8 Info Apa Itu Forex Terkini – 2020

Apa itu forex dan bagaimana cara kerjanya? Artikel pada kali ini, kami berikan kepada anda beberapa gambaran berkenaan dengan tips berkaitan dengan Forex. Juga info terkini berkenaan dengan hukum dan tips-tips lain yang terlibat. Apapun diharap, artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk mendapat info tips forex yang sebenar.

Forex adalah singkatan kepada foreign exchange atau dalam bahasa Melayunya adalah, perdagangan mata wang asing. Ianya adalah aktiviti menukar mata wang dari 1 mata wang kepada mata wang yang lain. Ianya nampak simple tetapi memerlukan kepakaran terutama dalam aspek teknikal analisis. 

apa itu forex

Contoh Mudah Pertukaran Mata Wang

Ali pergi ke licenced money changer di Malaysia dan ingin menukar duit RM kepada USD. Katakan 1USD = RM4. Ali bagi RM4 untuk mendapatkan USD1. 2 Minggu kemudian, Ali dapati harga sudah berubah, 1USD sudah bersamaan dengan RM4.3, di sini Ali pun berjaya mendapat sedikit keuntungan dengan urusniaga seperti ini. 

Itu kalau Ali beli sedikit, kalau Ali beli USD dalam kuantiti yang banyak macam mana? Tentu keuntungannya akan bertambah lagi banyak kan. Untuk info, ini adalah asas kepada pertukaran mata wang asing. Cuma platform sekarang ini lebih advanced kerana semuanya dilakukan di internet, apa yang anda perlukan adalah untuk key in order sama ada buy ataupun sell.

Online Forex

Kesemua pembelian ini sudah boleh dilakukan secara online. Asalkan anda ada laptop dan talian internet yang stabil, Anda dah boleh key in order dan ambil untung untuk setiap penjualan dan pembelian anda.

Tak perlu gunakan cara lama untuk ke pengurup wang berlesen, cukup sekadar anda membuat pembelian atas talian, sudah boleh untuk selesaikan urus niaga anda. Untuk sebarang urusniaga, kami rekemen anda tengok alat khas di bawah ini bagi memudahkan proses jual beli. 

Dengan alat ini, anda boleh membuat analisa dan key in order sekaligus. Memang mudah dan pastinya sesuatu yang menarik untuk anda cuba.

2 Way Market – Anda Buat Duit Apabila Market Naik dan Turun

Anda pernah cuba berdagang pasaran saham di Malaysia tak? Kebiasannya, mereka yang nak tahu info lanjut berkenaan dengan apa itu forex ni, pasti pernah trade saham sebelum ini. Kalau pernah trade saham, ianya akan menjadi lebih mudah untuk saya explain 2 way market ini.

Kalau dalam saham, anda cuma boleh beli pada harga rendah dan jual semula pada harga tinggi. Macam mana kalau anda berdagang saham dan anda beli saham yang lebih rendah daripada apa yang anda beli, ianya menyebabkan kerugian.

Forex pula berbeza, anda boleh buat duit semasa market sedang meningkat naik. Istilah pedagang pula dipanggil “long”. Maksudnya anda beli ataupun “buy” pada harga rendah dan jual “sell” pada harga tinggi. Satu lagi adalah untuk istilah “short” iaitu jual dulu pada harga tinggi “sell” dan beli semula pada harga rendah “buy”.

Tanpa mengira pasaran sedang meningkat ataupun menurun, anda boleh mendapat keuntungan dari situ tanpa mengira keadaan pasaran. Ianya berbeza dengan pasaran saham yang merupakan pasaran satu arah dan antara sebab ramai yang memilih forex berbanding dengan saham.

Pengenalan Forex

Dalam Forex ada terdapat banyak currency pair sebagai contoh antara yang popular adalah Euro – USD, CAD – USD, USD – JPY dan lain-lain lagi. Kebanyakan pair yang popular ini mempunyai jumlah transaksi yang sangat tinggi dan ianya disertai banyak bank dunia yang merupakan pemain besar dalam pasaran ini. 

Untuk sukses, adalah digalakkan untuk anda fokus kepada beberapa pair currency sahaja dan tidak digalakkan untuk “trade” semua pair. Fokus kepada beberapa pair akan membolehkan anda untuk mendapat keuntungan yang konsisten.

Hukum Forex Dalam Islam

Ada banyak pendapat berkenaan dengan hukum fores ini. Adakah ianya halal ataupun adakah ianya haram. Kalau anda datang ke sini dan nak cari info lanjut berkenaan dengan apakah hukum forex, boleh baca artikel khas kami khusus berkenaan dengan topik ini.

Di dalam artikel tersebut, saya ada himpunkan pandangan daripada ustaz dan katakan ianya haram dan tidak boleh trade langsung. Kemudian saya juga tuliskan pandangan yang kata ianya harus dan boleh untuk anda trade.

Ada 2 himpunan pendapat dan pandangan yang anda boleh pilih dan tentukan sendiri. Seterusnya, terpulang kepada anda untuk pilih dan ikut yang mana. Harap artikel tersebut dapat bantu anda untuk mendapatkan info agar anda betul-betul yakin sebelum berdagang mata wang.

Boleh baca artikel berkenaan dengan halal haram dalam forex di SINI.

Dah yakin dengan apa yang anda pilih, boleh teruskan untuk baca topik lain berkaitan dengan teknik trade forex yang betul.

Cara Main Forex

Macam mana cara main forex yang sebenar? Pada saya soalan itu tak penting sangat berbanding, macam mana nak dapat keuntungan konsisten dengan forex ataupun teknikal analisis yang lain. 

Ramai trader yang berjaya dan tak kurang juga ramai yang gagal dan berhenti separuh jalan. Antara sebab adalah teknik yang tak konsisten ataupun pernah mengalami kerugian yang sangat besar. Cara berdagang dan cuba dapatkan untung walaupun kecil secara konsisten adalah tips penting untuk sukses dalam bidang ini. 

Kami ada tulis topik khusus berkaitan dengan cara untuk main Forex ini secara konsisten di SINI. Harap dapat bantu anda untuk buat keputusan dan trade secara konsisten.

Keburukan Forex

Disebabkan oleh ada beberapa pandangan yang mengatakan ianya tidak patuh syariah, ada ramai trader yang langsung tak sentuh forex. Saya sendiri tidak memlilih untuk trade forex dan memilih untuk trade FCPO sebagai salah seorang intraday trader buat masa ini. Nak tahu apa itu FCPO, boleh tengok di perenggan bawah.

Isu kedua adalah, trade mata wang ini tidak sah di sisi undang-undang Malaysia dan hanya dibolehkan untuk institiusi kewangan seperti bank, syarikat insurans dan lain-lain. Tidak boleh dijalankan oleh individu. Untuk kupas topik ini agak panjang dan cukuplah anda tahu setakat ini.

Apa yang akan berlaku kalau anda menjalankan aktiviti yang tidak dibolehkan oleh kerajaan Malaysia? Saya pun tak tahu nak jawab cuma setakat sepengetahuan saya, belum ada lagi mereka yang terlibat dengan forex ditangkap dengan alasan mereka hanya trade.

Isu ini juga cuba dibawa oleh YB DS Shahidan Kassim dan kalau ada update terkini daripada kerajaan Malaysia, kami akan maklumkan dari masa ke semasa.

Ianya bukan satu platform yang menjanjikan keuntungan yang berganda-ganda. Bak kata pepatah,

“Trade Forex ini, rugi itu pasti, untung belum tentu”

Perlukan mentaliti yang betul untuk anda berdagang mata wang ini.

Selain itu juga, kami rekemen untuk anda lihat video di bawah berkaitan dengan penerangan ringkah kami untuk hukum trade Forex.

Alternatif Forex Terbaik di Malaysia dan Dunia

Alternatif lain selain daripada Forex adalah pasaran hadapan kelapa sawit. Ianya adalah pasaran 2 hala dan kenapa saya trade di sini adalah, ianya patuh syariah dan disahkan oleh suruhanjaya sekuriti bank negara Malaysia. Tetapi pasaran ini bukanlah 24 jam. Nak tahu lebih lanjut boleh ke link INI.

Alternatif lain adalah pasaran komoditi minyak (WTI Crude Oil) dan juga Soy Bean Oil. Mengambil pandangan yang sama dengan FCPO, ada beberapa ustaz yang saya kenal memberikan pandangan ianya boleh untuk anda trade. Tetapi ingat, WTI Crude Oil ini memerlukan modal yang agar besar daripada FCPO. Buat masa ini saya masih lagi selesa dengan pasaran hadapan kelapa sawit.

Apapun, harap artikel apa itu forex pada kali ini membantu anda untuk tahu lebih dalam berkenaan dengan topik ini dan membuat keputusan yang betul untuk melabur ataupun sebaliknya. Jika anda seperti saya yang teragak-agak untuk melabur forex, jangan risau, ada alternatig lain untuk anda berdagang. Selamat berdagang dan semoga sukses.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest