasanya saya akan terus jual jika dapat untung. Tidak seperti saham di papan utama yang anda boleh pegang lama, saham di papan kedua ini paling lama anda boleh simpan adalah selama 1 bulan. Kalau yakin untuk simpan saham ini lama pun tak ada masalah, tapi tak digalakkan.

Pendekatan berbeza dalam pelaburan saham

Begitulah serba sedikit pendekatan berbeza dalam pelaburan saham. Saya cadangkan untuk anda dapatkan tips Pelaburan Saham ini bagi membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham.

Perlu Buka Akaun Untuk Bermula

Sebelum anda boleh bermula untuk analisa bursa saham Malaysia papan utama, adalah terlebih dahulu untuk anda buka 1 akaun CDS. Dah buka ke? Kalau dah buka ianya akan jadi lebih mudah. Kalau belum, kami cadangkan untuk anda tengok beberapa pilihan broker yang ada. Boleh baca artikel kami berkaitan dengan topik ini di SINI.

Alternatif Kepada Saham

Ada beberapa pasaran yang saya rekemen untuk anda sebagai satu alternatif terbaik untuk pasaran saha. Tetapi harus diingatkan yang alternatif ini memerlukan untuk anda tahu teknikal analisis. Fundemantal analisis tidak mempunyai kesan yang ketara pada pasaran ini.

Ianya adalah pasaran 2 arah, maksudnya anda boleh dapat buat untung ketika pasaran naik dan turun. Berikut adalah antara beberapa pilihan yang ada.

Mulakan langkah sekarang untuk mendaftar 1 akaun CDS. Dari situ anda sudah boleh bermula secara perlahan-lahan dan jana pendapatan yang konsisten!