5 Info Apa Itu Sijil Simpanan Premium BSN

Apa itu sijil simpanan premium BSN. Memang wow dan boleh baca artikel ini sampai habis, kerana boleh jadi, anda adalah pemenang seterusnya.

“Sekelip mata jadi jutawan.”

“Ibu tunggal menang satu juta dengan cabutan bertuah.”

“Sikit-sikit lama-lama menang Myvi.”

“Pelajar menang BMW 320i.”

Pernahkah anda dengar berita-berita seperti ini di dada akhbar? Maklumat terbaik kepada anda, pada artikel kali ini kita akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang Sijil Simpanan Premium BSN. 

apa itu sijil simpanan premium bsn

Sijil Simpanan Premium BSN

Sijil Simpanan Premium BSN adalah adalah salah satu skim simpanan yang telah diperkenalkan oleh BSN sejak 1978. Ia merupakan produk yang sinonim dengan BSN, justeru SSP BSN telah melalui pelbagai fasa perubahan bagi memenuhi permintaan pelanggan pada masa kini

Tujuan utama ianya diperkenalkan adalah bagi menggalakkan orang ramai menyimpan duit atau dengan erti kata lain menabung bagi kepentingan masa depan. Yang menariknya pelanggan bukan sahaja mendapat keuntungan daripada hasil simpanan mereka malah berpeluang memenangi hadiah daripada cabutan bertuah yang dilakukan setiap bulan.

Alternatif Untuk Mengajar Masyarakat Menabung

Dapatan kajian yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM), mendapati bahawa 75% daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1,000. 

Majoriti Rakyat Malaysia tiada simpanan - Isu Semasa - Semasa - Forum -  CARI Infonet

Ini menunjukkan satu angka yang memeranjatkan. Bahkan peratusan bumiputera yang tidak mempunyai simpanan di tangga ke dua tertinggi dengan 55%. Bagaimana untuk membendung masalah ini? Peribahasa “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” yang di khususnya lazimnya sebagai tema menabung ibaratnya tidak memberi kesan kepada masyarakat.

Untuk pengetahuan, statistik ini di ambil sebelum terjadinya pandemik Covid-19. Pernahkah anda terfikir, apa nasib golongan dalam peratusan ini sekarang yang sedang berjuang meneruskan kelansungan hidup mereka? Dengan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu, sudah tentu ia memberi kesan yang sangat besar kepada kelompok keluarga ini.

Skim produk yang sedang dibicarakan, akan menjadi salah satu alternatif kepada anda untuk mendidik diri menabung. Ingat, anda menabung bukan untuk keperluan sekarang tetapi untuk masa akan datang. 

myBSN : Amazing 2020 BSN SSP Campaign

Ketegori Cabutan

  • Cabutan Istimewa (BSN SSP RM1 Juta dan BSN SSP RM 2 Juta)
  • Cabutan Bulanan
  • Cabutan Khas Tempatan
  • Cabutan Khas Generasi Z
  • Cabutan Khas Kesetiaan
  • Cabutan Super SS

Ciri-ciri SSP BN

  • Merupakan produk simpanan BSN yang unik sejak tahun 1978.
  • Merupakan produk simpanan patuh syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam cabutan bertuah
  • Simpanan dijamin 100% ooleh kerajaan.
  • Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki skim sijil (minimum RM 5,000) layak memohon Kad Kredit BSN Al – Aiman.
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki skim sijil (minimum RM 5,300) layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi sehingga 95% daripada jumlah skimnya.

Syarat Permohonan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
  • Berumur 12 tahun dan ke atas
  • Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum

Cara-cara Penyimpanan

Pilihan penyimpanan untuk dana ini agak banyak. Anda boleh pilih mana-mana bentuk simpanan yang sesuai dengan anda. 

Melalui Perbankan SMS

1.  Daftar di mana-mana cawangan BSN.

2.  Taip “SSP<jarak>mpin<jarak>amaun”.

     Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898.

3.  Balas “CONFIRM 7212” untuk pengesahan atau “CANCEL 5740” untuk pembatalan       

     BSN SSP.

Melalui Mesin ATM

1.  Masukkan kad ATM / Debit BSN.

2.  Pilih bahasa.

3.  Masukkan nombor PIN.

4.  Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.

5.  Masukkan amaun dalam gandaan RM10.

6.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM / Debit BSN)

1.  Masukkan kad ATM / Debit BSN.

2.  Pilih bahasa.

3.  Masukkan nombor PIN.

4.  Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.

5.  Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).

6.  Depositkan wang dalam gandaaan RM10.

7.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa kad ATM / Debit BSN, hanya untuk penyimpan BSN SSP sedia ada sahaja)

1.  Pilih bahasa.

2.  Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.

3.  Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro / Giro-i.

4.  Depositkan wang dalam gandaaan RM10.

5.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Melalui Perbankan Internet myBSN

1.  Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.mybsn.com.my

2.  Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.

3.  Pilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.

4.  Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

5.  Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.

Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)

1.  Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad 

     ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.

2.  EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.

3.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

4.  Simpanan maksima adalah RM 1,000 untuk setiap transaksi.

Hukum SSP BN Mengikut Islam

Pendapat dan hujah para ulama dan majlis-majlis fatwa, cenderung kepada hukumnya adalah harus. Kaedah ini mendapat komitmen yang tinggi daripada pihak BSN untuk menjadikan pelaburan dalam instrumen dan aset yang mematuhi syarak. Begitu juga perlaksanaan akad mestilah selari dengan syarak. 

Kelebihan SSP BN

Terdapat beberapa manfaat yang boleh anda peroleh sebagai penyimpan antaranya ialah:

1. Berpeluang Menerima Hadiah-hadiah Yang Lumayan

Antara hadiah cabutan bonanza yang ditawarkan ialah Mercedes Benz 200E, Proton Saga 1.3s, motorsikal Yamaha RXZ, kamera video, televisyen, mesin basuh, radio kaset. pembuat sandwich, BSN SSP RM 1,000,000, BMW X1 sDrive 20i Sport, MacBook Pro 128GB, dan iphone 11 Pro 64GB.

Manakala hadiah cabutan premium ialah BMW 318i, Proton Saga, motorsikal Yamaha RXZ, kamera video, televisyen warna, mesin basuh, radio kaset, pembuat sandwich, BSN SSP RM10,000, BSN SSP RM5,000, BSN SSP RM500, dan BSN SSP RM100. Banyak lagi hadiah-hadiah menarik yang menanti anda di hujung usia kematangan sijil.

Mesti best kalau dapat menang macam ni hampir setiap bulan!

Kategori Cabutan 1Kelayakan
Cabutan istimewa (RM 1 Juta dan RM 2 Juta)Terbuka kepada pelanggan BSN SSP baharu dan sedia ada berumur 12 tahun dan ke atas
Minimum simpanan RM 3,000
Minimum tempoh simpanan ialah 90 hari sebelum tarikh cabutan
RM 1 JutaFebruari sehingga Disember 2020 
RM 2 JutaJanuari 2021 
Kategori Cabutan 2Kelayakan
Cabutan BulananTerbuka kepada pelanggan BSN SSP baharu dan sedia ada berumur 12 tahun dan ke atas
Minimum simpanan RM 10
Cabutan akan dilakukan pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November 2020
Kategori Cabutan 3Kelayakan
Cabutan Khas TempatanTerbuka kepada pelanggan BSN SSP baharu dan sedia ada berumur 12 tahun dan ke atas
Minimum simpanan RM 10
Setiap negeri akan mempunyai seorang pemenang, pemenang akan dipilih berdasarkan simpanan BSN SSP yang disimpan di Cawangan ‘Domicile’
Cabutan akan dilakukan pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November 2020
Kategori Cabutan 4Kelayakan
Cabutan Khas Generasi ZTerbuka kepada pelanggan BSN SSP baru dan sedia ada berumur 12 sehingga 21 tahun
Minimum simpanan RM 1,000
Mempunyai cabutan istimewa dan cabutan bulanan
Cabutan IstimewaCabutan akan diadakan pada bulan April, Julai, Oktober 2020 dan Januari 2021
Cabutan BulananCabutan akan diadakan pada bulan Februari sehingga Disember 2020 dan Januari 2021
Kategori Cabutan 5Kelayakan
Cabutan Khas KesetiaanTerbuka kepada pelanggan BSN SSP baharu dan sedia ada berumur 12 tahun dan ke atas
Minimum simpanan RM 10.
Minimum tempoh simpanan ialah 5 tahun dan ke atas.
Cabutan akan dilakukan pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2020.
Kategori Cabutan 6Kelayakan
Cabutan Super SSPTerbuka kepada pelanggan BSN SSP baharu dan sedia ada berumur 12 tahun dan ke atas
Minimum simpanan RM 3,000
Minimum tempoh simpanan ialah 6 bulan sebelum tarikah cabutan
Cabutan akan dilakukan pada bulan Januari 2021

2. Dividen Setiap Tahun

Ada dua pilihan dividen yang perlu anda tahu iaitu simpan selama 6 bulan sebanyak RM 1,000 untuk dividen sehingga 2.00% atau simpan selama 12 bulan sebanyak RM 3,000 untuk dividen sehingga 2.42%. 

3. Merupakan produk simpanan Patuh Syariah 

Seperti yang telah dibahaskan tadi, skim simpanan ini tiada unsur riba, maisir (judi), dan gharar (tidak jelas) sebaliknya yang menjadi ciri-ciri utama dalam pelan ini adalah menggunakan sistem Islam.

Sebagai alternatif, anda juga boleh melihat jenis ataupun pelaburan patuh syariah lain dalam blog kami ini. Boleh lihat beberapa senarai pelaburan di bawah ini;

4. Sandaran SSP

Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki sijil simpanan (minimum RM 5,000) layak memohon Kad Kredit BSN Al-Aiman. Ini yang perlu anda tahu. Selain membuat simpanan, pemegang sijil simpanan yang berumur 21 tahun ke atas dan warganegara Malaysia boleh melakukan Sandaran SSP untuk memohon Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kad Kredit Al-Aiman sehingga 95% daripada jumlah sijil simpanan yang disimpan. 

Melalui pelan kemudahan sandaran ini juga pelanggan hanya perlu membuat bayaran balik pembiayaan dengan kadar yang minima berbanding pembiayaan lain yang ditawarkan.

5. Satu-satunya Di Malaysia

Produk ini merupakan skim simpanan unik yang hanya ditawarkan di BSN sahaja. BSN telah diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk memperkenalkan skim ini yang memberi peluang kepada para penyimpan untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan di samping menikmati pulangan dividen daripada simpanan mereka.

Jadi sekiranya anda termasuk dalam kelompok pengguna yang menggunakan khidmat ini, anda sememangnya sangat istimewa dan akan mendapat kelebihan yang tidak didapati pada orang lain.

Realisasikan Impian Dengan Pembiayaan Peribadi BSN

Bagaimana, menarik bukan? Ini adalah antara beberapa info apa itu sijil simpanan premium BSN yang anda perlu tahu. Tahniah anda telah selesai fasa pertama untuk bergelar jutawan segera. Kepada yang belum mempunyai skim ini, ayuh cepat-cepat anda mulakan pendaftaran.

Kepada yang dulu ragu-ragu tentang skim ini, di harapkan artikel di atas dapat memberi pendedahan kepada anda tentang SSP BSN dan manfaat-manfaatnya yang boleh anda peroleh.

Selamat Bergelar Jutawan! Jangan lupa untuk follow Channel Telegram kami bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan topik kewangan dan lain-lain.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest