8 Tips Belajar Saham Online 2020

Macam mana nak belajar saham online. Sekarang sudah banyak berita positif berkenaan dengan pasaran saham di Malaysia. Ramai juga rakan-rakan saya di dalam Facebook yang sudah menunjukkan atau update status yang mereka telahpun popit dalam saham. Apapun, pada kali ini, kami akan tunjukkan beberapa tips ataupun cara untuk belajar saham secara online sahaja dari rumah.

Untuk mempelajari saham, ianya bukan merupakan satu proses yang mudah dan mengambil masa bertahun untuk anda jadi bagus untuk melihat saham yang anda bakal masuk. Apapun, semuanya bermula dengan langkah pertama terutama untuk mahir dan pandai dalam melabur saham. 

Khusus pada kali ini juga, di akhir artikel kami akan berikan kepada anda sedikit alternatif yang anda boleh dalami terutama kalau anda nak melabur saham. Pastikan anda baca sampai habis ye.

belajar saham online

Belajar Saham Malaysia

Nak belajar saham memang memerlukan kesungguhan dan tempoh masa yang sesuai. Adalah lebih baik kalau anda mempunyai mentor untuk belajar saham. Untuk lebih mendalami ilmu saham ini, memang ada banyak cara untuk anda belajar saham dan perlu diingat, kalau nak belajar melabur dalam “stock investment” ni, ada 2 teknik yang sangat perlu untuk anda kuasai.

Ianya adalah fundemantal analisis dan teknikal analisis. Macam mana nak kuasai teknik ini, ada banyak cara dan kami paling rekemen untuk anda lihat perkongsian bro Khairul Ariffin di bawah ini.

Ianya adalah antara tips yang baik bagi mereka yang baru nak mula dalam melabur saham. Boleh lihat dan tengok dahulu apa yang ditawarkan.

Belajar Main Saham Modal Kecil

Tak semua pelabur mempunyai modal yang besar. Kalau anda baru bermula, memang digalakkan untuk anda melabur dengan modal kecil dahulu. Untuk apa? Supaya anda dapat “feel” the market. Dari situ baru anda tahu macam mana perasaan “order filled” perasaan anda “q order” dan cara buy and sell menggunakan platform pelaburan anda. Ianya penting untuk bermula. 

Selepas itu barulah boleh membuat pelaburan secara serious dalam pelaburan. Pastikan anda mendapat teknik dan panduan yang betul untuk membuat pelaburan dalam saham ini. Untuk tips penting, boleh baca artikel kami berkenaan dengan panduan dan cara melabur dalam saham dengan modal minima ini.

Pengalaman Melabur Saham

Saya sendiri mempunyai pengalaman melabur dalam pasaran saham di Malaysia. Cuma keadaan pasaran semasa saya mula melabur adalah dalam keadaan yang tidak berapa cantik. Indeks KLCI sedang mengalami kejatuhan dan banyak pelabur baru terkesan dan tidak dapat membuat keuntungan kerana pasaran dalam keadaan jatuh. 

Untuk melabur dalam saham, penting untuk anda tidak melawan indeks kerana ianya penentu kepada pelaburan anda. Strategi ikut jerung dan tidak lawan indeks ini ada dinyatakan dalam ebook SISTEMSAHAM. Ataupun sebagai alternatif boleh tengok artikel di SINI.

Buat masa ini, saya sedang dan merupakan seorang intraday trader untuk Futures Crude Palm Oil. Apa itu? Baca sehingga akhir artikel di mana saya akan ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan dengan FCPO ini. Kepada anda yang ingin membuat pelaburan dalam saham, boleh teruskan niat anda kerana pada waktu artikel ini ditulis, indeks KLCI sedang dalam keadaan menaik akibat kejatuhan dan kesan daripada Covid-19.

Teknik Tanpa Tools Dalam Saham Tak Bermakna

Melabur dalam saham penting, strategi atau skill tu memang kena “develop” untuk satu jangka masa yang panjang. Akan tetapi, tanpa peralatan yang sesuai, ianya tidak akan bermakna. Apa peralatan yang sesuai yang saya maksudkan itu? Boleh tengok beberapa pilihan di bawah;

Untuk Analisa Saham – Wajib ada

Untuk Key In Order – Terbaik.

Saya biasa menggunakan alat no 1 untuk analisa harga dan pasaran saham. Alat no 2 pula bertujuan untuk key in order dalam platform. Tidak dilupakan juga untuk anda menggunakan charting platform Tradingview untuk membuat analisa dari segi teknikal dan fundemantal.

Untuk lebih mudah, boleh baca artikel berkenaan dengan tips dan peralatan penting bagi seorang pelabur saham di SINI.

Kelas Saham Terbaik

Memang lebih mudah kalau anda mempunyai mentor dalam pelaburan anda. Dengan itu, risiko untuk rugi akan lebih minima dan perjalanan untuk anda belajar dalam saham itu akan jadi lebih singkat. Nak bermula kami rekeman anda buat pelaburan dalam ebook sistemsaham itu sebagai kos permulaan. 

Ataupun kami boleh rekemen beberapa channel di youtube untuk anda belajar dengan lebih advanded berkenaan dengan teknikal analisis. Boleh tengok video di bawah ini untuk anda belajar dengan lebih detail berkenaan dengan teknik Fibo Musang. Ianya adalah antara teknik ataupun analisis yang baik bagi anda untuk bermula.

Teknik Untung Melabur Saham

Kombinasi dalam teknikal analisis dan fundemantal analisis adalah sangat penting untuk anda membuat untung dalam pelaburan saham. Ianya nampak mudah tetapi memerlukan masa dan “learning curve” yang agak panjang. Apapaun, semuanya perlukan langkah pertama.

Untuk belajar saham online, apa yang anda perlukan adalah sedikti teknik untuk analisa saham dan pastikan kaunter tersebut adalah syarikat yang stabil kewangan dan dalam keadaan undervalue. Macam mana nak tahu syarikat tu di bawah harga pasaran? Ini memerlukan teknik fundemantal analisis yang betul dan berterusan.

Apabila dah jumpa kaunter saham yang sesuai, masukkan dalam watchlist dan mula untuk lihat dan analisis harga saham. Ianya dipanggil teknikal analisis. Daripada teknikal analisis ini, anda dapat analisa sesuatu saham dan boleh mula membeli saham dengan harga yang lebih tepat. Secara ideal adalah, anda beli sesuatu saham itu di support dan cuba jual di resistant.

Buka Akaun Saham Sekarang

Langkah pertama sebelum anda pergi lebih jauh dalam membuat pelaburan saham adalah untuk anda daftar akaun saham. Boleh tengok penerangan video di bawah ini berkenaan dengan cara untuk buka akaun CDS.

Untuk info lanjut boleh baca artikel INI.

Lepas buka akaun, barulah lebih mudah untuk anda mulakan strategi pelaburan saham anda.

Alternatif Kepada Saham

Sejak kejatuhan indeks KLCI, saya tidak lagi berdagang saham. Kalau dalam keadaan pasca Covid-19 ini mungkin akan melabur kembali dalam saham kerana indeks KLCI sedang dalam keadaan menaik dan mungkin akan recover satu hari nanti. Semasa kejatuhan saham, saya melabur dalam pasaran komoditi ataupun derivatif. Pilihan utama pada masa itu adalah Futures Crude Palm Oil ataupun pasaran hadapan minyak sawit dan juga Crude Oil iaitu minyak.

FCPO

Ianya merupakan satu pasaran komoditi di bawah Bursa Malaysia Derivatif. Apa yang menarik dan kenapa saya memilih untuk berdagang dalam pasaran ini adalah, ianya merupakan satu pelaburan patuh syariah dan sebab kedua adalah, anda boleh berdagang dua arah. Pasaran naik dan turun pun anda boleh membuat untung. 

Tak percaya kan! Kalau tak percaya tak apa, tapi kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan apa itu FCPO boleh baca artikel kami di bawah.

Forex

Sama seperti FCPO, ianya merupakan satu pasaran yang membolehkan anda untuk membuat untung sama ada ketika pasaran dalam keadaan menaik ataupun menurun. Untuk berdagang Forex, apa yang anda perlukan adalah beberapa info di bawah termasuklah fatwa terkini berkenaan dengan Forex.

Apapun, berbalik kepada topik, kalau nak belajar saham online, ini adalah antara beberapa tips yang kami rekemen. Kami sangat rekemen untuk anda lihat semula apa yang ebook sistemsaham ini tawarkan.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest