Beli Rumah Tanpa Deposit – 5 Cara Simple

Kali ini kami nak berkongsi cara beli rumah tanpa deposit. Ianya sesuai untuk mereka yang mahukan rumah sama ada untuk duduk ataupun untuk tujuan pelaburan. Daripada situ, akan jadi lebih mudah untuk anda mendapatkan rumah yang anda idamkan dan kemudian, anda bolehlah mendapat yang terbaik untuk rumah anda.

Nak beli rumah ini memang kena ada duit yang banyak. Ianya memerlukan deposit 10% daripada harga rumah yang anda beli dan selain daripada itu juga, ianya memerlukan wang lain sekitar 5% untuk bayaran guaman dan lain-lain lagi. Pendek kata, memang memerlukan kos yang besar dan mahal. Untuk itu, kalau anda dapat beli rumah tanpa deposit, memang akan sangat berbaloi dan menjimatkan anda.

Pada akhir artikel juga, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips penting khusus untuk anda bermula melabur dalam hartanah. Tanpa perlu deposit 10% pun anda sudah boleh bermula melabur dalam hartanah. Macam mana tu, boleh baca artikel ini sampai habis ye.

beli rumah tanpa deposit

Ada ke rumah tanpa deposit?

Jawapannya ada. Kami tunjukkan 2 cara untuk anda mendapatkan rumah tanpa perlu mengeluarkan downpayment pun dan ini memang menjimatkan. Apapun, sebelum kami berikan tips yang akan kami berikan kepada anda, boleh dapatkan tips dan panduan untuk kiraan harga rumah anda. Boleh baca artikel ini sampai habis kerana banyak perkongsian yang bakal kami kongsikan kepada anda.

Ini adalah antara beberapa cara untuk anda dapatkan pinjaman rumah anda. Boleh ikut cara ini step by step.

#1 Rumah Under Construction

Apa itu rumah under construction ini? Ianya adalah rumah yang sedang dalam pembinaan. Sekarang ini memang banyak projek-projek perumahan yang ada di Malaysia dan disetiap negeri dan untuk itu, memang kebanyakan projek ini memberikan deal dan pakej menarik kepada pembeli. Disebabkan oleh projek-projek ini masih baru, antara pakej yang diperkenalkan oleh pemaju adalah memberikan rebate 10% untuk deposit dan juga kadangkala mereka memberikan rebate untuk bayaran peguam.

Memang menjadi lumrah, pemaju memberikan pelbagai pakej untuk melariskan jualan mereka dan ianya adalah sebahagian daripada teknik marketing mereka.

Nak tahu deal-deal berkaitan dan apa yang ditawarkan, kena pergi ke tempat-tempat berdekatan ataupun projek berdekatan dengan rumah anda untuk pilihan rumah berbaloi ini. Apa yang pemaju lakukan adalah, mereka menaikkan harga SPA ataupun dalam istilah lain ‘mark up SPA’ bagi membolehkan anda tidak perlu membayar sebarang deposit. Sales Purchase Agreement adalah antara dokumen penting dalam jual dan beli rumah dan pastikaan anda tahu berkenaan dengan perkara-perkara seperti mark-up dan lain-lain.

Apapun, memang banyak pakej-pakej seperti ini dan apa yang anda perlu lakukan adalah untuk pergi ke sales gallery berdekatan dan dapatkan informasi berkaitan dengan pakej-pakej yang ada di sana.

#2 Rumah Bawah Market Value

Cara kedua ini adalah antara cara yang mudah iaitu membeli rumah bawah market value. Untuk ini, lebih mudah kalau anda berbincang dengan agen anda dan tahu berapa harga market yang ada di tempat tersebut. Dari situ, lebih mudah dan berbaloi untuk anda mintak tolong agen “mark up S&P” dan dapatkan deal bawah harga pasaran yang berbaloi.

Dengan teknik ini, memang ada kemungkinan juga yang anda hanya perlu membayar sedikit yuran guaman untuk lawyer menyediakan SPA dan Loan Agreement. Apapun, cuba caru deal-deal seperti ini agar anda tidak perlu mengeluarkan cash yang banyak semasa membeli rumah nanti. Lebih berbaloi, anda mendapat cash semula selepas membuat pembelian nanti.

Untuk gunakan strategi ini, pastikan anda tahu berapa harga pasaran rumah anda. Boleh baca juga artikel terbaru dari kami berkenaan dengan tips dan cara untuk periksa harga pasaran.

#3 Beli Rumah Dengan Pinjaman Sehingga 100% Loan

Terkini, anda boleh sahaja untuk membeli rumah dengan pinjaman sehingga 100% loan. Ada banyak bank yang menawarkan skim ini bagi membolehkan anda untuk membeli rumah. Walaupun tak ada 10%, jangan risau, anda masih boleh membeli rumah dengan skim ini. Info lanjut berkenaan dengan skim ini boleh tengok di bawah;

Ataupun nak tahu info lanjut, anda pun boleh baca artikel kami dengan lebih detail berdasarkan kepada sumber terkini di SINI.

#4 Manfaatkan KWSP Anda

Selain daripada pinjaman 100% loan ini, anda masih boleh memnfaatkan KWSP anda untuk membuat pengeluran khusus untuk beli rumah. Ianya bergantung kepada terma dan syarat juga terutama jumlah baki dalam akaun 2 KWSP anda. Kalau mencukupi, tak ada masalah. Apapun, nak tahu lebih lanjut bgaimana dan apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan info ini, boleh tengok dalam video di bawah ini ya. Kami ada cerita detail berkenaan dengn topik ini.

#5 Pelaburan Hartnah Ganerasi Baru

Alangkan rumah pun belum boleh beli lagi, inikan pula nak buat pelaburan hartanah ataupun jadi property investor.

Ini adalah antara perkara yang bermain di minda anda. Tapi tak mengapa, ada beberapa perkara yang mungkin boleh mengubah semua ini. Ada strategi baru untuk melabur ataupun buat duit dengan hartanah tanpa beli rumah. InsyaAllah ada dan bukan scam. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan skim ini, boleh dapatkan info lanjut dalam artikel di SINI.

Ya, tanpa 10% deposit dan tak perlu nak keluarkan kos lawyer pun, anda sudah boleh membeli rumah dan melabur dalam hartanah.

Harapnya artikel cara beli rumah tanpa keluarkan deposit ini membantu anda untuk beli rumah dan ada rumah sekarang. Untuk info, sekarang pun ada banyak tips dan cara kalau nak beli rumah. Saya rekemen anda tengok-tengok tips dan panduan di SINI.

Nak tahu harga dan kos yang anda perlu bayar untuk pembelian rumah, boleh download file excel di SINI.
Apapun, untuk membeli rumah, memang perlu untuk anda melengkapkan diri dengan ilmu dan teknik yang betul dalam pembelian rumah anda. Dengan itu, anda mendapat lebih manfaat dan lebih mudah untuk loan anda lulus selepas ini. Itu yang penting.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest