Jangan Beli Bitcoin Di Malaysia Cara Ini – 2022

Macam mana cara beli Bitcoin di Malaysia? Pada kali ini, kami nak tunjuk macam mana cara nak beli Cryptocurrency di Malaysia. 

Cryptocurrency secara umum menjadi semakin popular di Malaysia dan anda memang boleh membeli secara langsung aset digital ini. Memang ada banyak platform untuk membuat pembelian Bitocin dan pada kali ini, kami nak cover app Luno, salah satu platform yang sah dan sering digunakan di Malaysia. Sebenarnya, ada app dan marketplace lain yang anda boleh gunakan, tapi pada kali ini, kami cuma akan cover Luno sahaja.

Penafian :

  • Artikel ini bukan investment advise ataupun nasihat kewangan. Jika anda mencari ataupun nakkan nasihat kewangan, boleh merujuk kepada meraka yang lebih bertauliah.
  • Saya sendiri mempunyai pegangan dalan Bitocin dan Etherium di Luno, jika anda nak buat pembelian ataupun nak memulakan pelaburan, pastikan anda lakukan kajian terperinci dahulu. 
Beli Crypto Di Luno

Cara Beli Bitcoin di Luno

Seperti yang saya nyatakan di atas, saya cuma akan berikan info berkenaan dengan platform Luno sahaja pada artikel kali ini. Apabila ada kesempatan, insyaAllah akan cuba cover platform lain seperti Binance, Huobi, Kucoin dan lain-lain.

Sebelum pergi lebih jauh, anda dah ada akaun Luno ke belum? Kalau belum ada, bolehlah cuba daftar akaun Luno ni, daftar FREE je. Apabila anda mendaftar dan membuat pembelian menggunakan wallet, anda boleh mendapat RM25 dalam bentuk Bitcoin. Nak daftar, boleh ke link di bawah ini dan terus membuat pendaftaran.

Nak buat pembelian di LUNO ni ada 2 cara dan kami akan cuba berikan info detail berkenaan dengan kedua-dua cara tersebut.

Pembelian di Wallet Luno

Anda boleh membuat pembelian di Wallet Luno. Saya ada beberapa rakan yang menggunakan strategi ini dan membuat pembelian menggunakan strategi dollar cost averaging DCA. DCA ini strategi macam mana?

Dollar-cost averaging (DCA) is an investment strategy in which an investor divides up the total amount to be invested across periodic purchases of a target asset in an effort to reduce the impact of volatility on the overall purchase. The purchases occur regardless of the asset’s price and at regular intervals.

In effect, this strategy removes much of the detailed work of attempting to time the market in order to make purchases of equities at the best prices. Dollar-cost averaging is also known as the constant dollar plan. {source}

Secara mudah macam ni, anda ada bajet RM500 untuk membeli BTC, daripada anda terus beli RM500 tersebut, anda boleh cuba bahagikan ataupun membuat pembelian RM500 itu untuk sebulan ataupun RM500/30 ataupun RM16 sehari. Anda boleh gunakan cara DCA ini daripada wallet di LUNO dan boleh set untuk membuat pembelian secara daily, weekly ataupun monthly.

Satu lagi kenapa nak beli pakai wallet, adalah kerana anda boleh membeli pada jumlah yang anda selesa. Contoh nak beli BTC pada harga RM15 pun boleh. 

Cuma anda kena ambil kira juga, transaksi 2% akan dikenakan untuk setiap pembelian.

Pembelian di Exchange

Cara kedua adalah dengan membuat pembelian di Exchange. Boleh rujuk gambar di bawah untuk info lanjut.

Kenapa nak beli di Exchange? Sebab kos lebih murah. Jika buat pembelian di wallet, anda akan dikenakan kos transaksi sebanyak 2%, pembelian di exchange, anda hanya akan dikenakan kos transaksi sebanyak 0.25% sahaja. Memang jauh lebih murah. 

Apapun, kami ada cover berkenaan dengan topik ini dalam video di bawah secara lebih detail dengan contoh. Boleh tengok video ini dulu ya.

Tak tahu nak buat pembelian di mana dan nak daftar di mana, boleh daftar di LINK INI. Anda boleh mendapat sehingga RM25 dalam bentuk Bitcoin.

Beli Cryptocurrency

Selain daripada Bitcoin, anda juga boleh membeli 4 coin lain di LUNO iaitu Etherium, XRP, Litecoin dan Bitcoin Cash.

Anda mungkin akan tanya, apa beza kesemua coin-coin ini berbanding dengan Bitcoin? Jawapan ringkas, kesemuanya memang berbeza dan kami akan cuba buat content berkenaan dengan kesemua coin ini pada masa akan datang. Tapi buat masa ini, anda boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan kesemua coin ini di Youtube ataupun di google sahaja dulu.

Kenapa Saya Pakai LUNO?

Berikut adalah antara pengalaman saya menggunakan platform Luno.

  • Brand yang trusted dan bertapak di Malaysia. 
  • Nak beli, jual, deposit dan withdraw pun sangatlah mudah.
  • Diperakui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Bitcoin Halal Ke Haram?

Ada yang akan tanya, Bitcoin ni Halal ke Haram? 

Cryptocurrency macam Etherium, XRP, Litecoin dan Bitcoin Cash ni macam mana pula statusnya? Adakah haram dan langsung tak boleh? Adakah halal?

Kalau persoalan ini bermain di minda anda, boleh jemput baca artikel kami di SINI

Juga boleh tengok info lebih detail dalam video di bawah ini berkenaan dengan status halal dan haram cryptocurrency ini.

Pengalaman Main Bitcoin

Main ataupun trade Bitcoin ini bergantung kepada strategi masing-masing. Ada yang nak simpan sebagai short term, ada juga yang nak simpan untuk jangka masa panjang. Dari situ membolehkan anda untuk tahu lebih lanjut cara macam mana nak “main Bitcoin” ini. 

Kalau anda baru je nak bermula, cara beli Bitcoin di Luno adalah antara cara yang anda perlu tahu. Tapi selepas tahu cara bermula tersebut, apa yang lebih penting adalah untuk beli ataupun melabur menggunakan strategi anda.

Nak beli sekarang dan jual lagi 10 tahun? Nak beli menggunakan konsep DCA? Nak beli short term berdasarkan kepada strategi dalam teknikal analisis pun boleh. 

Cadangan saya, anda kaji dahulu, sama ada berbaloi ataupun tidak Bitocin ini. Kenapa ianya berharga dan naik tinggi sehingga mencapat harga $50,000 setelah 10 tahun lebih diperkenalkan. Juga kaji coin lain yang berkualiti sebagai contoh Etherium yang merupakan antara coin kedua terbesar berdasarkan kepada market capitalisation selepas BTC. Daripada situ anda boleh tentukan strategi anda sendiri.

Cara Kira Keuntungan Bitcoin

Keuntungan BTC ini sama sahaja macam saham di Malaysia. Kenaikan ataupun profit adalah berdasarkan kepada % kenaikan. Sebagai contoh, anda beli coin bernilai $1 dan naik sehingga $2, anda sudah mendapat kenaikan sehingga 100%.

Memang ada applikasi untuk tujuan ini dan insyaAllah akan kami cuba cover pada masa akan datang.

Mula Sekarang Bila Lagi

Bagi kami, boleh cuba daftar akaun dahulu sebelum anda bermula. Daftar akaun di platform Luno dahulu dan cuba kedua-dua cara beli Bitcoin di Malaysia yang saya beritahu tadi untuk membuat pembelian di Luno. 

Beli mengikut jumlah yang paling minimum dahulu untuk dapatkan feel ataupun cara yang anda selesa untuk bermula. 

Apapun, harapnya, artikel beli Bitcoin di Malaysia ini memberikan anda info penting dalam membuat pembelian Bitcoin menggunakan platform Luno. Apapun selamat membeli.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest