Apa Itu AKPK? 8 Info Terkini 2020

Apa itu AKPK? Pada artikel kali ini, kami ingin berikan kepada anda beberapa info penting berkenaan dengan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit ataupun biasa dipanggil sebagai AKPK. Harapnya, artikel pada kali ini memberikan anda sedikit pencerahan akan tujuan dan kenapa ianya ditubuhkan.

Kalau anda datang ke artikel ini untuk tahu apa itu AKPK tiada masalah, tetapi kalau anda mengalami masalah kewangan, memang digalakkan untuk anda berjumpa dengan agensi ini bagi mengelak kewangan anda menjadi lebih parah.

Artikel kali ini juga, kami berikan beberapa informasi berkaitan dengan agensi di bawah bank negara ini dan manfaat yang anda boleh dapat. Juga tips-tips penting untuk membuat simpanan dan membayar hutang agar hidup tidak dibebani dengan hutang. Kami juga akan berikan beberapa idea untuk anda tambah pendapatan terutama di masa sekarang ini yang semakin mencabar dengan banyak krisis ekonomi dan kesihatan yang mendatang.

apa itu akpk

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum anda pergi lebih jauh, adalah lebih baik untuk anda tahu lebih lanjut berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan AKPK.

AKPK ditubuhkan untuk menyediakan saluran bagi peminjam mendapatkan nasihat dan bantuan dalam menguruskan kewangan dan hutang mereka. Peminjam boleh mendapatkan bantuan AKPK dalam penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan baki kad kredit tertunggak yang perlu dibayar kepada penyedia kewangan di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia.

Namun disebalik kelebihan yang diberi terdapat juga kekurangannya..

Antara kekurangan AKPK adalah :

  • Anda tidak boleh membuat mana-mana pinjaman peribadi di bank
  • Anda tidak boleh apply kredit kad/loan sehingga selesai hutang 
  • Akan disenarai hitamkan dari sebarang pinjaman

Ini apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan agensi di bawah bank negara ini. Kebiasannya, apabila mereka yang terjebak dengan hutang yang tidak dapat di kawal lagi, akan merujuk khidmat nasihat daripada agensi ini.

Terjebak Dengan Hutang

Memang kebiasaan mereka yang pergi mendapatkan bantuan daripada pihak AKPK ini adalah mereka yang mempunyai masalah untuk membayar hutang dengan institiusi perbankan. Kebiasaanya adalah melibatkan hutang rumah, kad kredit dan hutang pembiayaan peribadi.

Jika anda juga mempunyai masalah yang sama dalam pembayaran hutang, boleh dapatkan juga khidmat nasihat daripada pihak AKPK bagi mendapatkan semula solusi pembayaran hutang pinjaman anda. Jangan nanti bila keadaan dah terlalu teruk, barulah datang untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak AKPK.

Perbelanjaan berhemat, dan berbelanja apa yang perlu sahaja adalah kunci bagi membolehkan anda untuk bebas daripada hutang terutama yang berkaitan dengan institiusi perbankan. Jika memang anda mempunyai masalah, dapatkan khidmat nasihat sekarang juga.

Bagaimana AKPK Berfungsi

Berikut adalah antara fungsi AKPK yang anda perlu tahu, saya ada nukilkan berkaitan dengan perkara yang sama dalam artikel di blog ini juga.

Selain daripada kaunseling kewangan, khidmat AKPK adalah kecilkan bayaran bulanan anda. Macam mana mereka lakukan? Setakat pembacaan saya daripada beberapa blog, tak ramai yang huraikan secara detail apa yang AKPK lakukan untuk membantu mengurangkan komitmen bulanan anda. Secara ringkasnya, ini adalah apa yang pihak AKPK lakukan untuk memudahkan urusan pinjaman perumahan anda.

Setiap pinjaman dengan agensi kewangan akan ada jumlah asal pinjaman ataupun biasa dalam istilah kewangan dipanggil “principal”. Satu lagi jumlah yang anda kena bayar adalah “interest” yang juga termasuk dalam bayaran yang anda perlu bayar setiap bulan.

Contoh Bagaimana AKPK Berfungsi

Jika anda mempunyai hutang kad kredit, katakan hutang itu mempunyai interest sebanyak RM1200 sebulan, dan setiap bulan anda gagal untuk membayar jumlah interest tersebut, ini akan menyebabkan bayaran bulanan anda semakin bertambah.

Disebabkan jumlah bayaran bulanan anda semakin bertambah dan hutang anda yang tak akan habis. Benda ini pastinya buat anda tak tidur malam memikirkan macam mana nak selesaikan hutang tersebut. Itu kalau 1 kad kredit, macam mana kalau seseorang itu mempunyai 8 kad kredit dan setiap satu kad kredit mempunyai limit seperti itu. Pastinya akan membuat seseorang bertambah stress.

Apapun, kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan bagaimana AKPK ni berfungsi dan info AKPK yang lebih mudah, boleh tengok video di bawah ini.

Maklumat lanjut berkenaan dengan cara dan tips bagaimana apa itu AKPK dan fungsi agensi ini, saya galakkan untuk anda baca di artikel pengalaman AKPK di SINI.

Tips Buat Simpanan

Kalau anda mempunyai masalah kewangan, boleh fokuskan kepada masalah tersebut, tetapi jangan lupa untuk pada masa yang sama untuk cuba sebaiknya untuk adakan sedikit simpanan. Penting untuk anda mempunyai simpanan yang cukup untuk digunakan dikemudian hari. Macam mana nak buat simpanan yang cukup? Ada banyak cara dan kami rekemen untuk anda tengok video di bawah ini untuk bermula.

Juga boleh tengok artikel di bawah dan buku berkaitan bagi membantu anda untuk menambah pengetahuan berkaitan dengan topik simpanan dan kewangan peribadi;

Tips Tambah Pendapatan

Jika anda mempunyai masalah kewangan dan masih bergantung kepada 1 sahaja pendapatan. Anda perlu cuba sedaya upaya untuk keluar dan tambah pendapatan anda. Sekarang ini ada banyak cara untuk anda tambah pendapatan sama ada secara part time ataupun secara full time. Kami rekemen untuk anda tambah pendapatan secara part time dahulu dan gunakan lebihan dari duit tersebut untuk selesaikan hutang AKPK.

Macam mana cara nak tambah pendapatan? Berikut adalah antara beberapa idea untuk anda tambah pendapatan anda secara part time ataupun full time.

Jadi Agen Hartanah

Ianya memberikan anda kelebihan dan terutama kalau anda minat bahagian hartanah. Pada waktu covid-19 ini pun, demand untuk pasaran hartanah sentiasa ada. Boleh baca info lanjut berkenaan dengan tips dan cara untuk jadi agen hartanah di SINI.

Jadi Youtuber

Sekarang ini sudah ramai yang nampak potensi untuk menjadi seorang youtuber. Terutama selepas beberapa youtuber Malaysia berjaya mendapat tempat dan menjana pendapatan yang bagus hasil daripada video-video yang dihasilkan. Apapun, ianya adalah antara beberapa idea untuk tambah pendapatan yang baik. Boleh tengok beberapa artikel berkaitan dengan tips dan cara menjadi seorang youtuber di bawah ini;

Jadi Seller di Shopee

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, trend pengguna bertukar ke berbelanja secara online. Kalau anda dapat setup kedai anda di Shopee, ianya akan membantu anda untuk tambah pendapatan. Nak setup kedai tak susah, pada saya apa yang anda perlu jual adalah lebih penting. Boleh tengok beberapa idea berkaitan dengan perniagaan Shopee di bawah ini;

Idea Business Online Dari Rumah

Untuk lebih mudah faham, berikut adalah antara beberapa idea business dari rumah yang anda boleh dapatkan info lanjut. Boleh tengok di SINI.

Mulakan Sekarang

Harap artikel berkaitan dengan apa itu AKPK ini membantu anda mendapatkan solusi terutama kalau anda mempunyai masalah dalam aspek kewangan. Jangan lupa juga untuk follow channel telegram kami bagi mendapatkan lebih banyak input dan tips berkaitan dengan kewangan.

Jangan berhenti di sini dan teruskan membaca. Kami juga galakkan anda untuk mendapatkan 1 copy bahan bacaan kewangan di SINI bagi menggalakkan tips dan amalan kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest