Bisnes Modal Rm500 Apa Yang Terbaik?

Ada ke bisnes modal Rm500. Jawapannya ada sahaja dan dalam artikel ini, kami nak berikan info apa bisnes yang ada boleh lakukan dengan hanya RM500 sahaja di tangan. Boleh cuba lakukan secara part time dahulu dan kemudian secara full time jika dirasakan sesuai dengan apa yang anda mahukan.

Apapun bisnes yang anda lakukan, yang penting perniagaan itu bukanlah perniagaan yang melanggar undang-undang Malaysia. Apapun harap idea ini membuka mata anda untuk anda mula mengorak langkah dan yang penting, anda mempunyai sumber pendapatan kedua dan seterusnya. Penting untuk survival jangka panjang terutama dalam keadaan ekonomi yang tak menentu.

bisnes modal rm500

Ada Perniagaan Bawah Rm2000, Lakukan Sahaja

Kalau nak mula berniaga itu, salah satu nasihat saya, cuba untuk mula dengan modal yang kecil dahulu. Supaya, jika perniagaan tersebut tidak menjadi, anda tidak terkesan sangat kerana hanya melaburkan jumlah yang sedikit sahaja berbanding dengan kalau anda memodalkan sehingga puluhan ribu ringgit.

Saya suka dengan nasihat Pn Ainon di bawah ini.

Kalau misalkata anda mempunyai modal yang besar pun, mulakan juga dengan jumlah yang kecil. Kalau boleh ambil stok barang tu, jangan terus ambil stok barang, cuba mulakan dengan jadi dropship dahulu.

Anda boleh tahu keadaan pasaran dan kemudian jika sudah mula nampak hasil, perlahan-lahan anda boleh tambah modal untuk kembangkan perniagaan anda. Ini adalah antara cara yang boleh dikatakan sebagai “play safe” untuk satu jangka masa panjang.

Jadi Dealer Simkad Tune Talk

Dengan modal bawah Rm200, anda sudah boleh jadi dealer menjual simkad Tune Talk. Kos untuk dapatkan ID tidaklah terlalu mahal, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk simkad anda itu kekal aktif sama ada dengan;

  • Langganan pelan setiap bulan, tiada masalah
  • Langgan activation Rm35 setahun

Memang satu perniagaan yang bermodalkan dengan modal yang rendah untuk satu jangka masa panjang. Berminat untuk menjadi dealer tune talk, boleh PM kami di Shopee. Klik je link Shopee di bawah ini.

Kalau tak nak jadi dealer kerana nak jual simkad, anda jadi pengguna pun tiada masalah. Pengguna ini, anda boleh jimatkan bil bayaran bulanan telefon anda dengan bermacam pelan daripada Tune Talk. Banyak pelan yang bagus-bagus anda boleh dapat. Nak tahu, klik je link Shopee di atas untuk tahu pelan apa yang terbaik dan sesuai untuk kegunaan seharian anda.

Jika konsisten, anda boleh lihat kenaikan pendapatan anda dari RM100 sebulan kepada RM1000 sebulan secara perlahan dan konsisten. Jika saya boleh, saya yakin, anda pun pastinya boleh lakukan.

Seller Shopee

Selain daripada menjadi seorang dealer tune talk yang memperomosikan simkad, anda boleh manjadi seorang penjual di Shopee. Kalau jadi seller Shopee ini, tak lain kena tahu lebih lanjut produk apa nak jual dan produk apa yang laku keras kalau dijual di Shopee.

Nak tahu produk apa yang bagus dan laku untuk dijual di Shopee boleh tengok video kami di bawah ini.

Nak jadi penjual di Shopee ini tak susah dan modal pun tak terlalu besar sekarang ini. Cuma anda kena buat kira-kira berapa jumlah komisyen yang Shopee ambil dan faktor lain supaya anda masih ada lagi margin keuntungan dalam perniagaan yang anda lakukan. Apapun, dah tahu nak jual produk apa, ianya akan memudahkan anda untuk berniaga di Shopee nanti. Kalau memang anda serious nak berniaga di Shopee, boleh tengok info lanjut di SINI.

Jual Tudung Di Shopee

Antara cabang perniagaan lain yang anda boleh cuba adalah dengan berniaga tudung di Shopee dan yang terbaru di TikTokShop. Shopee dan Tiktok Shop merupakan satu platform yang memang sedang meningkat naik sekarang ini dan anda boleh cuba.

Untuk pemilihan tudung apa yang anda nak jual pula, penting untuk anda ada niche yang speasifik untuk memudahkan anda menjual. Kalau tak ada modal nak ambil stok dan simpan stok, boleh mula dengan menjadi dropship dahulu.

Serious nak menjual tudung dan untuk pemilihan niche dan nak tahu dropship yang bersesuaian dengan anda, boleh tengok video di bawah ini dahulu. Video ini penting untuk anda bermula dan info yang saya berikan adalah percuma sahaja. Kalau memang anda minat nak berniaga tudung, boleh tengok video di bawah ini.

Tak susah pun sebenarnya dan kalau anda memang bersungguh, tudung adalah antara bisnes modal Rm500 yang bagus untuk anda cuba. Boleh tengok dalam video di atas kalau memang anda serious nak berniaga tudung.

Dropship

Dropship adalah antara strategi perniagaan yang tidak memerlukan modal yang terlalu besar, tak perlu simpan stok dan anda cuma perlu fokus kepada teknik marketing sahaja. Untuk mereka yang tak tahu konsep dropship, boleh baca di SINI dahulu untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan konsep dropship ini.

Dropship ini banyak strategi sama ada anda boleh lakukan sendiri menggunakan platform seperti iklan di Facebook ataupun sekarang ini menjual di Shopee ataupun TikTok Shop. 

Sudah ada pelanggan, pada masa itu anda boleh bertukar daripada drophip kepada produk sendiri untuk memaksimumkan margin keuntungan. Tapi anda kena bermula dahulu dengan cara apa, jadi penjual di Shopee. Teknik dropship ini tak menelan belanja yang mahal, bawah Rm500 pun anda boleh dapat banyak pilihan tudung untuk anda cuba jual.

Content Creator Di TikTok

Di Tiktok anda boleh menjual ataupun anda boleh menjual produk orang lain sebagai affiliate. Cuba dahulu jual produk orang lain di TikTok shop sebagai affiliate, apa yang anda perlu buat adalah untuk mencipta pelbagai content yang bagus agar lebih ramai pengunjung yang datang ke kedai anda.

Dah mula konsisten komisyen affiliate anda, anda boleh lihat produk mana yang laku berbanding dengan produk lain, dari situ cuba untuk jual produk sendiri. Lagilah sekarang zaman Tiktok ini lebih mudah untuk anda menjual berbanding dengan zaman sebelum-sebelum ini. Strategi ini memang ada ditulis dan anda boleh cuba hadam sendiri dengan dapatkan info lanjut tentang macam mana nak jadi peniaga berjaya di TikTok Shop di SINI.

Ada banyak strategi lain yang kalau boleh kami nak tulis, dan untuk ringkasan kami sudahpun nukilkan dalam artikel kami yang lain. Boleh tengok strategi buat blog di SINI dan strategi youtube di SINI.

Ini serba sedikit berkenaan dengan strategi yang, walaupun dengan bisnes modal RM500 dan ke bawah, anda boleh hasilkan walaupun secara sambilan ataupun secara full time. Saya cadangkan anda bermula secara sambila dahulu dan jika konsisten dan terus konsisten, boleh terus dengan cara full time. 

Amalkan tips dan perkongsian ini dan jika bermanfaat, bolehlah kongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Tak susah, dan ada banyak pilihan walaupun modal anda setakat RM500.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest