17 Cara Buat Duit Untuk Pelajar Sekolah

Macam mana cara buat duit untuk pelajar sekolah? Zaman persekolahan tidak kira dibangku sekolah menengah, pelajar kolej, mahupun mahasiswa universiti sekalipun, anda pasti selalu mengalami masalah kewangan. Lebih-lebih lagi sekarang di era pandemik ini, semua pembelajaran adalah secara dalam talian. 

Memang banyak kos yang selalu anda laburkan semasa kelas fizikal boleh dikurangkan tetapi kelas online juga sebenarnya memakan kos yang banyak dari segi peranti pembelajaran, internet, dan sebagainya.

“Nak mintak parents, takut menyusahkan.” Keluhan ini sudah tentu pernah singgah di fikiran anda lebih-lebih lagi bagi anda yang sedang belajar di peringkat pendidikan tinggi, kolej atau universiti. “Nak buat kerja part time pun susah sebab masa terikat dengan kelas, lab, dan exam.” Artikel kali ini, kami akan berkongsi 17 cara buat duit untuk pelajar sekolah khusus untuk remaja di atas 18 tahun dan pelajar sekolah. Jom buat duit poket dengan sekali klik di jari. 

buat duit untuk pelajar

1. Berniaga di Shopee

Platform perniagaan online seperti Shopee dan Lazada sudah tentu tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jika selama ini anda hanya menjadi pembeli di dalam platform ini, apa kata kali ini anda beranikan diri menjadi penjual pula.

“Apa yang boleh saya niagakan?” Apa sahaja yang terlintas di fikiran anda boleh anda niagakan. Kalau anda rajin scroll di dalam Shopee, anda boleh lihat pelbagai barang diniagakan sama ada dari sekecil-kecil barang sehinggalah sebesar-besar barang yang boleh dihantar menggunakan khidmat kurier. Ada pelbagai produk yang boleh anda jual seperti aksesori telifon, barang kosmetik, makanan, barangan kecantikkan, buku, dan sebagainya.

Banyak tips berniaga di Shopee pernah kami kongsikan di artikel-artikel sebelum ini. Secara tidak langsung, kami telah membimbing anda dari zero sehingga hero untuk anda berjaya menjana pendapatan yang lumayan Shopee. 

2. Dropship Tudung

“Macam susah je. Mesti banyak pakai modal.” Bawa bertenang dulu. Ambil langkah pertama untuk berniaga dengan menggunakan kaedah dropship. Yang pastinya, anda tidak perlu mengeluarkan modal, tidak perlu simpan stok, atau membuat marketing besar-besaran. Dengan cara ini, anda tidak perlu memberikan fokus yang terlalu menyeluruh sebaliknya hanya perlu memberikan fokus yang khusus kepada satu perniagaan sahaja. Risikonya juga lebih rendah dan pada masa yang sama, anda berpeluang untuk jana lagi banyak pendapatan.

“Kenapa mesti tudung? Barang lain tak laku ke kalau berniaga?” Selalunya persoalan ini sering kali diutarakan oleh bakal-bakal peniaga di luar sana. Ada banyak kelebihan sebenarnya jika anda masuk ke dunia perniagaan tudung antaranya adalah bisnes ini bersifat evergreen. Tidak kira hari perayaan ke, sewaktu pandemik Covid-19 ke, atau kegawatan ekonomi sekalipun, pasti masih ada pelanggan yang mahu membeli tudung. Tidak sama dengan bisnes yang gempak sekali setahun seperti kuih raya. Kuih raya hanya mendapat permintaan yang tinggi ketika musim Hari Raya sahaja, selebihnya pelanggan suam-suam kuku. 

Modal permulaan bisnes tudung pun agak rendah sekitar tiga hingga empar ratus ringgit sahaja berbanding perniagaan lain. Tetapi jika anda memilih keadah dropship, zero kos untuk anda. Bukan itu sahaja, tudung juga tiada tarikh expired yang mana anda tidak perlu risau jika produk itu akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Dan kelebihan terbesar bisnes tudung yang boleh anda nikmati adalah produk ini senang dijual dan boleh dibuat dari rumah atau secara online. 

Berminat hendak jual tudung, cukup sekadar tunjuk gambar tudung yang dipakai oleh wanita dengan wajah yang ceria dan gembira, sedikit penerangan tentang jenis kain, dan harganya. Mudah! Info lanjut berkenaan dengan bisnes Tudung boleh tengok video di atas ataupun boleh ke artikel di SINI.

3. Trade Saham

Main saham boleh ke untuk remaja? Jika usia anda sudah masuk 18 tahun ke atas, anda sememangnya sudah layak untuk trading saham. Trade saham mungkin suatu perkara yang agak luarbiasa bagi anda yang masih muda tetapi tiada yang mustahil. Di era moden ini, pelbagai aplikasi trading boleh anda cuba dan kembangkan potensinya. Jangan takut dengan modal saham bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Bermula dengan modal yang sedikit lalu akan bercambah menjadi pulangan yang banyak. 

Banyak kejayaan yang telah mengemparkan dunia pada hari ini dengan golongan remaja yang bermain saham. Adam Mlamali remaja berusia 19 tahun dari London yang belajar mengenai saham dari Youtube telah membawa tuah baginya dengan pelaburan bernilai RM 1,144 membawa pulangan sehingga RM 114,4172. Beliau mula membeli saham secara serius ketika pandemik Covid-19 melanda kerana menghadapi krisis kewangan keluaraga. 

Brandon Fleisher remaja berusia 17 tahun dari Toronto telah berkongsi ilmu pelaburan secara percuma setelah beliau berjaya mengandakan hasil pelaburannya daripada $48,000 kepada $147,000. Kisah ini sama seperti Andika Sutaro dari Indonesia dan Julian Marchese dari Canada. 

Ramai yang telah menempah kejayaan di usia muda dengan Trade saham. Anda bila lagi? Apapun, anda boleh akses beberapa artikel berkaitan dengan saham dalam artikel dan video di youtube channel kami.

4. Rider Makanan

Lepasan SPM dan ke atas selalunya sudah mempunyai lesen motosikal untuk kegunaan harian. Apa kata anda ambil peluang ini dan jadi rider makanan. Norma baharu pandemik di seluruh dunia telah melonjakkan perniagaan online ke satu tahap maksima yang sangat membimbangkan. Kesemua proses yang melibatkan perniagaan online sama ada penyediaan, pembukusan, pengeposan, dan penghantaran memerlukan pekerja yang ramai lebih-lebih lagi bagi bisnes makanan. 

Berhadapanlah dengan situasi gentir seperti mana pun, keperluan makanan pasti tidak akan merundum jatuh kerana makanan adalah keperluan untuk manusia terus hidup. Oleh sebab itu, jika anda perhatikan sejak kebelakangan ini bisnes makanan semakin laju bersaing dan dalam masa yang sama banyak syarikat yang memperkenalkan nama-nama baru dalam khidmat servis delivery makanan. Contohnya seperti FoodPand, Grab Food, dahmakan, QuickSent, Honestbee, The Naked Lunchbox, Epic Fit Meals.co, Shogun2u, bungkusit, dan sebagainya. 

Kami pun ada buat beberapa idea business makanan di SINI.

5. Freelancing

Tips ke 5 cara buat duit untuk pelajar sekolah adalah, apa itu freelance? dan bagaimana kerja sebagai seorang freelance? Pekerjaan freelance mungkin agak baru di pendengaran anda tetapi sebenarnya ia sudah lama memasuki era moden pekerjaan di negara lain. Freelance maksudnya adalah bebas atau dari istilah boleh diberi fahaman sebagai seorang individu yang mengambil upah atas sesuatu pekerjaan dan dia tidak terikat dengan jangka panjang projek itu bersama klien. 

Dulu orang selalu salah faham yang freelance hanya terhad kepada pekerjaan graphic designer, web designer, dan seumpanya tetapi sebenarnya skop pekerjaan ini meliputi semua perkara. Contohnya seperti menjadi virtual assistant, content writer, virtual teacher, internet marketer, shop assistant, blogger, business conducter, dan pelbagai lagi. 

“Macam mana nak cari job freelancer?” Ada beberapa kaedah yang boleh anda lakukan untuk mendapat job dari klien. Pertama, anda boleh cari di mana-mana laman sosial seperti Facebook, Instagram, atau google sendiri dengan menaip kata kunci pekerjaan tersebut dan hanya tambah freelance di belakangnya. Contohnya seperti “penulis artikel freelance 2021”, atau “video editor freelance 2021”.

Kedua, buat networking environment di mana apabila anda sudah mendapat klien yang tertentu pastikan anda setia dengannya dan kembangkan lagi pontensi diri dan pekerjaan yang anda ada. Loyalty sangat penting dalam sesuatu bisnes untuk memastikan pelanggan tetap setiap mencari khidmat anda walau dengan apa cara sekalipun.

Ketiga, gunakan platform kerja freelance online. Banyak sebenarnya platform yang ada untuk anda cari job freelance, malah anda boleh muat naik terus aplikasinya di telifon bimbit. Antara platform yang popular adalah seperti Freelancer.com, Fiverr, Upwork, dan SkillBridge. Menariknya, platform seperti ini tidak hanya tertumpu kepada klien tempatan sahaja dimana anda berpeluang untuk berkomunikasi dan seterusnya mendapat job dari klien luar negara. Anda bukan dibayar dengan mata wang ringgit tetapi dollar atau bergantung dengan mata wang negara klien yang anda dapat. 

6. Juru Gambar

Anda minat fotografi? Dan ada skill fotografi yang hebat? Jangan sesekali sia-siakan kemahiran yang anda miliki. Mungkin anda satu dalam seribu yang memiliki kemahiran seperti itu sehingga melayakkan anda menjadi seorang jurugambar yang hebat. Apa kata anda cuba untuk upload gambar anda di website dan jualkannya. Ramai jurugambar di dunia yang menggunakan skill mereka sebagai mata pencarian utama dan sehingga kini sudah ramai yang kaya raya dengan skill dan kesunggunguhan yang tinggi. 

Contoh yang terbaik boleh kami berikan adalah seorang juru gambar selebriti dari Brazil iaitu Leco Moura. Anda boleh rujuk https://www.lecomouraphotography.com/ bagaimana beliau menggunakan skill fotografinya sebagai kerjaya yang lumayan. 

Tetapi jika anda tidak berupaya untuk membangun website sendiri, ada juga platform laman web yang menyediakan servis untuk anda beli dan jual gambar-gambar secara atas talian seperti Shutterstock. iStockphoto, Microstock dan banyak lagi. 

7. Youtuber

Sebut sahaja Youtube dan Youtuber, pasti semua teringin ingin menjadi salah seorang darinya. Memang tidak dinafikan jenis-jenis pekerjaan di Malaysia sudah berubah mengikut peredaran zaman. Jika dulu anak-anak berebut untuk menjadi doktor, guru, atau peguam tetapi kini ramai anak muda yang menjadi Youtuber sebagai pilihan pertama. 

Untuk menjadi seorang youtuber yang sustain dalam industri hiburan ini anda perlu sentiasa kreatif dan cuba untuk menarik perhatian umum. Mungkin ini juga bermaksud anda harus lari dari realiti membuat apa yang anda suka tetapi sebaliknya membuat apa yang orang ramai suka dan gemar. Tetapi yang pasti, buatlah content yang baik dan bermanfaat untuk umum kerana apa yang anda buat dan paparkan ia akan mempengaruhi penonton. Baik yang anda paparkan, maka baiklah kesannya dan begitu juga sebaliknya. 

Kalau anda nak tahu berapa pendapatan youtuber di Malaysia, boleh rujuk artikel kami di SINI.

8. Jual Kredit Dan Kouta Internet

Setiap orang pasti akan ada sebuah telifon untuk kegunaan peribadi. Sama ada ia berjenama atau tidak itu perkara lain. Yang pasti apabila seseorang itu menggunakan telifon, mereka perlukan kredit dan kouta internet sendiri terutamanya pelajar sekolah yang selalu berkepit dengan peranti ini. 

Ambil peluang tersebut untuk membuat duit poket dengan menjual kredit dan kouta internet. Anda boleh menjualnya kepada rakan-rakan. Di samping itu, guru dan pekerja sekolah juga boleh menjadi pelanggan kredit dan kuota internet yang anda sediakan.

9. Jadi Cikgu Private 

Pembelajaran atas talian bukan sesuatu yang asing lagi bagi semua pelajar di Malaysia yang mana memang mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma baru sekarang. Namun begitu, sedar atau tidak masih ramai yang belum dapat merespon dengan baik keadaan ini. Pelajar sering kali akan gagal untuk fokus semasa sesi online class berjalan lantas menyebabkan mereka tidak faham tentang sesuatu topik yang diajarkan. 

Untuk membantu memulihkan keadaan ini, khidmat dari cikgu private atau cikgu peribadi sangat diperlukan oleh ibu bapa. Jika anda mempunyai pengetahuan dan keputusan yang baik pada sesuatu subjek contohnya Matematik. Cuba anda buka tuisyen Matematik secara online untuk mambantu pelajar-pelajar yang mengalami kesukaran untuk memahami subjek tersebut. 

Ini adalah antara tips cara buat duit untuk pelajar sekolah yang bagus terutamanya yang dah lepas SPM.

10. Student Cab Services

Pekerjaan ini seakan-akan sama dengan runner makanan yang selalu anda nampak di jalan. Yang membezakannya adalah student cab services memberikan fokus utama kepada pelajar. Jika di universiti, pekerjaan ini sesuatu yang biasa dan normal dilakukan kepada pelajar yang mempunyai lesen kenderaan dan kenderaan sendiri.

Ada dua cara mudah untuk anda dapatkan pelanggan dari pekerjaan ini. Antaranya seperti mempromosikan khidmat tersebut ke dalam page rasmi siswa universiti atau whatapps group siswa atau apa sahaja medium yang membolehkan anda berkomunikasi sesama pelajar. Kedua, anda boleh menggunakan platform seperti Grab dan Uber untuk membolehkan anda mendapat pelanggan yang lebih menyeluruh di kawasan penempatan pelajar tersebut. 

11. Menulis di Blog

Eh, menulis blog pun boleh dapat duit? Biar betul? Anda perlu ingat satu hal sahaja sekarang, ingat yang anda berada dalam zaman moden yang mana apa yang tidak berharga di zaman dahulu kini sangat demand di pasaran. Orang dulu menulis di atas kertas tetapi sekarang anda hanya perlu menaip di atas papan kekunci dan ia terpapar di skrin laptop anda. 

“Tulis…tulis lepastu boleh dapat duit ke?” Biasanya blogger mendapat duit dari blog dengan menjual produk, menawarkan khidmat, membuat produk review, membuat iklan, dan menggunakan affiliate marketing. Dalam banyak-banyak kaedah ini, kami suka untuk menyentuh sedikit tentang affiliate marketing. Kami ada topik khusus berkenaan dengan blogging di SINI.

Jika anda perasan affiliate marketing, memerlukan sesebuah artikel itu mengandungi affiliate link. Jika visitor yang masuk ke dalam blog anda itu nanti klik pada link tersebut, dan kemudian dia membeli produk itu esok, lusa atau mengikut jangka masa cookie yang dihadkan, maka blogger akan menerima imbuhan dari pembelian itu. 

Blogging bukan skim cepat kaya tetap ia memerlukan kesungguhan anda untuk terus menulis secara konsisten dan terbuka dalam menerima komen atau teguran orang lain. Blog adalah antara tips penting dan cara buat duit untuk pelajar sekolah yang efektif.

12. Personal Coaching

Personal coaching adalah kursus yang diajarkan oleh seseorang secara one-to-one dan ia sangat sesuai dilakukan menggunakan platform video conference seperti Google Meet, Zoom, dan Microsoft Team. Jika anda mahir dalam baking, anda boleh mengajar orang lain tentang tips baking dan kongsi resepi-resepi yang menarik. Jika anda mahir dalam bahagian penulisan pula, anda boleh mengajar orang lain untuk teknik penulisan manuskrip yang betul dari prolog hingga ia boleh diterbitkan di rumah penerbitan. 

Setiap kursus yang diajar sudah tentu anda boleh kenakan cas yang tertentu mengikut pakej yang ada. Dengan cara itu, ilmu yang anda miliki boleh terus mengalir kepada orang lain dan secara tidak langsung menjana pendapatan sampingan untuk duit poket sendiri. 

13. Jual Kreativiti, Bakat, dan Kebolehan

Dari hobi, kemudian bakat dikembangkan lagi, seterusnya bina cita-cita dari angan-angan tersebut, dan akhirnya anda jadi seorang manusia yang luar biasa. “Art is not about what you see, but what you make others see.” Dan “Seni itu tidak terikat dengan sepotong ayat, secalit warna, selakar lukisan, atau semerdu suara. Tetapi seni itu adalah sebuah jiwa yang terbang bebas menerangi kehidupan dunia.”

Anda patut berbangga jika anda memiliki bakat yang terpendam seperti ini kerana tidak ramai yang diberikan ilham semula jadi. Apa bakat yang boleh dijual? Apa-apa sahaja yang anda mahir seperti menulis, bernyanyi, berpidato, dan sebagainya. Nilai tambah dengan memiliki ilmu yang luas dalam skop bakat anda itu juga boleh memberikan peluang yang cerah untuk anda menjana pendapat yang banyak. 

14. Live Streaming

Buat kaki gamers, pekerjaan ini pasti membuat anda tersenym lebar sehingga ke telinga. Game streamer akan buat live streaming setiap kali mereka ingin bermain game. Setiap live streaming tersebut membolehkan mereka berinteraksi dengan viewers. Hampir sama dengan Youtube tetapi yang membezakannya Game Streamer memberi fokus penuh dengan content game yang menarik. Semakin menarik content game tersebut, maka akan ramai viewers yang tonton, seterusnya semakin banyak duit yang boleh anda jana. 

“Ada masa depan ke buat Live Streaming ni?” Data yang diperoleh dari artikel Newzoo menunjukkan di Malaysia terdapat 20.1 juta gamers. Majoriti darinya suka main game di handphone. Antara 20.1 juta gamers ini, hanya 61% sahaja yang suka tengok content video-video permainan. Yang menariknya, 7% suka tengok video live streaming tetapi jarang bermain game. Jadi tiada yang mustahil untuk anda menjana pendapatan dengan pekerjaan ini lebih-lebih lagi industri esports negara semakin berkembang maju malah satu pelan strategik pembangunannya sudah dibuat sehingga 2025. 

“Macam mana nak generate duit dari FB Live dan Youtube Live?” Umumnya ada 4 cara anda boleh jana pendapatan dari dua platform ini iaitu dengan menerusi advertisement, donation, subscription, dan Facebook gaming star/Youtube super chat. 

15. Dapatkan Rebat Tunai Ketika Berbelanja

Selalu orang kata shopaholic tidak mendatangkan apa-apa faedah selain kepuasan dalam membeli barang baru. Kami setuju dengan kenyataan itu, tetapi mungkin dulu, sekarang tidak lagi. Terdapat beberapa laman web rebat tunai di luar sana yang membayar anda komisyen penuh yang sebenarnya boleh diraih oleh laman itu sendiri. Setiap pembelian yang anda buat, anda boleh dapatkan rebat tunai sebanyak 10% atau 0.5%. 

Contohnya seperti di shopback, Quidco.com, dan Swagbucks. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dan menawarkan pilihan eksklusif yang terbaik dari peruncit.

16. Jual Barang Terpakai Sendiri

Siapa yang tidak ingat dengan kisah seorang kanak-kanak dari Sabah, b.undle yang menjadi viral beberapa bulan lepas dengan hanya perniagaan baju bundle di FB Live. Dari 4 orang view sehingga mencecah 13 ribu orang. Apa istimewanya b.undle di mata orang ramai? Sesekali cuba anda masuk ke dalam FB Live nya dan sudah tentu anda sendiri akan terkejut dengan cara kanak-kanak itu membuat marketing secara terbuka. Aksinya yang menjual sambil menari dan berceloteh membuatkan orang ramai gemar dengan gayanya yang bersahaja dan santai. 

Siapa kata bisnes bundle tidak laku? Jika anda masih mempunyai tanggapan seperti itu sebenarnya anda sudah jauh ketinggalan di belakang. 

17. Menulis Buku, dan Terbit Sendiri

Individu yang berbakat dalam bidang penulisan mempunyai banyak ruang dan peluang untuk anda terokai. Sama ada anda memilih untuk menjadi penulis cerpen, ghostwriter, content writer, academic writer, article writer, translator, atau novelist sekalipun semuanya ini memerlukan daya usaha yang tinggi dan berterusan. Kerana dengan kemahiran dan bakat semula jadi semata-mata anda tidak akan mampu boleh maju ke hadapan. 

Dunia penulisan juga berkembang dan berinovasi dengan kemajuan teknologi dan gaya hidup manusia zaman milenia ini. Dari buku fizikal beralih ke buku digital, dari terbit di rumah penerbitan beralih ke terbit sendiri. Ini merupakan suatu perubahan yang sangat ketara dan membuka peluang yang lebih banyak kepada penulis di luar sana. 

Apabila buku digital sudah boleh diterima umum, penulis tidak perlu lagi mengeluarkan kos yang banyak untuk menerbitkan sesebuah buku yang belum tentu lagi ia laku dijual di pasaran lebih-lebih lagi jika anda penulis baru. Selain itu, anda juga boleh terbitkan buku sendiri atau swaterbit dengan khidmat servis seperti ini yang berlambak ditawarkan di luar sana seperti Syfe Management, Tukang Buku, Senang Terbit, dan sebagainya. Anda hanya perlu keluarkan kos yang minima untuk kos cover book, kos layout dan editing, kos cetak, kos pemasaran, kos gudang, dan kos penghantaran. Namun begitu, pakej kos-kos ini boleh berubah dan dikurangkan mengikut keperluan dan permintaan anda sendiri. Di Malaysia, ramai penulis terkenal yang sudah menerbitkan buku sendiri seperti Azizi Ali, Norhayati Berahim, Dato’ A Samad Said, Faisal Tehrani, Aina Emir, dan ramai lagi. 

Bagaimana, menarikkan? Tiada apa yang mustahil dilakukan sebagai seorang remaja atau pelajar untuk menjana pendapat online dengan pantas dan mudah. Rata-rata generasi muda hari ini celik IT, jadi semuanya ini boleh anda lakukan dengan hanya sekali klik di hujung jari. Diharapkan artikel berkenaan cara buat duit untuk pelajar sekolah ini memberikan anda tips dan perkongsian yang berguna untuk kewangan masa depan anda. Jangan takut untuk mencuba, jangan takut untuk gagal, kerana dalam seribu kegagalan itu pasti anda akan temui kejayaan.

Cabar potensi diri dari zon selesa dan cuba untuk lari sejauh mungkin untuk mencapai kemenangan yang paling tinggi. Boleh subscribe channel telegram kami di atas untuk lebih banyak lagi tips dan perkongsian berkaitan dengan pelbagai topik kewangan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest