7 Info Apa Itu SSPN – Terkini 2020

Apa itu SSPN? Pada kali ini kami akan berikan beberapa informasi kepada yang nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan apa itu SSPN. Juga manfaat dan kelebihan SSPN yang anda patut tahu dan manfaatkan sebaiknya. Dan jangan lupa untuk baca artikel ini sehingga habis kerana pada akhir artikel, kami akan berikan ebook percuma 16 jenis pelaburan di Malaysia.

Pada masa kini, Pendidikan adalah satu perkara yang sangat penting. Dengan mendapatkan Pendidikan yang cukup ia dapat menjamin masa depan yang lebih cerah dan dalam pada masa yang sama ia dapat membuatkan kita mendapat pekerjaan yang terbaik buat kita. 

Justeru itu, sudah pastilah setiap ibu bapa akan berusaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak mereka bukan sahaja sehingga ke sekolah menengah tetapi juga mereka akan memastikan anak mereka berjaya menjejakkan kaki sehingga ke Menara gading.

apa itu sspn

SSPN Adalah Simpanan Yang Terbaik Untuk Pendidikan Anak-Anak

Namun begitu, pada masa kini yuran pengajian bukanlah satu perkara yang murah. Lebih-lebih lagi jika anak anda melanjutkan pelajaran ke IPT sudah tentulah ia memerlukan perbelanjaan yang besar termasuklah yuran dan perbelajaan lain di IPT. 

Disebabkan itulah tidak ramai antara ibu bapa di luar sana yang mempunyai kemampuan untuk menghantar ke IPT. Tetapi, pada masa kini sudah wujudnya satu tabung yang boleh ibu bapa gunakan untuk menyimpan wang untuk pembelajaran anak-anak iaitu SSPN.

SSPN adalah salah satu skim tabungan yang sangat terkenal dan menjadi pilihan ramai terutama para ibu bapa pada masa kini untuk mula membuat simpanan untuk pembelajaran anak mereka. Ia adalah simpanan yang yang terbaik

Apa Itu SSPN Yang Anda Perlu Tahu?

Bagi sesetengah anda, mungkin anda sudah biasa mendengar mengenai SSPN. Tetapi ada juga antara mereka di luar sana yang baru pertama kali mendengarnya dan pasti akan tertanya-tanya apa yang di maksudkan dengan SSPN dan bagaimana ia berfungsi? Jom saya terangkan:

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi untuk anak anda di masa akan datang.

SSPN adalah adalah satu skim simpanan yang disediakan adalah untuk kemudahan para ibu bapa menyimpan untuk pelajaran anak mereka di masa akan datang. Dengan adanya simpanan sebegini, ia sekali gus membuatkan para ibu bapa mula membuat persiapan untuk persiapan awal untuk pelajaran anak mereka supaya mereka tidak merasa terbeban apabila anak mereka hendak menyambung pelajaran di masa akan datang nanti.

Kalau Tiada Akaun SSPN Tak Boleh Buat Pinjaman PTPTN Ke?

Ada juga yang tertanya-tanya, kalau anak kita tidak ada akaun SSPN boleh ke buat pinjaman pendidikan?

Pada waktu dahulu, bagi pelajar yang hendak membuat pinjaman PTPTN, mereka tidak perlu membuka akaun SSPN. Sebaliknya, mereka boleh terus membuat pinjaman PTPTN. 

Tetapi, mulai 1 Januari 2012, bagi para pelajar yang ingin membuat pinjaman PTPTN bagi membiayai pengajian di Politeknik, IPTA atau IPTS mereka perlu mempunyai akaun SSPN dahulu dengan simpanan minimum seperti mana yang ditetapkan oleh PTPTN.

Anda juga boleh membaca infomasi SSPN untuk PTPTN di bawah bagi mendapataan info dan gambaran lebih jelas berkenaan dengan cara buka akaun SSPN untuk PTPTN.

Apa Produk Yang Terdapat Dalam SSPN?

sama seperti jenis pinjaman yang lain, SSPN juga turut mempunyai 2 Produk pinjaman yang berbeza. Kedua-dua produk pinjaman ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Produk yang terdapat dalam SSPN ialah:

1.    SSPN-i

2.    SSPN-I plus

Perbezaan SSPN-i Dan SSPN-I plus

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa perbezaan kedua-dua produk ini?

Sebenarnya, SSPN-I dan SSPN-I plus adalah produk simpanan yang mempunyai fungsi yang sama. Malah, kedua-duanya adalah simpanan yang patuh Syariah. Cuma yang membezakan mereka adalah ciri-ciri tambahan yang terdapat di dalamnya. Jom saya terangkan apa perbezaan antara SSPN-I dan SSPN-I plus. Antaranya:

Pembukaan Akaun

SSPN-i: Bagi mereka yang baru pertama kali hendak membuka akaun SSPN, akaun jenis ini boleh dibuka oleh warganegara Malaysia tidak kiralah untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Orang tersebut mestilah seorang warga negara Malaysia.

SSPN-i Plus: Berbeza pula dengan akuan SSPN-i plus, akaun ini boleh dibuka oleh warganegara Malaysia sama ada untuk diri sendiri diri sendiri, anak dan anak jagaan yang sah sahaja.

Ataupun anda boleh sahaja tekan butang di bawah ini, ianya akan membawa anda ke laman rasmi SSPN.

Anda boleh membuat pendaftaran dari situ dan memilih pakej yang paling bersesuaian dengan apa yang anda mahukan.

Jumlah Deposit Minimum

SSPN-i: Bagi jumlah deposit untuk akaun SSPN-I, tiada sebarang syarat ditetapkan. Ini kerana, deposit boleh dibuat pada bila-bila masa dan dengan sebarang jumlah. Tiada sebarang syarat ditetapkan untuk pengeluaran. Deposit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan dengan sebarang jumlah.

SSPN-i Plus: Jumlah deposit bulanan ditetapkan mengikut pakej yang dipilih, serendah RM30 sebulan. Hanya selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun selepas pengeluaran ialah sebanyak RM1,000.

Kelbihan SSPN Ini Apa?

Untuk info dan penerangan lebih detail berkenaan dengan kelebihan SSPN ini, kami rekemen untuk anda buka link di bawah ini bagi membolehkan anda mendapat penjelasan yang lebih detail berkenaan dengan apa itu Sijil Simpanan Pendidikan Ini.

Selain itu juga, anda boleh tengok video di bawah ini di mana kami berikan penerangan yang lebih detail berkenaan dengan SSPN dalam channel youtube Smartinvest kami.

SSPN Adalah Satu Simpanan Yang Sangat Diperlukan Pada Masa Kini

Kesimpulanya, pada masa kini SSPN adalah salah satu keperluan yang sangat penting buat diri kita. Jika tidak ada SSPN sukar untuk anak kita untuk menyambung pelajaran di masa akan datang. Jadi, disarankan untuk kita membuka akaun SSPN anak kita semenjak mereka masih kecil lagi.

Harapnya artikel apa itu SSPN ini membolehkan anda untuk mendapatkan info yang lebih baik berkenaan dengan apa itu SSPN.

Boleh follow channel telegram kami di atas dan dapatkan ebook percuma jenis-jenis pelaburan di Malaysia.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest