9 Info Barang Hantaran Tunang 2020

Nak dapatkan idea barang hantaran tunang untuk majlis pertunangan anda? Pada artikel kali ini, kami akan berikan beberapa info penting berkenaan dengan tips untuk mendapatkan pelbagai barangan hantaran ini pada harga yang berbaloi. Juga pelbagai lagi tips yang membolehkan anda untuk mendapatkan banyak idea untuk majlis pertunangan anda.

Walaupun kami di smartinvest ini banyak memberikan fokus berkaitan dengan kewangan, Tetapi tidak dilupakan juga antara fokus kami adalah faktor kewangan orang muda yang penting untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Salah satu tips kewangan orang muda adalah bagi mendapatkan info berkenaan dengan barang hantaran untuk majlis pertunangan ini.

Selain daripada tips ataupun idea pelbagai barangan untuk majlis pertunangan anda, juga tidak dilupakan untuk mendapatkan pelbagai tips. Tips apa? Tips untuk berjimat dan tips untuk idea bagi menjana pendapatan tambahan. Teruskan membaca artikel kami ini sampai habis ye.

barang hantaran tunang

Hantaran Tunang simple

Apa yang membolehkan sesuatu hantaran itu simple sahaja? Sebelum pergi lebih jauh, ada 2 item wajib yang perlu ada dalam sesuatu hantaran. Adalah lebih baik anda dapatkan item ini terlebih dahulu.

Cincin Tunang

Apa makna hantaran tanpa cincin tunang, ianya khusus untuk lelaki. Ianya pemberian lelaki kepada perempuan sebagai satu tanda jadi sebelum pergi ke proses yang seterusnya. Ianya merupakan satu elemen yang wajib ada untuk satu-satu proses pertunangan. Dah ada ke? Kalau belum ada lebih baik dapatakna satu secepat mungkin.

Sirih Junjung

Ianya lebih kepada adat yang kena ada dalam majlis perkahwinan. Untuk item ini pula terdapat banyak pilihan gubahan yang menarik yang anda boleh tengok dan dapatkan di pasaran sekarang. Ada banyak pilihan yang ada dan kalau anda tak percaya, sireh ini pun ada dijual secara online. Ini kalau anda sudah buntu dan tak tahu nak dapat di mana, boleh tengok pilihan online ini.

Tentukan pilihan anda sendiri dan cuba dapatkan sebagai salah satu pilihan yang baik untuk majlis pertunangan anda ya.

Hantaran Tunang DIY

Sebelum anda cuba buat sendiri hantaran anda, adalah lebih baik anda dapatkan dulu dulang hantaran. Untuk dapatkan dulang ini, ada 2 cara iaitu;

  • Sewa – ya Anda masih boleh sewa dulang hantaran ini dengan rakan-rakan ataupun kedai.
  • Kalau nak jimat dan berbaloi lagi, boleh beli sahaja. Kalau anda beli, anda boleh sewakan kemudian. Kalau nak beli boleh tengok beberapa pilihan ini.

Percayalah yang ianya tidak terlalu mahal. Hiasan lain juga anda boleh dapatkan secara online dengan mudah dan murah. 

Idea Barang Hantaran Tunang

Berikut adalah antara beberapa idea untuk barangan hantaran bagi majlis pertunangan anda. Kesemua barangan ini anda boleh dapatkan secara online sahaja pada harga yang berbaloi dan mampu beli. 

Alatan Solat

Alatan solat antara item yang simple, murah dan berbaloi untuk anda letakkan terutama kalau anda dah tak ada item yang nak letak dalam barangan untuk hantaran anda. Nak letak apa? Kami rekemen 3 benda ini. 

Kesemua item ini anda boleh beli secara online sahaja dan ianya mudah dan murah. Beli dan lepastu boleh terus dapat.

Minyak Wangi

Set wangian pun antara item yang anda boleh beli dan letak sebagai hadiah pertunangan anda. Anda boleh pilih pilihan minyak berdasarkan kepada bajet dan wang yang anda ada. Daripada pilihan yang mahal kepada pilihan yang murah. Juga boleh pilih bentuk botol untuk sesuaikan dengan tema hiasan anda. Nak tahu pilihan yang anda ada, boleh tengok beberapa pilihan ini.

Dompet

Dompet sama ada lelaki ataupun perempuan memang satu idea yang baik sebagai hantaran. Mudah dan murah serta anda boleh pilih berdasarkan kepada pilihan yang ada. Boleh tengok beberapa pilihan yang kami rekemen untuk anda pilih di bawah;

Jam Tangan 

Jam tangan pun antara idea menarik. Saya dulu pun dapat jam tangan daripada isteri sebagai salah satu hantaran semasa proses pertunangan. Anda juga boleh lakukan perkara yang sama untuk majlis anda. Nak tengok pilihan yang ada, boleh tengok beberapa pilihan yang ada di bawah ini;

Skincare

Alatan penjagaan kulit pun boleh anda jadikan sebagai idea untuk barang hantaran. Penjagaan kulit adalah untuk perempuan. Memang ada banyak pilihan alatan skincare yang anda boleh pilih daripada pelbagai jenama. Juga alatan make up yang menarik. Yang paling penting, ianya mengikut bajet anda.

Telefon dan Smartphone

Telefon adalah antara pilihan yang menarik tetapi anda boleh teruskan kalau anda mempunyai bajet. Ada banyak cerita mereka yang memberikan smartphone dan juga iphone untuk hantaran perkahwinan. Anda juga boleh lakukan perkara yang sama untuk hantaran ini. Boleh tengok beberapa pilihan untuk anda dapatkan pada harga yang menarik dan berbaloi.

Beza hantaran Tunang dan Nikah

Sebenarnya tiada perbezaan yang ketara pun andata tunang dan nikah. Yang pasti perbezaan dari segi bilangan. Kalau boleh semasa tunang tu, 5 berbalas 7, tetapi masa majlis perkahwinan tu 7 berbalas 9. Itu pun sudah lebih dari mencukupi untuk majlis anda. 

Yang penting adalah, majlis berjalan lancar dan tiada isu dikemudian hari. Itu adalah perkara yang lebih penting.

Gubahan Hantaran Tunang

Ada banyak idea gubahan untuk hantaran bagi majlis pertunangan. Kalau anda datang ke blog ini untuk cari idea gubahan, boleh tengok video di bawah ini.

Hantaran Tunang 3 Balas 5

Kebanyakan hantaran adalah dalam bentuk ganjil. Jika 3 berbalas 5. Jika lelaki bagi 5 dulang, biasanya pihak perempuan akan bagi 7 dulang. Ianya bergantung kepada pilihan pihak perempuan. 

Antara elemen yang perlu ada dalam dulang itu adalah sireh junjung, buah-buahan dan cincin bagi hantaran lelaki kepada pihak perempuan.

Aspek Kewangan Untuk Pasangan Baru Berkahwin

Aspek kewangan adalah faktor penting dalam sesebuah perkahwinan. Menurut statistik, ianya adalah punca utama kepada masalah perceraian. Kami ada berikan info berkaitan dengan statistik dan aspek kewangan ini dalam artikel di SINI.

Duit bukan segala-galanya, tapi sekarang hampir semua perkara perlukan duit

Memang banyak perkara sekarang perlukan dana kewangan. Nafkah isteri, anak dan lain-lain lagi. Anda perlu untuk menjadi seorang yang kretif kerana ada pelbagai cara untuk tambah pendapatan dan sebaiknya jimatkan perbelanjaan. Kerana itulah yang sangat penting.

Tambah Pendapatan – Pasangan Baru

Pada kesempatan ini juga, kami berikan beberapa tips penting kepada pasangan baru sebagai salah satu formula penting untuk sukses dalam tips untuk tambah pendapatan terbaru. Kami berikan beberapa idea berkaitan dengan tips untuk tambah pendapatan seperti di bawah ini;

Ini adalah antara 3 idea untuk anda tambah pendapatan anda pada masa kini. Ada banyak lagi idea lain untuk anda bermula dan cukuplah artikel ini bagi membantu anda untuk tambah pendapatan.

barang hantaran tunang

Jangan lupa juga untuk anda lihat tips untuk berjimat duit agar tidak alami kebocoran yang serious. Boleh baca artikel kami di SINI.

Artikel Berkaitan

Proses selepas pertunangan adalah perkahwinan. Untuk itu jemput juga anda baca tips berkaitan dengan perkahwinan di bawah ini;

Harapnya, artikel tips ataupun idea barang hantaran tunang ini dapat membantu anda untuk dapatkan apa yang anda mahukan.

Akhir kata, jangan lupa untuk follow channel telegram kami untuk lebih banyak tips kewangan anak muda terbaik.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest