Cara Buka Akaun CDS CIMB Online – 6 Langkah

Macam mana cara buka akaun CDS CIMB Online? Untuk pengetahuan anda sekarang ini anda sudah boleh buka akaun CDS secara online di CIMB. Kami perasan ada beberapa blogger lain yang berikan info berkaitan dengan buka akaun CDS ini dan mereka tidak update info terkini. Sebenarnya memang ada 2 pilihan sama ada secara borang manual ataupun secara online, tetapi kami rekemen untuk anda buka sahaja secara online.

Segalanya berubah selepas Covid19 ini, di mana new norma bermula. Begitu juga dengan cara dan method untuk pembukaan akaun saham. Alhamdulillah CIMB adalah antara beberapa broker di Malaysia yang telahpun seiring dengan teknologi untuk membuka akaun CDS secara online. Ianya penting untuk peluang pada jangka panjang.

Pada artikel kali ini, bukan sahaja berkenaan dengan buka akaun CDS CIMB, tetapi ada banyak info lain yang anda perlu tahu berkenaan dengan beberapa manfaat dan cara untuk pembukaan. Juga sedikit tips-tips macam mana nak mula melabur dalam saham yang anda perlu tahu sebagai seorang pelabur.

buka akaun cds cimb

Pembukaan Akaun Step By Step

Pada kali ini, kami tak nak berikan pendetailan untuk pembukaan akaun step by step. Kenapa? Sebab proses step by step ini mengambil masa yang panjang. Apapun, kami ada sediakan dalam bentuk PDF untuk step by step pembukaan akaun CDS ini. 

Yang lebih penting daripada itu adalah, apakah yang bakal anda dapat jika anda membuka akaun CDS CIMB ini. Untuk pengetahuan, pihak smartinvest101 merupakan remiser berdaftar dengan CGS CIMB ini dan anda boleh buka akaun dengan kami. Apapun, boleh baca artikel ini sampai habis kerana ada banyak info dan manfaat yang anda perlu tahu untuk pembukaan akaun ini. 

Nak buka akaun, boleh terus KLIK LINK DI Bawah ini, kami akan berikan PDF dan step by step tips dan cara pembukaan akaun.

Tak banyak sebenarnya broker yang menawarkan sistem pembukaan akaun secara online ini. CIMB adalah antara salah satu broker tersebut. Kebanyakan broker setakat artikel ini ditulis, masih lagi menggunakan kertas untuk membuka akaun. Akan datang mungkin kesemua akan beralih kepada sistem secara online.

Buka Akaun CDS Tanpa Slip Gaji

Jika anda tiada slip gaji pun tak mengapa dan tak perlu risau kerana anda masih boleh membuka akaun CDS dengan pihak CIMB. Asalkan ada bank statement pun tak mengapa. Anda sudah boleh membuka akaun CDS dan trading akaun dengan CIMB. Semuanya boleh dilakukan secara online sahaja kalau nak dibandingkan dengan cara terdahulu di mana anda perlu untuk print borang manual dan hantar ke remiser anda. Tetapi sekarang tidak lagi.

Memang betul ada bank yang perlukan informasi seperti ini bagi mendapatkan maklumat pendapatan pelabur. Tetapi tidak semestinya perlu kerana ada ramai pelabur yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Apapun, kalau anda tanya, boleh ke buka akaun CDS CIMB ini tanpa perlu slip gaji, jawapan mudah boleh tiada masalah. Tetapi bergantung kepada approval dari pihak CIMB.

Manfaat Pembukaan Akaun di CIMB

Ada banyak manfaat pembukaan akaun dengan CIMB. Saya pun sudah diterangkan dalam ARTIKEL INI secara detail. Tapi tidak mengapa, dalam artikel ini saya cuba terangkan secara ringkas beberapa manfaat penting kalau anda buka akaun dengan CIMB.

  • Boleh buka secara online sahaja
  • Brokerage yang murah dan berpatutan
  • Bukan setakat saham, anda boleh trade Futures dan juga saham global dalam 1 platform
  • Tidak terhad kepada saham global, anda boleh buka akaun Futures dan trade produk seperti Futures Crude Palm Oil juga dalam CIMB. 

Semua ini ada boleh dapat dalam 1 akaun sahaja. Memang antara deal yang menarik dan jangan lepaskan peluang ini ye. Ini adalah antara beberapa manfaat pembukaan akaun, apapun sekali lagi, nak info yang lebih detail anda boleh ke artikel yang kami rekemen untuk anda baca di atas. 

Cara Keluarkan Duit Dari Akaun CDS CIMB

Nak keluarkan duit ataupun bank in duit tak susah. Semuanya boleh sahaja dilakukan secara online. InsyaAllah nanti kami akan tunjuk step by step macam mana cara nak keluarkan duit dari akaun CDS CIMB ini semuanya boleh dilakukan secara online sahaja. Tak perlu nak isi-isi form macam nak tulis surat cinta tu.

Keluarkan duit, bank in duit, nak lihat statement semua boleh dilakukan secara online sahaja sekarang ini.

Cara Beli Saham Di CIMB

Kalau anda nak tahu cara beli saham CIMB ini tak susah. Nak buy and sell tu senang je sebenarnya. 1 ataupun 2 tutorial tu dah boleh nampak. Tetapi yang lebih penting daripada itu adalah, macam mana nak analisa saham mana yang terbaik untuk anda beli. Selain daripada itu juga, macam mana nak cari timing yang baik untuk menjual dan membeli saham.

Ada banyak strategi untuk buy dan sell saham ini dan insyaAllah akan kami cuba cover satu persatu khusus untuk mereka yang membuka akaun CDS dengan pihak smartinvest101. Ataupun anda boleh baca beberapa info dan artikel di bawah ini untuk info dan maklumat anda.

Ini tidak termasuk lagi strategi pemilihan kaunter berdasarkan kepada fundemantal analisis. Apapun, akhir sekali, gabungan antara strategi teknikal analisis dan fundemantal analisis adalah antara tips penting untuk melabur dalam saham.

Buka Akaun Sekarang – Inilah Masanya Bukan Esok

Nak buka akaun CDS ni tak susah pun. Kepada yang bersemangat nak melabur dalam saham, boleh terus cuba buka akaun. Kemudian terus mula melabur. Tetapi kepada yang belum ada apa-apa keinginan lagi, pun tak ada masalah. Anda cuba buka akaun dahulu dan bila sampai masa dan ketikanya untuk anda mula melabur, boleh mula melabur.

Mungkin nak mula belajar ataupun nak mula dapatkan feel market, pun tiada masalah. Pasang niat, mula melabur. Mungkin nak mula melabur lagi 6 bulan pun tak mengapa. Sekali lagi, nak buka akaun CDS CIMB secara online, boleh terus sahaja klik di link di bawah ini. Pendaftaran semua dilakukan secara online.

Apa yang lebih penting selepas itu adalah, keinginan untuk terus belajar dan terus belajar. Tidak semestinya dari saya, daripada orang lain pun tidak mengapa. Yang penting cuba dapatkan profit terbaik dengan saham tak kisahla sama ada saham global, IPO ataupun penny stock, yang penting anda dapat keuntungan yang anda mahukan.

Harapnya artikel ini memberikan sedikit info dan input kepada anda terutama untuk mula melabur dalam saham. Bagi saya, saham ini merupakan satu perjalanan dan banyak yang perlu dipelajari terutama dalam tips memulakan pelaburan saham. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest