Apa Itu Dropship? 7 Info Penting

Apa Itu Dropship? Pada artikel kali ini, kami akan berikan info secara detail berkenaan dengan apa yang anda perlu tahu pasal Dropship. Juga, pada akhir artikel, kami akan berikan kepada anda tips untuk anda memulakan perniagaan Dropship ini di US bagi mendapat pendapatan dalam USD. Pastikan anda baca artikel ini sampai habis ye.

Dropship merupakan satu konsep perniagaan yang mudah, ringkas, jimat, dan amat sesuai dengan perniagaan internet atau berasaskan bisnes online kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal dan menyimpan stok untuk berniaga. Ini adalah antara sebab kenapa kami rekemen untuk anda mencuba teknik dropship ini.

apa itu drophsip

Kaedah Dropship

Perkara pertama yang anda perlu buat selepas menjadi dropship adalah mendapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal / dropshipper. Gambar, video testimoni, dan iklan akan membantu anda untuk mempromosikan produk tersebut di media sosial, laman-laman pengiklanan, forum, blog, WhatsApps bisnes dan bermacam lagi. Makin kerap anda membuat posting iklan produk tersebut kepada umum, semakin besar sale yang anda boleh jana. Secara asasnya, anda perlu rajin dan komited untuk mempromosikan apa yang anda jual.

Apabila anda sudah dapat tempahan, anda hanya perlu menghubungi pembekal / dropshipper produk tersebut. Mereka inilah yang akan melakukan pembungkusan dan penghantaran kepada pembeli. 

Secara ringkas, anda seperti orang tengah yang membantu dalam suatu aktiviti perniagaan. Keuntungan bagi anda di lihat dari segi harga. Anda akan menjual produk tersebut dengan harga pasaran tetapi anda akan bayar pembekal tersebut dengan harga agen. 

Carta Alir Perniagaan Dropship

dropshipping

Siapa Yang Sesuai Buat Bisnes Dropship?

Sesiapa sahaja sesuai untuk menjalankan bisnes dropship. Ramai drosphip yang terdiri daripada golongan pelajar, suri rumah tangga bahkan mereka yang mempunyai pendapatan tetap juga turut melakukan bisnes dropship untuk menambah pendapatan hidup. 

Jenis Produk Yang Perlu Dielakkan Untuk Seorang Dropshipper

1. Produk Yang Berat atau Besar

Produk yang berat dan besar akan menyukarkan proses pembungkusan dan penghantaran dari pihak courier. Contohnya seperti pasu bunga, barangan elektrik, dan perkakas rumah. Lagi sukar sesuatu produk di uruskan, lagi tinggi risiko keberangkalian produk untuk rosak.

2. Produk Yang Merbahaya

Produk yang merbahaya selalunya tidak akan lepas ketika sekatan pihak Kastam atau mana-mana negara sekali pun. Ini telah termaktub dalam peraturan dan undang-undang sesebuah negara. Contohnya seperti alat pertukangan, alatan memotong dan perkakas bengkel. 

3. Mudah Pecah

Menjual produk yang mudah pecah memberi risiko kepada peniaga dan pembeli itu sendiri. Contohnya seperti pinggan mangkuk dan lampu. Jika produk yang berat akan menyukarkan proses pembungkusan dan penghantaran, sebaliknya bagi produk yang muda pecah akan mengurangkan kualiti produk apabila sampai ke tangan pembeli.

4. Barang Kesihatan

Sama seperti memasarkan produk-produk yang merbahaya. Produk kesihatan juga sukar untuk lepas sekatan Kastam. Contohnya ubat-ubatan atau barang kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau produk yang terkawal.

5. Produk Yang Tidak Boleh Di iklankan Di Media Sosial

Mana-mana produk yang tidak boleh di iklankan di media sosial akan mengurangkan promosi dan keuntungan sesebuah bisnes. Contohnya seperti rokok, tembakau dan senjata api. Nadi dalam perniagaan masa kini adalah dengan iklan-iklan di media sosial. Instagram dan Facebook mempunyai 3.2 billion pengguna di seluruh dunia, jadi amat rugi kalau anda tidak dapat mengiklankan produk anda kepada pengguna media sosial.

Anda juga boleh tengok video penerangan di bawah berkenaan dengan tips dan cara untuk menggunakan platform Shopify untuk dropship di luar negara.

Dalam video ini, info lanjut berkenaan dengan tips dan teknik menggunakan platform Shopify ini pula, anda boleh tengok DI PANDUAN INI bagi mendapatkan info lebijh lanjut berkenaan dengan teknik yang dinyatakan tadi.

Tips Pilih Produk

1. Produk Trending

Produk trending kebiasaannya mempunyai permintaan yang tinggi pada masa yang tertentu sahaja. Permintaan kepada produk trending akan menjadi sepi apabila produk baru yang lebih menarik perhatian telah masuk dalam pasaran pembeli. 

Antara contoh produk trending adalah seperti vape, fidget spinner, produk makanan segera, produk kecantikan dan banyak lagi. 

2. Hobi dan Minat

Memilih produk berdasarkan hobi dan minat boleh meningkatkan keyakinan diri dan keyakinan pembeli untuk membeli produk tersebut. Contohnya seperti anda seorang ulat buku, anda juga berminat untuk menjadi dropship di mana-mana syarikat penerbitan yang menerbitkan buku yang anda suka. 

3. Produk Evergreen

Produk evergreen agak berbeza dengan produk trending. Walaupun jualan dan permintaan produk evergreen tidak setinggi produk trending, tetapi jualan produk evergreen akan kekal stabil kerana orang tetap akan menggunakannya walau tidak bermusim. Contohnya seperti produk makanan, produk kecantikkan, produk sukan dan lain-lain.

4. Produk Makanan

Apa-apa sahaja makanan yang sedap, enak dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia memang mudah untuk di pasarkan. Jadi sekiranya anda tidak tahu untuk menjadi dropship bagi produk apa, cubalah dengan menjual produk-produk makanan.

Kelebihan Menjadi Dropship

1. Tidak Perlu Uruskan Stok

Anda tidak perlu mengusutkan kepala untuk urus stok. Segala proses perkilangan, penyediaan, pembungkusan dan penghantaran akan di uruskan 100% oleh pembekal. Apa yang anda harus lakukan adalah dengan membuat marketing secara besar-besaran di media sosial atau di medium-medium bisnes yang lain. Kerajinan anda menentukan pendapatan anda.

2. Risiko Yang Rendah

Isu kerugiaan, produk rosak atau insiden-insiden di kilang tidak akan terbeban di bahu seorang dropship. Anda akan mendapat keuntungan jika produk berjaya di jual dari tangan anda sebaliknya anda tiada sebarang risiko jika barang tidak terjual sama sekali.

3. Pelbagai Pilihan Produk Dipasarkan

Semua produk dan syarikat akan berpusu-pusu untuk mencari dropship untuk meluaskan lagi pasaran produk mereka. Di situlah kekuatan seorang dropshipper. Kerja yang mencari anda bukan anda yang mencari kerja. 

Untuk memudahkan anda mencari syarikat yang menawarkan khidmat dropship, anda boleh tulis di ruangan search sama ada Google, Facebook atau Instagram dengan perkataan tersebut:

Atau anda juga boleh search mengikut pilihan produk yang anda ingin niagakan.

4. Waktu Yang Fleksibal

Waktu kerja anda sebagai dropship sama seperti anda kerja sendiri. Tiada batasan waktu atau tempat untuk anda mula dan tamat meniaga. Kerana itu ramai orang yang masih boleh melakukan kerja-kerja dropship walaupun dia mempunyai kerjaya yang tetap.

5. Menjana Pendapatan Sampingan

Keuntungan demi keuntungan yang diperolehi oleh dropship akan menjana pendapatan sampingan kepada kehidupan. Dengan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan, pilihan untuk menjadi dropship adalah pilihan yang paling bijak.

6. Zero Budget

Kebanyakannya, untuk memulakan bisnes dropship anda tidak memerlukan sebarang kos untuk melabur kepada pembekal. Walaupun ada sesetengah kes yang meminta dropship untuk memberikan yuran komitmen tetapi kadar yang di minta masih minima seperti RM10 atau RM30 mengikut produk yang di jual.

Ini semua kebaikan apa itu dropship yang anda perlu tahu. Selepas ini kami akan berikan beberapa kekurangan dropship.

Keburukan Menjadi Dropship

Berikut adalah antara beberapa kekurangan perniagaan Dropship ini dan pada akhir artikel kami juga akan tunjukkan cara untuk mengurangkan persaingan terutama sekali kalau anda nak serious berniaga Dropship ini.

1. Banyak Persaingan Antara Sesama Peniaga Online

Tidak di nafikan persaingan menjadi seorang peniaga online adalah sangat tinggi. Dropship sendiri perlu bersaing dengan dropship-dropship yang lain untuk mencari pelanggan. Bukan itu sahaja anda juga perlu bersaing dengan agen dan pembekal sendiri yang rata-rata sudah kukuh dalam pentas perniagaan ini dan mempunyai pelanggan yang setia. 

2. Risiko Kena Tipu Dengan Pembekal

Perkara ini selalu berlaku bila anda tidak berhati-hati ketika memilih pembekal. Dalam ramai-ramai orang yang hendak melakukan bisnes secara telus, pasti akan ada seorang dua pihak yang mengaut keuntungan dengan jalan yang salah.

3. Kurang Informasi Berkenaan Produk

Dropship biasa memfokuskan untuk memasarkan produk sahaja. Ini menyebabkan mereka kurang informasi berkenaan produk yang di pasarkan walaupun banyak iklan-iklan promosi daripada pembekal yang di berikan. Terutama sekali produk makanan. Bagaimana seorang dropship ingin menyakinkan pembeli jika dia tidak pernah rasa makanan yang di jual.

4. Masa Penghantaran Yang Terikat

Apabila pelanggan lewat untuk mendapatkan produk yang telah mereka beli. Pelanggan akan mempunyai perspektif buruk dan menyalahkan dropship kerana kelewatan itu. Sedangkan mengikut logik, dropship tidak mempunyai kuasa langsung dalam urusan penghantaran dan lain-lain. 

Masalah seperti stok habis, servis yang kurang efisyen dari syarikat courier, kekurangan akses juga menjadi penyebab kepada kelewatan tersebut.

5. Sukar Untuk Pelbagaikan Promosi

Dropship terikat dengan pengiklanan dari pembekal. Apa sahaja medium yang di sampaikan seperti poster, video testimoni, atau maklum balas dari pelanggan oleh pembekal itulah yang akan menjadi bahan utama pemasarannya. 

Untuk kurangkan persaingan, saya rekemen untuk anda buat website sendiri seperti Shopify dan kemudian bawa visitor ke website anda tersebut. Cara nak bawa boleh menggunakan teknik seperti FB Ads, Google Ads dan lain-lain. Info lanjut teknik Shopify pula anda boleh tengok di bawah ini.

Rahsia Shopify Menjana Pendapatan Dengan USD

Dari Ringgit Malaysia (RM), anda boleh menjana pendapat dengan United Stated Dollar (USD). Di Malaysia anda untung sebanyak RM60 tetapi bila anda menjadi dropship di luar negara nilai USD60 ditukar ke ringgit akan menjadi RM240. Mana satu pilihan keuntungan yang anda mahukan?

Empat kali ganda profit yang anda akan dapat dari dropship biasa kepada dropship steroid. 

https://www.rahsiashopify.com/images/dropshipvs.png

Di harapkan artikel ini dapat membantu anda untuk lebih faham tentang kerjaya sebagai dropship dan segala persoalan berkaitan dengan apa itu dropship. Untuk panduan dan info yang lebih lengkap, anda boleh dapatkan Pakej Kursus Video Online Tutorial Rahsia Shopify. Lebih 50 buah video telah di rakam untuk mengajar anda dari mula cari produk, cari supplier, setup website, buat iklan hinggalah kepada urus order dan layan pelanggan. 

Dalam video ini juga, 5 modul akan di ketengahkan untuk memudahkan anda yang masih baru untuk berkecimpung dalam dunia dropship. Antaranya pengenalan sistem dropship, kajian produk, bina kedai Shopify, strategi urus iklan Facebook dan urus operasi kedai.  

Jom menimba ilmu untuk menjadi dropship dari RM ke USD!

Harap artikel apa itu Dropship ini menjawab persoalan anda dan anda boleh terus bermula sekarang. Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan teknik dan cara untuk tambah pendapatan dan teknik pelaburan lainnya.

Artikel berkaitan lainnya;

Leave a Reply

Pin It on Pinterest