4 Cara Beli Bitcoin di Malaysia

Macam mana cara beli Bitcoin di Malaysia. Ramai yang berminat untuk membeli Bitcoin tetapi ramai juga yang tidak tahu bagaimana caranya. Kepada anda yang masih tidak tahu tentang Bitcoin atau mungkin baru pertama kali mendengarnya, anda boleh pergi ke artikel kami sebelum ini. Kami telah menjelaskan secara terperenci tentang apa itu bitcoin

Sebenarnya tidak susah pun membeli Bitcoin, tetapi apabila masyarakat nampak ianya tidak mudah untuk didapatkan di kedai-kedai biasa, maka mulalah mulut mereka mengeluh “susahnya, nak beli bitcoin ni.” Ikuti artikel ini sehingga ke penghujungnya dan anda nilaikan sendiri susah atau senang?

cara beli bitcoin

Perbezaan Luno dengan Binance

LunoBinance
Pilihan krypto5 sahaja (Bitcoin, Ethereum, Riple, Bitcoin Cash dan Litercoin)Ada lebih dari 150 coin (STMX, FTM, GTO, SXPUP, TCT, dan sebagainya)
LegalitiMempunyai lesen dari SC MalaysiaTidak berlesen dari SC Malaysia
RangkingBerada di tangga ke-36 Coin Market Cap Skor 5.5Tangga Pertama Coin Market Cap dengan Skor 9.7
Caj2% instant market0.5%/0.25% exchange0.075%
Private keyTidak memberikan private keyBinance DEX memberikan private key

Kesimpulannya, faktor legaliti adalah sangat penting di Malaysia. Walaupun anda boleh nampak sedikit kelebihan berpihak kepada Binance berbanding Luno dari beberapa faktor keistimewaannya yang tersendiri, namun ianya tidak bermakna Binance adalah pilihan yang terbaik. 

Tanpa lesen yang sah dari SC Malaysia, sesuatu perniagaan atau syarikat yang menjalankan operasi itu tidak memberikan jaminan sama sekali kepada penggunanya bahawa servis yang ditawarkan selamat untuk digunakan. Inilah yang berlaku kepada Remitano, apabila SC Malaysia menyekat semua akses kepada website dan aplikasi tersebut. 

Anda boleh baca kenyataan rasmi tentang isu Binance di Malaysia ini pada link yang disediakan. Dan sekarang bolehkah anda menggunakan Binance di Malaysia lagi? Secara rasminya, tidak boleh. Binance telah disenaraikan dalam Daftar Makluman Pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), yang telah membuat siasatan terperinci dan mengenal pasti laman web, produk, syarikat atau individu yang tidak dibenarkan. Malah SC sendiri menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak melabur dengan syarikat atau individu yang tidak mempunyai lesen atau lesen yang tidak diluluskan atas faktor keselamatan, penipuan, dan jenayah.

“Pelabur yang berurusan dengan entiti atau individu yang tidak berlesen atau tidak sah akan terdedah kepada pelbagai risiko, termasuk penipuan, dan pencucian wang, dan mungkin tidak memiliki akses ke jalan keluar undang-undang sekiranya berlaku pertembungan.”

1. Platform CFD

“Modal kecil, untung besar”, mungkin anda pernah dengar ayat ini dimana-mana tetapi itu sebenarnya manfaat yang boleh anda perolehi jika menggunakan platform CFD untuk membeli Bitcoin. 

Kontrak untuk perbezaan (CFD) adakah kontrak di antara broker dan pelabur yang mana kedua-duanya bersetuju untuk membayar harga perbezaan berdasarkan perubahan harga pada akhir kontrak. Dengan itu ia mampu memberikan peluang yang cerah kepada pelabur untuk mendapatkan keuntungan dari pergerakan harga tanpa perlu memiliki aset pendasar. CFD lebih berfokus kepada membuat perdagangan berdasarkan margin, bermakna untuk meningkatkan pulangan yang lumayan, dan mengurangkan kos transaksi anda boleh menggunakan leverage.

Kebaikannya bagi anda adalah, anda tidak perlu risau untuk membuat wallet Bitcoin, tidak perlu membeli mesin perlombongan Bitcoin, dan jangan khuatir tentang isu keselamatan lagi kerana semuanya dibawah seliaan oleh pihak berkuasa. Jika anda berminat dengan cara CFD, anda boleh memilih Mitrade untuk trading Bitcoin anda. 

Cuma CFD ni saya tidak jumpa lagi sebarang dalil yang menharuskan CFD kerana salah satunya adalah ianya merupakan produk yang tidak mempunyai sebarang unsur pemilikan dan tiada fizikal. Kalau anda ada mana-mana info berkenaan dengan keharusan CFD boleh nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

2. Luno

Sebut sahaja Luno, rata-rata pelabur Malaysia sudah cukup kenal dengan platform ini. Malah ianya telah tersenarai di antara 3 platform tukaran mata wang krypto yang diluluskan oleh SC. Secara ringkasnya, Luno ditubukan sejak tahun 2013 lagi, menyediakan perkhidmatan kepada hampir 6 juta pengguna di 40 buah negara dengan jumlah transaksi menghampiri 17 billion USD. Mesti anda terkejutkan, ingatkan Luno aplikasi baru. Ia telah lama bertapak di dunia pelaburan tetapi memang masih baru untuk digunakan di Malaysia. 

Saya pun ada sebut berkenaan dengan Bitcoin dalam video di bawah;

Bagaimana buka akaun Luno? 

Langkah 1: Muat turun aplikasi LUNO ke telifon pintar anda sama ada melalui Google Play Store (Pengguna Android) atau Apps Store (Pengguna Ios). Lebih mudah kalau anda gunakan sahaja link ini.

Langkah 2: Klik Daftar Luno. Kemudian Get Started dan Sign Up untuk memulakan proses pendaftaran

Langkah 3: Masukkan akaun e-mail dan password. Apabila selesai, Luno akan menghantar e-mail ke inbox anda untuk tujuan verifikasi. 

Langkah 4: Kemudian, tetapkan nombor PIN, nombor telifon, dan masukkan juga 4-digit kod yang telah diberikan melalui SMS

Langkah 5: Selesai di bahagian pendaftaran, kini lengkapkan pula profile dengan masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan. Ini bertujuan untuk membolehkan anda membuat proses jual dan beli mata wang krypto menggunakan aplikasi Luno.

Bagaimana membeli Bitcoin di Luno?

Langkah 1: Anda perlu pergi ke bahagian Wallets, kemudian pilih Buy, dan pilih jenis kypto yang ingin dibeli

Langkah 2: Pilih cara untuk membuat bayaran. Ada beberapa pilihan yang anda boleh pilih seperti BTC Wallet, LTC Wallet, XRP Wallet, dan yang paling popular adalah MYR Wallet. Apa-apa pun pilihan anda, jangan lupa topup terlebih dahulu wallet tersebut dengan menggunakan Bank Transfer atau FPX intstant transfer

Langkah 3: Kemudian, masukkan amaun Bitcoin yang mahu anda beli. Pada bahagian frequency, biarkan sahaja Once off. Jika sudah selesai dengan amaun, klik “Next”

Langkah 4: Anda boleh lihat jumlah Bitcoin yang akan diterima mengikut harga semasa dengan jumlah amaun yang telah dimasukkan tadi. Jika berpuas hati dengan apa yang dilihat, klik Confirm.

Langkah 5: Masukkan nombor pin dan selesai!

3. Platform P2P bitcoin

Jika anda masih mempunyai mindset “susah nak percaya teknologi boleh menjamin duit anda selamat”, anda boleh juga mengunakan platform Peer-To-Peer. Platform perdagangan mata wang digitital seperti ini adalah kaedah baru, rangkaian sosial tradisionl bergantung kepada orang tengah. Ia beroperasi dengan menyediakan platform untuk pelabur menjual dan membeli Bitcoin secara adil, dan selamat. Kebiasaannya, penjual dan pembeli akan membuat iklan di platform jualan mereka lalu membeli Bitcoin berdasarkan seberapa banyak yang mereka mahukan. 

Contoh yang ada di Malaysia adalah seperti LocalBitcoins.com, Remitano, dan Huobi OTC. Namun, berbalik kepada isu legaliti. Secara teknikalnya, ini bukanlah kaedah yang sah untuk membeli Bitcoin di Malaysia. Ya, untung memang menguntungkan di tambah dengan caj yang rendah berbanding platform pertukaran krypto lain tetapi jika anda berhadapan dengan masalah, pasti semuanya akan lebih menyusahkan diri sendiri.

4. Beli bitcoin di ATM

“Uishh, biar betul Bitcoin pun boleh beli dari ATM?” Kotak kuning dengan tulisan besar BITCOIN.COM pastinya akan membuat anda teruja untuk menggunakan mesin digital ini. Bitcoin ATM adalah mesin automatik yang menyediakan pertukaran Bitcoin dan wang tunai. Lebih kurang sama dengan mesin ATM biasa. Cuma yang bezanya adalah mesin tersebut tidak disambungkan ke akaun bank, sebaliknya ia menghubungkan pengguna secara langsung ke wallet Bitcoin atau pertukaran krypto. 

Tidak perlu berdaftar dengan bursa. Hanya jalan-jalan di pusat beli belah atau pasar raya, dan gunakan sahaja Bitcoin ATM untuk membeli bitcoin anda. Mudahkan! 

Bitcoin ATM di Malaysia

Nama bankWaktu perniagaan
Bitcoin ATM Malaysia @ Kaln10 pagi – 7 petang (setiap hari)
Petaling Jaya @ MiningpuppetsIsnin – Sabtu (10.30 pagi – 7.30 malam)
Training Centre Million Crypto Group in Nilai24 jam sehari, 7 hari seminggu
Montel Café, LangkawiIsnin – Sabtu (11 pagi – 10 malam)
PinkEXC @ Ipoh, Perak9 pagi – 9 malam (setiap hari)

Bagaimana membeli bitcoin di ATM?

Langkah 1: Lawati mana-mana ATM Bitcoin yang berdekatan dengan lokasi anda

Langkah 2: Buat konfirmasi akaun, transaksi, dan sahkan kuantiti serta mata wang yang ingin anda beli

Langkah 3: Masukkan alamat Bitcoin anda dan imbas kod QR. Buka telifon bimbit anda, log masuk ke akaun, dan imbas sekali lagi kod QR

Langkah 4: Masukkan wang tunai ke ATM atau masukkan kad tunai/debit. Lalu masukkan jumlah Bitcoin yang sama dengan amaun pembelian anda ke dalam akaun dengan harga semasa. 

Pengalaman membeli Bitcoin dengan Luno

Kisah ini dikongsikan oleh Moshed Mohammad, founder dan CEO kepada website intraday.my. Beliau menceritakan bagaimana beliau membeli Bitcoin sewaktu market crash melanda Malaysia akibat pasaran saham yang jatuh merundum berikutan pandemik Covid-19. Dari 10,000 dollar di bulan Januari 2020, akhirnya jatuh menjunam sehingga lebih kurang 3,700 dollar sahaja. Beliau merasakan ini adalah peluang yang terbaik untuk memborong Bitcoin secara besar-besaran kerana sebelum ini pun beliau sudah aktif dalam pelaburan dengan membeli coin dan altcoin. 

Luno adalah pilihan beliau untuk membeli Bitcoin tersebut. Kata beliau, apabila beliau semak kembali harga pasaran Bitcoin di Luno, harga 3,700 dollar itu tidak kekal lama, yang mana ia jatuh di paras rendah hanya selama dua jam sahaja. Selepas dua jam, harganya naik semula kepada lebih kurang 5,000 dollar. 

Anda bayangkan, dari 0.75 Bitcoin yang dibeli dengan duit yang dilaburkan sebanyak RM 21,000 hanya selama sebulan sahaja ia telah berubah menjadi RM 31,500. Maksudnya, beliau mendapat untung sebanyak RM 10,500 dalam masa sebulan sewaktu semua orang sedang bergelut untuk duduk di rumah kerana PKP.  

Alternatif Kepada Bitcoin – Apa Pilihan Terbaik

Apa yang Moshed Mohammad buat adalah beliau hanya membeli Bitcoin dan tidak trading Bitcoin tersebut. Jika anda berminat untuk menambahkan keuntungan dari mata wang krypto tersebut, anda boleh melakukan trading. Dalam trading Bitcoin, anda mesti membuat akaun terlebih dahulu dengan broker yang dipercayai dan terpilih. Salah satu alternatifnya adalah melalui akuan saham. 

Mengapa saham lebih baik? Hal ini kerana saham sudah lama bertapak di Malaysia dan sangat kukuh menjadi sebahagian dari dunia pelaburan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga menawarkan kawalan keselamatan yang sangat tinggi dan dipercayai untuk melakukan trading Bitcoin.

Bitcoin adalah yang paling hipster sekali ditemukan dalam dunia kewangan. Lebih-lebih lagi ia baru bertapak di Malaysia, maka ramailah pelabur mula ghairah untuk mencari tahu dengan lebih mendalam tentang Bitcoin itu sendiri serta krypto yang lain. Tidak mustahil 10 tahun akan datang nanti cryptocurrency menjadi transaksi utama di internet seperti mana evolusi dunia teknologi siber yang anda boleh lihat pada hari ini. Tambahan lagi, jika diperhatikan pada hari ini sudah 700 cryptocurrency dalam dunia selain Bitcoin. Diharapkan artikel tentang cara beli Bitcoin di Malaysia ini dapat memberikan anda informasi yang berguna untuk menjadi seorang pelabur digital yang berjaya. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest