10 Info Bantuan Segera Baitulmal Johor

Pada kali ini, kami ingin berikan penerangan lebih lanjut berkenaan dengan bantuan segera Baitulmal Johor. Terutama sekali bagi mereka yang terkesan dan mempunyai masalah kewangan, kalau anda layak, apa salahnya untuk mendapatkan bantuan kewangan seperti ini. 

Pastikan untuk anda baca artikel ini sampai habis kerana ada banyak perkara yang bakal kami kongsikan kepada anda.

Anda warga Johor Darul Takzim? 

Anda memerlukan bantuan untuk menampung kehidupan seharian? 

Penularan Covid-19 bukan sahaja mengubah norma masyarakat tetapi juga menambah beban masyarakat apabila terlalu banyak syarikat yang memberhentikan pekerja. Jika anda bujang mungkin tidak terlalu berat bagi anda menguruskan kehidupan seharian tetapi bagaimana pula nasib mereka yang mempunyai keluarga dan terjejas dengan masalah kesihatan fizikal dan mental?

Artikel pada kali ini akan menyenaraikan 10 bantuan segera baitumal khusus untuk warga JDT.

bantuan segera baitulmal johor

Apa itu Baitulmal?

Baitulmal di sebut sebagai rumah harta dalam bahasa arab. Dalam istillah moden pula, ia dikenali sebagai sebuah institusi kewangan yang berfungsi menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti wang emas atau perak. Jika diikuti sejarah baitulmal ini terwujud sejak dari zaman Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. 

Secara ringkasnya, ia berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam. Sekaligus, berfungsi seperti Bank Islam yang aktif dan secara langsung memperniagakan harta umat islam secara terkumpul. Terdapat tiga unsur penting yang menjadi teras utama dalam institusi ini iaitu konsep harta (ekonomi), konsep amanah (pentadbiran) dan konsep keadilan sosial (penggunaan).

Enakmen Undang-undang

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dalam Bahagian VI (Kewangan), Fasal 81 ada menyatakan tentang penubuhan baitulmal. Bahkan semua Majlis Agama di setiap negeri mempunyai enakmen sendiri tentang institusi ini. Oleh itu, sekiranya anda bukan warga Johor pun, anda masih berpeluang untuk mendapatkan bantuan. Anda boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Agama Islam masing-masing.

Sumber Harta

Harta masyarakatHarta NegaraHarta Umum
Zakat fitrahZakat hartaSedekahWakafHarta rampasan (Ghanimah & Fai’)Cukai (Kharaj, jizyah, usyur)Harta karun / harta tanpa warisPerlombonganPerusahaanPerniagaanPertanianLain-lain

Cara Memohon

Info sahih yang diterima, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah cara memohon yang betul seperti di bawah untuk mana-mana bentuk bantuan yang telah di senaraikan di bawah.

  1. Semua permohonan kepada Penghulu di kawasan masing-masing dan diselaraskan oleh Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
  1. Sila beri kerjasama dengan memberikan maklumat berikut:
  • No.Kad pengenalan ketua keluarga / individu terlibat.
  • Alamat terkini.
  1. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari Facebook atau hubungi Pejabat Daerah di tempat masing-masing (Pejabat Daerah Muar, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pejabat Daerah Kluang, Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Daerah Segamat, Pejabat Daerah Mersing, Pejabat Daerah Kulai, Pejabat Daerah Tangkak dan Majlis Agama Islam Johor)

[PENTING] Jika anda ingin membuat permohonan secara online, borang berkaitan dengan bantuan baitulmal Johor ataupun zakat boleh didapati di akhir artikel ini. Boleh baca artikel ini sampai habis ataupun terus ke hujung artikel bagi mendapatkan borang berkaitan dengan bantuan segera baitulmal Johor.

1. Bantuan Barang Keperluan Makanan Asasi

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban kepada seluruh warga Johor terutamanya kepada golongan yang sangat memerlukan. Apa bila di sebut tentang keperluan makanan asasi, ia adalah seperti beras, roti, produk tenusu, tepung, minyak masak, biskut, telur, lampin pakai buang, kelengkapan mandian dan makanan basah.  

http://www.maij.gov.my/wmaij/wp-content/uploads/2020/03/WhatsApp-Image-2020-03-25-at-3.29.34-PM.jpeg

2. Bantuan Tunai Tambahan

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban kepada seluruh warga Johor sebanyak RM 100 secara “one off”. Ramai yang keliru dengan perkataan “one off”. “One off” di sini bermaksud pemberian bantuan hanya akan di buat sekali sahaja untuk seorang individu.

http://www.maij.gov.my/wmaij/wp-content/uploads/2020/03/WhatsApp-Image-2020-03-25-at-2.53.40-PM-1.jpeg

3. Bantuan RM 1,000

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban kepada individu yang positif dijangkiti virus Covid-19 dan keluarga atau waris pesakit yang meninggal kerana virus ini. Sebanyak RM 1,000 akan di berikan kepada kategori individu yang terlibat secara “one-off”. Dalam masa yang sama juga peruntukan lain yang boleh digunakan adalah RM 100 tunai kepada individu yang di tempatkan di pusat kuarantin dan RM 100 berbentuk keperluan asas untuk keluarganya.

http://www.maij.gov.my/wmaij/wp-content/uploads/2020/03/WhatsApp-Image-2020-03-25-at-2.53.41-PM.jpeg

4. Bantuan Hilang Punca Pendapatan

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban kepada golongan yang terkesan dengan implikasi dari penularan pandemik Covid-19 seperti hilang punca pendapatan. Apabila sesebuah keluarga itu hilang punca pendapatan, ia sudah pasti akan menyukarkan kehidupan seisi ahli keluarganya yang lain. Apatah lagi jika keluarga anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Bayaran RM 100 berbentuk keperluan asas akan di berikan 20,000 penerima secara “one-off”.

http://www.maij.gov.my/wmaij/wp-content/uploads/2020/03/WhatsApp-Image-2020-03-25-at-2.53.41-PM-1.jpeg

5. Bantuan Bulanan RM 100

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban khusus kepada kelompok penerima Bantuan Sara Hidup, Bantuan Perubatan MAINJ atau Bantuan Bulanan Muallaf. Bayaran RM 100 berbentuk keperluan asas akan di berikan kepada 25,000 penerima secara “one-off”. Jadi sekiranya anda tergolong daripada tiga kelompok ini, anda disarankan untuk membuat pemohonan bantuan ini kerana peluang untuk lulus adalah sangat tinggi. 

http://www.maij.gov.my/wmaij/wp-content/uploads/2020/03/WhatsApp-Image-2020-03-25-at-2.53.41-PM-2.jpeg

6. Bantuan Pelajar Johor Di Mesir dan Jordan

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban pelajar Johor di Mesir dan Jordan. Selain isi keluarga, golongan mahasiswa tidak terkecuali untuk menerima tempias dari penularan virus ini. Banyak kelas secara bersemuka di batalkan dan di ganti dengan kelas secara dalam talian melalui aplikasi seperti Googel Meet, Zoom, Microsoft Team, dan Cisco Webex. Malah mereka juga tidak dapat kembali ke Malaysia, kerana penutupan pintu keluar dari negara dan kerencatan sektor penerbangan dunia.

Pada tahun 2020 MAINJ memperuntukan sejumlah RM 178,000.00 dengan bilangan penerima seramai 855 mahasiswa dengan pecahan RM 200 kepada 785 mahasiswa di Mesir dan RM 300 kepada 70 mahasiswa di Jordan secara “one-off”.

http://www.maij.gov.my/wmaij/wp-content/uploads/2020/03/WhatsApp-Image-2020-03-25-at-2.53.42-PM.jpeg

7. Bantuan Peniaga-peniaga Kecil Asnaf

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban peniaga-peniaga kecil asnaf. Pada tahun 2020 MAINJ memperuntukan sejumlah RM 100,000.00 dengan bilangan penerima seramai 200 peniaga dengan pecahan RM 500 secara “one-off.”

http://www.maij.gov.my/wmaij/wp-content/uploads/2020/03/WhatsApp-Image-2020-03-25-at-2.53.42-PM-1.jpeg

8. Bantuan Pelajar Tahfiz & Madrasah

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban pelajar dari kalangan institusi tahfiz dan madrasah. Pada tahun 2020 MAINJ memperuntukan sejumlah RM 30,000.00 dengan bilangan penerima seramai 300 pelajar dalam bentuk barang keperluan asas kepada mereka yang tidak pulang ke rumah di seluruh negeri Johor. Barang keperluan asas seperti kelengkapan sekolah dan makanan akan di berikan.

http://www.maij.gov.my/wmaij/wp-content/uploads/2020/03/WhatsApp-Image-2020-03-25-at-2.53.42-PM-2.jpeg

9. Bantuan Keperluan Aset Perubatan dan Bukan Perubatan

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban hospital dan klinik kesihatan. Keadaan pada masa sekarang telah menjadikan hospital dan klinik kesihatan sebagai nadi utama masyarakat mendapatkan rawatan yang sewarjarnya. Pada tahun 2020 MAINJ memperuntukan sejumlah RM 600,000.00 dengan bilangan penerima seramai 3,240 asnaf di seluruh negeri Johor. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyampaikan sumbangan tunai dan dipertimbang bagi pembelian:

  • Katil khas
  • Mesin sedut kahak
  • Mesin oksigen dan
  • Kerusi roda

Bukan itu sahaja, stok penambahan dalam kategori alat perlindungan diri seperti PPE, hand sanitizer, mask, face shield dan alat bantuan lain di wad sangat membantu para doktor dan jururawat untuk memberikan khidmat perubatan yang terbaik kepada pesakit.

10. Bantuan Orang Kelainan Upaya

Sudah 9 bantuan yang di senaraikan tadi kesemuanya khas untuk golongan masyarakat biasa. Bagaimana pula dengan golongan kurang upaya yang sangat-sangat perlu di bantu ini? Bantuan yang terakhir ini bertujuan bagi mengurangkan beban orang kurang upaya. Pada tahun 2020 MAINJ memperuntukan sejumlah RM 20,000.00 dengan bilangan penerima seramai 200 orang kurang upaya di seluruh negeri Johor. Sebanyak RM 100 secara “one-off” berbentuk keperluan asas akan di berikan.

http://www.maij.gov.my/wmaij/wp-content/uploads/2020/03/WhatsApp-Image-2020-03-25-at-2.53.43-PM-1.jpeg

Ini adalah 10 bantuan segera Baitulmal Johor yang anda boleh cuba untuk membuat permohonan jika anda layak.

Peneraju Ekonomi Ummah

Fungsi institusi kewangan Islam ini saban zaman berubah mengikut peredaran semasa. Jauh hendak di bandingkan pencapaiannya dengan dulu. Secara khusus, ia merupakan satu tempat khusus untuk menyimpan khazanah umat Islam dan berperanan seperti Perbendaharaan Negara dalam konteks amalan masa kini.

Diharapkan artikel bantuan segera baitulmal Johor pada kali ini akan memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada anda sekaligus meringankan beban kehidupan. Kita semua terpalit dan terkesan dengan isu pandemik Covid-19, tetapi tetaplah semangat dan jangan berputus asa untuk meneruskan kehidupan anda. Untuk maklumat lanjut dan update semasa, sila like dan follow page Instagram dan Facebook Majlis Agama Islam Johor.

Jangan lupa untuk subscribe channel kami di atas bagi mendapatkan info lanjut dan terkini berkaitan dengan topik-topik kewangan dan pelaburan di Malaysia.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest