10 Info Apa Itu Takaful

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi info tentang apa itu takaful. Berbicara soal perlindungan dan keselamatan diri dan keluarga, pasti semua orang susah hati untuk memikirkannya. Hakikat yang perlu anda tahu adalah setiap orang pasti akan berhadapan dengan risiko kematian, kelumpuhan, dan penyakit (3D: death, disability and disease). 

Malang tidak berbau itulah ungkapan yang sering kali menjadi mimpi ngeri setiap orang tetapi sekiranya anda memiliki skim perlindungan diri seperti insurans atau takaful, pasti ianya memberikan kelegaan dan ketenangan untuk meneruskan kehidupan.

Takaful adalah salah satu item yang sangat penting dalam perancangan kewangan dan jika anda mampu, sangat digalakkan untuk cuba ambil 1 polisi takaful sama ada hibah ataupun kad perubatan. Ada beberapa info berkenaan dengan hibah dan kad perubatan yang ada dalam blog ini yang anda boleh baca.

apa itu takaful

Apa itu takaful?

Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri-ciri patuh syariah dengan berkonsepkan insurans islamik di bawah kerjasama bersama, di mana segala risiko dan dana juga akan dikongsi bersama. Dalam takaful, bantuan kewangan akan disediakan yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang disumbangkan oleh individu dibawah perlindungan takaful. 

Apa itu insurans?

Insurans berfungsi sepenuhnya apabila anda telah membayar sejumlah bayaran premium kepada syarikat insurans dan mereka pastinya akan membayar pampasan bergantung kepada kadar risiko yang anda tanggung. Walau bagaimanapun, masa tanggungan seseorang itu bergantung kepada insurans ini adalah terikat dengan had jangka masa tertntu dan nilai had pampasan yang dibayar.

Takaful vs Insurans

TakafulInsurans
Tertakluk kepada Akta Takaful 1984Tertakluk kepada Akta Insurans 1963
Peserta membayar sumbangan berdasarkan konsep tabarru’Pemegang polisi dikenakan bayaran premium atas perlindungan
Pihak syarikat merupakan pengendali risikoPihak syarikat merupakan penanggung risiko
Penyertaan takaful merupakan satu akad antara peserta dan pengendali takafulPembelian insurans adalah satu kontrak antara penginsurans dan pemegang polisi
Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab memastikan semua transaksi syarikat berdasarkan syariat IslamTiada Majlis Pengawasan Syariah
Tiada unsur riba, maisir (perjudian), dan gharar (ragu-ragu)Terdapat unsur-unsur riba, maisir (perjudian), dan gharar (ragu-ragu)

Untuk lebih detail berkenaan dengan beza antara Takaful dan Insurance, anda boleh baca lebih lanjut dalam artikel di SINI.

Kepentingan takaful dalam kehidupan

1. Memberikan ketenangan sekiranya anda dan keluarga ditimpa musibah

2. Sebagai satu cara dan kaedah melindungi kewangan dan pendapatan anda

3. Memastikan keluarga anda dapat menjalankan kehidupan seperti biasa walaupun ditimpa musibah

4. Mengelakkan anda, isteri dan anak-anak daripada meminta-minta sekiranya ditimpa musibah

5. Memastikan ekonomi anda, keluarga dan negara tidak terjejas

6. Alternatif terakhir untuk anda berusaha sebelum anda bertawakal kepada segala bentuk kemalangan dan bencana yang boleh menimpa diri dan keluarga

Anda pun boleh baca lebih lanjut berkenaan dengan sebab perlu ambil takaful di SINI.

Kategori Takaful

Jenis takafulPelan ditawarkan
Takaful keluarga/hayatPelan pendidikan anak
Pelan anuiti
Pelan perubatan dan kesihatan
Pelan keluarga
Pelan berkaitan pelaburan
Takaful amPelan motor
Pelan kemalangan diri
Pelan kebakaran/empunya/isi rumah

1. Berkongsi risiko memalui kontrak mudharabah

Risiko bukan keseluruhannya ditanggung oleh syarikat insurans sepertimana insurans konvensional, tetapi turut ditanggung oleh semua pihak dibawah takaful tersebut.

2. Menggunakan polisi “no claim cashback”

Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan yang dibuat, anda akan menerima rebat tunai daripada syarikat takaful tersebut. Jumlah rebat juga akan ditentukan oleh syarikat takaful dan ianya tiada jumlah tetap.

3. Patuh syariah

Kesemua skim jenis perlindungan yang menggunakan konsep takaful adalah patuh syariah dan diluluskan oleh badan syariah Islam Malaysia. Jadi anda tidak perlu lagi was-was atau ragu-ragu dengan segala bentuk konsep, garis panduan, dan tatacara yang digunakan oleh syarikat takaful di Malaysia. 

4. Bukan hanya untuk Muslim

Ramai yang salah sangka, takaful hanya untuk orang Muslim sahaja. Sebenarnya, takaful tidak terikat pada mana-mana bentuk bangsa dan agama atau memberikan kelebihan yang lebih kepada orang Islam berbanding yang lain. Ianya terbuka untuk semua, dan individu sama ada Muslim atau bukan Muslim boleh mendapatkan perlindungan takaful atau menjadi ajen takaful yang sah.

5. Bayaran caruman secara berkala  

Sebagaimana kaedah pembayaran secara berkala yang diamalkan oleh syarikat insurans hayat, pencarum takaful keluarga juga diberi pilihan dalam membayar caruman sama ada secara bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau tahunan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pengendali takaful.

6. Manfaat dari segi rohaniah

Islam adalah agama yang agung dan menyeluruh dalam memberikan panduan yang terbaik untuk semua aspek. Di samping seseorang itu mengamalkan prinsip-prinsip Islam untuk memudahkan kehidupan harian mereka, takaful juga berupaya untuk memberikan manfaat yang banyak kepada rohaniah seseorang. Ini sejajar dengan matlamat mereka yang meletakkan unsur kebajikan sebagai perkara utama kepada mereka yang menyertai takaful. 

Anda akan terlatih untuk memupuk diri dengan nilai-nilai akhlak yang baik seperti saling bertanggungjawab dengan sesama manusia, saling bekerjsama, saling bantu-membantu, dan saling lindung-melindungi dalam masyarakat majmuk. 

7. Jaminan perlindungan kewangan berlandaskan prinsip-prinsip Islam

Takaful memang tidak dinafikan lagi sebagai sebuah alternatif yang membawa sistem Islam dalam hal ehwal urusan kewangan dan perbankan. Sistem ini secara umumnya telah mengantikan sistem dalam insurans konvensional yang tidak memenuhi kehendak syarak terutamanya kepada umat Islam yang sangat mengambil berat soal ini. 

Anda yang menggunakan sistem dalam prinsip Islam takaful akan diberikan jaminan perlindungan kewangan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Di mana ia mengamalkan konsep saling menyumbang dan saling melindungi di kalangan peserta takaful. Ini adalah antara perkara penting apa itu takaful yang anda perlu tahu.

8. Bebas dari riba

Amalan takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) and Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur RIba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

9. Manfaat kepada perlindungan hayat

Apa yang akan berlaku kepada pewaris sekiranya anda mengalami hilang upaya kekal atau kematian? Salah satu fungsi takaful adalah memberikan perlindungan hayat (Life Protection) sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Perlindungan ini adalah pampasan bagi waris untuk meneruskan kehidupan, atau menampung perbelanjaan untuk orang hilang upaya kekal. Jadi pewaris tidak perlu risau untuk menanggung segala kos kehidupan atau menyelesaikan hutang-hutang yang tertunggak. 

Bab ini adalah berkaitan dengan hibah dan boleh dapatkan info lanjut dalam video di bawah ini;

10. Membayar balik / mengurangkan hutang 

Siapa yang tidak mahu hutangnya selesai atau dikurangkan dari jumlah sebenar. Sesuatu yang menarik jika anda mengambil takaful, mereka berupaya untuk membantu anda membayar balik atau mengurangkan hutang sekiranya berlaku bencana yang tidak diinginkan terjadi.

Diharapkan artikel apa itu takaful ini akan memberikan anda info dan maklumat yang berguna untuk anda merancang masa depan diri dan keluarga dengan lebih baik dan teratur.

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan info lanjut dan tips berkaitan dengan pelaburan dan tambah income. Sayangi diri dan orang tersayang, tanpa mereka siapalah kita. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest