11 Idea Barang Hantaran Lelaki 2020

Apa idea menarik untuk barang hantaran lelaki. Sama ada untuk majlis perkahwinan ataupun untuk tunang. Pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips untuk anda dapatkan beberapa idea menarik untuk barangan hantaran kahwin ataupun tunang yang sesuai untuk lelaki. Daripada idea yang kami berikan ini, harap anda boleh praktikkan dan gunakan untuk majlis anda.

Tema blog ini adalah kewangan dan lebih fokuskan kepada kewangan anak muda. Justeru, topik perkahwinan adalah termasuk dalam konteks kewangan anak muda dan wajar diambil perhatian serius. Bajet untuk hantaran juga adalah sesuatu yang penting untuk anda ambil perhatian dan kali ini, kami berikan beberapa bajet yang anda mahukan.

barang hantaran lelaki

Artikel Lain Berkaitan Perkahwinan Dan Tunang

Kami juga ada berikan beberapa artikel lain berkaitan dengan perkahwinan dan tunang. Daripada bajet dan macam mana nak dapatkan dana yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda kepada faktor-faktor lain seperti bajet pertunangan, kursus kahwin dan lain-lain. 

Boleh baca artikel kami ini dan dapatkan tips ataupun inspirasi daripada apa yang kami kongsikan kepada anda.

Boleh tengok artikel yang kami tulis di atas dan dapatkan info lebih lanjut daripada artikel yang diberikan.

Gubahan Hantaran Lelaki

Sebelum pergi kepada barangan hantaran, terlebih dahulu anda perlu lihat kepada senarai gubahan barangan untuk hantaran anda. Ada 3 elemen penting dalam gubahan yang anda perlu ambil tahu iaitu tema warna, gubahan dan juga dulang hantaran

Untuk tema warna, anda perlu untuk pilih sendiri berdasarkan kepada tema yang anda nak. Boleh jadi kuning, coklat, pink atau banyak lagi pilihan warna yang anda sendiri boleh pilih. Nak tengok gubahan ataupun contoh gubahan boleh tengok beberapa senarai di bawah.

Contoh Senarai Gubahan – Moden dan Simple

Dulang hantaran pun merupakan antara item yang penting untuk anda dapatkan. Nak cari jenis yang macam mana, kami rekemen moden dan simple. Boleh sewa ataupun beli. Kalau anda beli, tiada masalah untuk anda sewakan selepas itu. Anda pun boleh tengok beberapa contoh gubahan dulang seperti di bawah

Contoh Dulang Untuk Hantaran – Murah dan Unik

Barang Untuk Pengantin Lelaki

Berikut adalah beberapa senarai idea dan barang sebagai hantaran untuk pengantin lelaki. Ada banyak pilihan barangan yang anda boleh pilih dan ikut jika ianya bersesuaian dengan apa yang anda mahukan. Yang penting kena dengan bajet anda dan kesemua barangan ini adalah mudah untuk anda beli.

Al – Quran Simple Tapi Bermakna

Tak menarik kalau kami tak mulakan dengan Al – Quran. Ianya simple sahaja tetapi memberikan makna yang besar untuk permulaan perkahwinan. Harga pun tak susah dan lebih menarik anda boleh dapatkan Al Quran secara online sahaja. Cadangan kami, cuba slotkan 1 Al Quran dalam hantaran kepada pihak lelaki. 

Saya memang galakkan anda untuk sediakan Al Quran sebagai salah satu hantaran untuk pasangan. Tak kira la sama ada untuk pihak lelaki ataupun untuk pihak perempuan. Tapi untuk sejadah pula, ianya lebih kepada sebagai idea untuk hantaran anda. Kalau bukan untuk kahwin, untuk majlis pertunangan pun boleh letak dan gunakan. Untuk pilihan sejadah pun boleh tengok banyak pilihan yang murah dan mudah.

Pakaian Baju Melayu – Pilihan Murah

Baju Melayu pun antara pilihan yang manis dan murah. Asalkan kena dengan tema pun tak ada masalah untuk jadikan baju Melayu sebagai salah satu barang hantaran. Boleh tengok lagi pilihan yang kami rekemen di bawah.

Pilihan Baju Melayu Terbaik dan Comel – KLIK SINI

Pakaian Kemeja Lelaki

Ada banyak pilihan pakain kemeja sama ada lengan pendek ataupun lengan panjang. Asalkan kena dengan tema dan citarasa bakal pengantin lelaki, tiada masalah untuk anda dapatkan satu set kemeja ataupun pakaian lelaki. Bukan setakat kemeja, anda boleh juga letakkan set pakaian lain seperti tali leher ataupun seluar untuk kegunaan pengantin lelaki. Boleh tengok beberapa pilihan yang kami rekemen untuk anda di bawah.

KLIK Untuk Pilihan Kemeja Lelaki

Smartphone – Apple Ataupun Android

Kami jarang nampak hadiah kahwin Android, ramai yang menghadiahkan Apple Iphone kepada pasangan. Anda pun boleh lakukan perkara yang sama untuk tunjukkan kelainan. Antara idea lain adalah Ipad yang boleh dihadiahkan kepada bakal pengantin lelaki. 

Pun tiada masalah nak berikan Android kepada bakal pasangan. Yang penting ikut kemampuan dan tak membazir. Boleh tengok 2 pilihan di bawah ini untuk idea smartphone terbaik.

Bagi Hadiah Berdasarkan Hobi 

Apa hobi pasangan anda. Saya ada kenal seorang ini memang suka memancing, lalu bakal pengantin perempuan letakkan satu set memancing dalam hantaran. Menarik kan. Yang ini anda kena ambil tahu. Mana tau kalau bakal pasangan anda suka main game di smartphone, bolehlah belikan smartphone pada dia.

Dompet – Ikut Keperluan

Nak lagi idea menarik untuk barang hantara, boleh letak dompet di situ, Ianya adalah antara item yang berguna juga sebab lelaki jarang tukar dompet. Kebanyakan akan tukar bila dompet dah terlalu teruk, barulah akan tukar kepada yang baru. Kalau anda berikan sebagai hadiah untuk hantaran, ianya akan sangat bermakna. Boleh tengok beberapa pilihan di bawah ini.

Pilihan Dompet Menarik dan Comel – KLIK SINI

Tali Pinggang – Idea Menarik

Ini adalah antara idea barang hantaran lelaki yang murah dan berbaloi. Ada sesetengah tali pinggang itu disertakan dalam set bersama dompet. Ada sesetengah itu tidak disertakan. Tetapi tiada masalah untuk anda jadikan ini sebagai idea. Boleh tengok beberapa pilihan di bawah ini.

Tali Pinggang – Pilihan Menarik 

Jam Tangan ataupun Smartwatch

Jam tangan pun antara idea menarik yang anda boleh jadikan sebagai idea untuk barang yang diberikan kepada bakal pengantin lelaki. Pun sebagai satu idea menarik. Letak sahaja atas dulang hantaran bersama hiasan. Dah jadi cantik dan menarik. Boleh tengok pilihan jam tangan yang kami rekemen di bawah.

Jam tangan menarik – KLIK SINI

Set Wangian – Ini Yang Saya Sendiri Terima Daripada Isteri

Saya pernah terima set wangian dari isteri saya masa kahwin dulu. Anda pun boleh lakukan perkara yang sama dan berikan set ini kepada bakal pasangan anda. Harga set wangian ini tidaklah terlalu mahal dan sangat mampu beli. Kalau anda ada bajet lebih, boleh beli set yang berharga lebih mahal. Ianya bergantung kepada bajet anda. Pilihan yang kami rekemen ada di bawah;

Boleh tengok pilihan yang kami cadangkan – terbaik

Ini adalah antara beberapa tips terbaik sebagai idea untuk barangan hantaran khusus untuk lelaki. Apapun, kami rekemen anda membacara beberapa artikel kami yang lain terutama kalau modal anda masih belum cukup untuk perkahwinan. Boleh tengok beberapa pilihan di bawah.

Harapnya artikel barang hantaran lelaki ini sangat membantu anda untuk mendapatkan apa yang anda mahukan dan misi kami adalah untuk lebih ramai yang mendapat manfaat daripada artikel berkaitan kewangan yang kami tulis. Jika ianya berbaloi, harap anda boleh kongsikan artikel ini dimedia social agar lebih ramai yang dapat membacanya.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest