Bila Kena Start Bayar Loan Rumah? Penting

Ramai yang bertanya, bila kena start bayar loan rumah? Kami akan sedaya upaya cuba menjawab persoalan anda berkenaan dengan waktu yang paling sesuai untuk anda mula bayar pinjaman perumahan anda. 

Saya yakin, ramai yang membeli rumah kali pertama dan memang akan menghadapi sedikit kesukarang untuk tahu secara lebih speasifik berkenaan dengan waktu yang sesuai untuk membeyar pinjaman perumahan. Boleh baca artikel ini sampai habis untuk anda tahu dengan lebih lanjut cara yang sesuai untuk anda dapatkan bahan bacaan secara detail, khusus kalau anda nak dapatkan info lebih lanjut.

bila kena start bayar loan rumah

Beli Rumah Subsale, Bila Mula Bayar Pinjaman

Sebelum anda meneruskan pembacaan anda, nak tak kalau anda boleh jimatkan perbelanjaan anda setiap bulan dengan tukar penggunaan talian prepaid ataupun postpaid yang anda gunakan ke syarikat Tune Talk. Pelan bermula dengan Rm15 sebulan dan pada saya sangat-sangat berbaloi. Info lanjut dan kalau anda berminat nak dapatkan pelan ini, boleh buat pembelian di kedai Shopee saya di SINI.

Terus kepada topik asal artikel ini, kalau anda nak beli dan dah pun beli rumah subsale, boleh baca perkongsian di bawah ini.

BILA KENA MULA BAYAR LOAN RUMAH?

Yang ni abam nak explain jika owner rumah masih ada hutang bank jika beli rumah subsale/rumah dari owner. Pembeli kena mula bayar selepas bank pembeli buat “Redemption “

Apa tu Redemption?

Bank pembeli akan setelkan hutang rumah owner. Tujuan untuk dapatkan geran asal dari bank owner. Pastu baru boleh lawyer teruskan dengan urusan pindahmilik kepada nama pembeli.

Bila kena start bayar loan rumah?

Bila bank pembeli dah keluarkan payment untuk setel hutang rumah loan owner, pembeli akan dapat sms/surat/emel. Hanya bayar progressive payment sahaja. Tak perlu bayar full lagi loan rumah. Bayar ikut berapa yang dalam surat tu minta.

Bila kena bayar full?

Lepas lawyer dapat geran asal rumah, lawyer akan buat proses pindahmilik. Lepas setel urusan pindahmilik, pihak lawyer akan hantar surat kepada bank pembeli untuk “Disbursement”. Lepas bank pembeli buat disbursement baru la pembeli kena bayar full loan rumah seperti dalam Letter Offer bank.

Disbursement tu apa pulak?

1. Contoh la owner jual rumah harga 200k.

2. Owner punya hutang rumah ada lagi 50k.

3. Bank pembeli buat “Redemption” untuk setel hutang rumah owner untuk dapatkan geran asal.

4. Masa ni pembeli dah kena bayar progressive payment sebab bank dah keluarkan 50k dari loan yang lulus.

5. Lawyer proses urusan pindahmilik.

6. Lepas setel urusan pindahmilik, Lawyer minta bank pembeli untuk buat “Disbursement” baki jualan rumah 150k.

7. Owner dapat duit jual rumah 150k.

8. Owner serah kunci kepada pihak lawyer.

9. Pembeli baru boleh masuk rumah yang dibeli.

10. Pembeli start bayar loan rumah sehingga habis. [sumber]

Nak tahu info lanjut dan lebih detail berkenaan dengan bila kena start bayar loan rumah, boleh juga tengok video di bawah ini.

Beli Rumah Lelong, Bila Mula Bayar Pinjaman

Kalau anda beli rumah lelong pula, ianya tidaklah susah nak tahu bila anda sudah kena bayar. Sebelum pergi lebih lanjut berkenaan dengan rumah lelong, saya galakkan untuk anda membaca artikel lelong kami di SINI.

Boleh juga dapatkan info lanjut berkenaan dengan lelong dalam video di bawah ini.

Baik, bila akan mula kena bayar kalau anda membeli rumah lelong ini? Untuk rumah lelong ini, apa yang anda perlu tahu adalah, anda sudahpun membayar sebanyak 10% daripada harga lelongan tersebut.

Selebihnya 90% adalah pinjaman yang anda pinjam daripada pihak bank yang anda perlu bayar setiap bulan. Bila akan kena bayar?

Anggaran mudah, sebulan ataupun 2 bulan selepas loan rumah anda lulus oleh pihak bank. Untuk anggaran yang lebih detail, anda boleh cuba menghubungi customer servis syarikat yang memberikan pinjaman kepada anda. Ataupun apabila anda sudah mendapat makluman daripada pihak bank melalui surat menyurat ataupun ada pihak daripada bank yang menelefon anda.

Beli Rumah Under Construction / Pemaju, Bila Mula Bayar Pinjaman

Beli rumah yang masih belum siap (baca : undercon) ataupun unit yang di bawah pemaju ini agak sedikit berbeza jika nak dibandingkan dengan rumah yang anda beli untuk subsale ataupun untuk rumah lelong. 

Pembayaran adalah mengikut “progressive payment” iaitu, sebagai contoh, jika jumlah pembayaran rumah anda adalah sebanyak RM1000 sebulan. Rumah itu baru 50% siap, anda kena bayar ikut pada kadar tersebut iaitu 50% x RM1000 iaitu RM500. Pengiraan ataupun formula adalah seperti itu.

Kalau beli rumah yang masih belum siap ini, satu perkara yang anda perlu ambil tahu adalah kelayakan pemaju. Banyak isu di Malaysia ini, apabila rumah yang dibeli dengan pemaju ini, yang di bawah kategori “underconstruction” dan terbengkalai, pihak pembeli perlu untuk terus membayar dengan bank walaupun rumah tersebut masih belum siap lagi.

Sebab itu, kalau nak beli rumah yang masih dalam pembinaan ini, carilah pemaju yang bagus dan ada track rekod yang baik. Pemaju yang disenaraikan di Bursa Malaysia juga adalah antara beberapa faktor penting yang anda boleh ambil perhatian kalau nak beli rumah yang masih dalam pembinaan.

Bila mula kena bayar? Sebulan ataupun 2 bulan selepas pinjaman diluluskan. Iaitu ketika pihak bank mula membayar kepada pihak pemaju mengikut kadar kesiapan rumah, ya ketika itu, anda suah mula kena bayar pinjaman rumah anda. Tak pasti, boleh tanya pemaju, pihak bank ataupun peguam yang anda berurusan untuk memudahkan anda.

Bila Nak Kena Bayar Loan Kerajaan LPPSA

Untuk info, kalaupun anda menggunakan loan dari LPPSA, ianya terpakai sama sahaja dengan semua artikel ini.

Proses LPPSA tak jauh beza dengan apa yang diamalkan oleh bank dan ianya perkara yang sama. Cumanya, LPPSA ataupun pinjaman perumahan loan kerajaan ini mempunyai kadar tetap 4% dan anda boleh dapatkan info lanjut dalam artikel di SINI.

Refinance Macam Mana?

Untuk refinance, proses ini agak detail dan anda boleh dapatkan info lanjut dengan membaca pengalaman kami refinance rumah dalam artikel di SINI.

Sentiasa Follow Up

Jika anda membeli dengan pihak agen hartanah ataupun ada wakil jualan, boleh sentiasa tanya wakil jualan tersebut tentang status bayaran pinjaman perumahan anda. Pastinya mereka akan membantu anda mendapatkan info lanjut berkenaan dengan bila waktu yang sesuai untuk anda mula membayar bayaran bulanan anda.

Cuba Hubungi Customer Servis Anda

Anda pun boleh sentiasa cuba menghubungi pihak customer servis bank bagi mendapatkan info lanjut tarikh yang sesuai untuk anda mula membayar dengan pihak bank.

Apapun, harapnya artikel ini membantu anda serba sedikit berkenaan dengan bila kena start bayar loan rumah anda. Pinjaman rumah ini biasanya mengambil masa sehingga 35 tahun maksimum dan ianya bukan satu jangka masa yang pendek! Perancangan kewangan adalah penting sepanjang tempoh ini dan salah satu tips ataupun cara untuk anda mula berjimat adalah dengan cuba untuk tukar pelan telefon anda kepada Tune Talk

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *