9 Cara Buka Akaun CDS Maybank 2021

Apa yang anda perlu lakukan untuk buka akaun CDS Maybank? Berminat hendak bermain saham, tetapi tidak tahu apa langkah pertama yang perlu anda buat? Untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia, sebenarnya langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membuka akaun Central Depository System (CDS) di bawah broker berlesen di Malaysia.

Artikel pada kali ini, kami akan mengajar anda tentang bagaimana untuk buka akaun CDS Maybank. Mengapa kami memilih Maybank? Ikuti artikel ini sehingga ke penghujung kerana ada banyak info yang bakal kami berikan kepada anda.

cara buka akaun cds maybank

Apa beza Direct CDS dan Nominee CDS?

Umumnya, Direct CDS adalah akaun yang berdaftar atas nama anda. Atau dalam kata lain, anda sendiri yang memegang status sebagai pemegang saham syarikat yang dilaburkan itu. Manakala Nominee CDS pula didaftarkan atas nama wakil dari syarikat broker dan bukannya nama anda sendiri. 

Kedua-duanya mempunyai manfaat yang tertentu tetapi nilai tambah lebih diberikan kepada Direct CDS kerana mereka berada dalam lingkungan pemilik CDS yang istimewa. Di mana anda layak untuk memohon IPO (initial public offering), zero charges bagi setiap dividen saham yang masuk ke akaun, dan sebagainya.  Apapun, kami ada terangkan secara detail berkenaan dengan perbezaan antara akaun nominee dan direct serta banyak lagi info lain dalam artikel Apa itu akaun CDS.

Islamik vs Konvensional

Sistem kewangan patuh syariah terus berkembang seiringnya kemajuan teknologi dan keperluan masyarakat lebih-lebih lagi bila ramai pengguna yang terdiri dari orang Islam sendiri. Oleh sebab itu, hukumnya wajib bagi umat Islam memilih sesuatu yang patuh syariah sekiranya diberikan pilihan sama ada islamik atau konvensional. 

Kami memilih Maybank kerana ia tersenarai dalam 14 akaun CDS Islamik yang menawarkan Full-Fledged dan Window Basis. Apa itu Full-Fledged dan Window Basis? Full-Fledged adalah syarikat broker tersebut mempunyai khidmat CDS yang 100% diiktiraf sebagai Islamik manakala Window Basis lebih bersifat terbuka dengan kedua-dua perkhidmatan Islamik dan konvensional. Untuk pengetahuan anda, Maybank Investmant Bank dalam kategori Window Basis.

Nak tahu apa broker yang tawarkan CDS islamik ini anda boleh baca artikel kami di broker CDS di SINI.

Syarat-syarat untu buka akaun CDS

  • Umur 18 tahun ke atas
  • Tidak bangkrap
  • Ada RM10 untuk caj pembukaan akaun
  • Ada email
  • Ada akaun bank
  • Bawa kad pengenalan
  • Jika anda mempunyai bisnes, bawa sekali slip SSM yang original
  • Jika anda bekerja makan gaji, bawa akaun slip gaji
  • Bonus jika anda telah mempunyai akaun Maybank2u

Buka Akaun Dengan Smartinvest101

Untuk pengetahuan anda, anda boleh buka akaun dengan pihak kami di smartinvest101. Pihak kami menawarkan pembukaan akaun dan support untuk anda membuka akaun CDS dengan CGS CIMB. Apa yang menarik, setakat artikel ini ditulis anda boleh membuka akaun CDS dengan kami secara online sahaja tanpa perlu ke branch ataupun isi borang. Tetapi Maybank masih belum lagi menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun secara online.

Apapun, nak buka akaun, boleh ke link di atas bagi mendapatkan info lanjut dan banyak lagi manfaat pembukaan akaun anda dengan kami.

Step by step buka akaun

1. Walk in ke mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan

Pembukaan akaun Maybank CDS masih bersifat manual yang mana anda perlu buat semuanya bersemuka secara fizikal dan bukannya di atas talian. Namun begitu, tidak sukar rasanya untuk anda jumpa mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan dengan tempat tinggal anda kerana Maybank mempunyai 2,400 cawangan di seluruh Malaysia. Salah satu sebab lain kenapa kami cenderung memilih Maybank juga kerana bank gergasi ini telah diiktiraf paling selamat dan kukuh dengan kedudukan berada di tangga ke-4 di Asia Tenggara dan jumlah aset sebanyak RM708 billion. 

2. Borang yang perlu ada

Terdapat empat borang yang perlu ada dapatkan di cawangan Maybank seperti:

  • Individual Trading Account Application Form
  • CDS Account Form Bursa Malaysia (borang kuning pertama)
  • CDS Account Form Bursa Malaysia (borang kuning kedua)
  • Common Reporting Standard CRS Declaration (borang putih)

Semua borang ini boleh anda dapatkan di cawangan Maybank yang berdekatan. 

3. Sertakan salinan dokumen peribadi

Untuk memudahkan urusan anda semasa proses pembukaan akaun CDS ini berjalan dengan lancar, anda perlu menyediakan 7 salinan kad pengenalan, 3 salinan penyata bank (3 bulan terkini), dan 1 salinan slip gaji (1 bulan terkini). 

4. Isi maklumat dengan lengkap pada borang

Borang yang dimaksudkan ini adalah Individual Trading Account Application Form. Ruangan seperti:

  • 4.1 Product
  • 4.2 Internet (pilih M2U Online jika anda mempunyai perbankan online Maybank2U)
  • 4.3 Customer Information
  • 4.4 Occupational
  • 4.5 Bank Particulars
  • 4.6 Spouse/Next of kin
  • 4.7 Investment Objectives
  • 4.8 Additional Information

Perlu anda isi kerana butiran ini sangat penting untuk maklumat peribadi dan apa-apa yang berkaitan dengan hal kewangan diri. 

5.  Tandatangan pada borang 

Borang yang dimaksudkan ini adalah Individual Trading Account Application Form. Ruangan seperti dibawah perlu anda tandatangan untuk mengesahkan segala maklumat yang diperincikan dan tertera telah difahami dan dipersetujui oleh anda. Jangan tergopoh-gapah dan ambil masa sebanyak mana yang diperlukan sekiranya anda memerlukan lebih masa untuk memahamkan segala butiran tersebut. 

  • 5.1 m/s 10 di Signature of application
  • 5.2 Account opening form – supplementary form
  • 5.3 PDPA form for individual customer
  • 5.4 Form W-8BEN
  • 5.5. Client declaration statement letter
  • 5.6 Addendum to terms & conditions for securities trading
  • 5.7 Standing instruction

6. Isi dan tandatangan pada borang kuning pertama

Borang yang seterusnya ini adalah borang kuning pertama dan borang kuning kedua. Untuk borang kuning pertama, anda perlu isi untuk lengkapkan semua butiran dan tandatangan pada ruangan yang sepatutnya. Manakala bagi borang kuning kedua, hanya tandatangan sahaja yang diperlukan. Tiada beza sebenarnya antara borang kuning pertama dan kedua, kerana ia adalah borang yang sama cuma anda perlu menyediakan kedua-duanya untuk salinan. Pastikan juga semasa anda menurunkan tandatangan di atas borang tesebut, ia tidak bertindih antara satu sama lain. Ia bagi mengelakkan borang kotor atau rosak. 

7. Hantar kembali borang kepada cawangan bank yang berdekatan

Lengkap semua borang diisi dan diperiksa beberapa kali supaya tiada butiran yang tertinggal. Anda boleh hantar kembali semua borang itu ke cawangan bank yang berdekatan. Lagi cepat anda pulangkan semula borang itu maka akan lebih cepat proses pembukan akaun CDS anda berjalan. 

8. Periksa Inbox email untuk pengesahan akaun

Apabila akaun CDS anda sudah siap, anda boleh periksa inbox e-mail untuk membuat pengesahan akaun sendiri. Layari juga www.maybank2u.com untuk mengaktifkan akaun CDS yang telah dibuat. 

Ini adalah antara step by step cara buka akaun CDS Maybank buat masa ini. Memang banyak step by step, lagilah dengan covid19 yang berlaku, kalau nak mudah, boleh buka sahaja akaun dengan kami secara online di smartinvest101. Ketahui manfaat buka akaun dengan kami di SINI.

Cara masukkan wang ke dalam akaun trading dengan Maybank2u

Langkah 1: Login ke akaun Maybank2u

Langkah 2: Pilih Accounts & Banking

Langkah 3: Pilih Bill Payments

Langkah 4: Pilih Make a One-Off Payments

Langkah 5: Pilih Securities, klik Continue

Langkah 6: Pilih Maybank Investment Berhad, klik Continue

Langkah 7: Masukkan jumlah wang yang ingin anda pindahkan. Isi ruang Trading Account No. Isi “Trust” di ruang Bill Reference No. Untuk mengisi Trading Account No, anda boleh dapatkannya dari remisier menerusi email yang dihantar. 

Langkah 8: Klik Request TAC. Isikan nombor TAC yang diterima melalui SMS, kemudian klik Confirm. Proses transfer atau pemindahan wang ke dalam akaun Trading akan mengambil masa kira-kira kurang dari 6 jam setelah transaksi yang anda buat berjaya. Atau pilihan lain yang anda ada jika ingin proses ini disegerakan, anda boleh hubungi remisier dengan memberikan resit transaksi yang dibuat tadi.

Cara periksa wang di akaun Trading dengan Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke dalam akaun Maybank2u.com

Langkah 2: Pilih Investment

Langkah 3: Pilih Online Stocks

Langkah 4: Pilih Real-Time Markets Info

Langkah 5: Pilih My Account dan kemudian klik Account Summary

Langkah 6: Pada ruangan Trust Balancae, anda boleh melihat sendiri jumlah wang yang terkini berada di akaun Trading anda. 

Cara beli saham dengan aplikasi Maybank Trade

Langkah 1: Anda perlu muat naik aplikasi Maybank Trade ke dalam smart phone sama ada dari Google Play Store (pengguna Android) atau Apps Store (pengguna Apple)

Langkah 2: Untuk pengguna baru, anda perlu isi segala butiran yang diperlukan dengan lengkap sehingga email pengesahan akaun akan dihantar. Selesai semua urusan pengesahan akaun, anda perlu Log In ke dalam Maybank Trade dan pilh M2U Stocks. 

Langkah 3: Masukkan Username dan Password. Kemudian klik Log In

Langkah 4: Klik Trade

Langkah 5: Taip nama saham yang anda inginkan

Langlah 6: Klik pada nama saham tersebut

Langkah 7: Pilih Buy untuk langkah pertama pembelian

Langkah 8: Masukkan juga kuantiti saham dan harga yang diinginkan. Untuk pengetahuan anda 1 bersamaan dengan 1 lot/100 unit

Langkah 9: Pilih akaun anda, masukkan Password, dan klik Continue

Langkah 10: Anda akan dapat lihat paparan ringkas atau summary receipt untuk menyemak semula pembelian saham. Jika sudah berpuas hati, klik Confirm Order

Langkah 11: Pembelian saham anda sedang dalam proses. Apabila sudah selesai proses tersebut, butang Done akan terpapar di skrin telifon. 

Maybank Trade adalah sistem yang sangat canggih dalam urusan pembelian saham. Ia juga tidak terkecuali untuk menggunakan unique command sebagai panduan untuk pegguna lebih faham. Jadi jika anda lihat status pembelian anda menggunakan huruf seperti Q, F, atau M, anda jangan terkejut lagi ya. 

Status Q, bermaksud pembelian saham sedang queue. Status F, bermaksud pembelian saham disahkan. Manakala Status M, bermaksud pembelian saham matched atau berjaya. 

Jom Mula Melabur Sekarang

Jika akaun CDS sudah anda miliki, barulah senang untuk anda membeli mana-mana saham yang berpotensi di Malaysia bagi mendapat keuntungan daripada kenaikan harga saham dan hasil jualan saham. Bolehlah anda beli saham-saham dari syarikat multinasional seperti Nestle, Dutch Lady, Tenaga Nasional, Celcom, dan beribu-ribu lagi syarikat patuh syariah yang lain. 

Diharapkan artikel berkenaan dengan cara-cara buka akaun CDS Maybank ini boleh memberikan anda informasi yang bermanfaat khususnya bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam bermain saham. Sedikit maklumat penting untuk anda, anda boleh membuka akaun CDS Maybank dengan kami di smartinvest101 secara online sahaja kerana kami adalah remisier yang berpengalaman dan berkelayakan untuk membantu anda. Tidak perlu susah payah walk in dan pening dengan borang-borang yang perlu diisi, dengan khidmat dari smartinvest101, anda boleh menikmati khidmat servis yang terbaik dan dipercayai. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest