7 Cara Beli Rumah Lelong – Tips 2020

Macam mana cara beli rumah lelong yang betul. Pada kali ini, kami akan berikan informasi dan tips untuk membeli rumah lelong yang betul. Ianya khusus kepada mereka yang baru pertama kali membeli rumah lelong. Hanya follow step by step cara dan tips yang bakal kami kongiskan ini.

Apa yang anda perlu lakukan sebelum membida rumah lelong, semasa membida dan selepas membida rumah lelaong. Juga beberapa checklist apa yang anda perlukan untuk beli rumah lelong. Kami juga akan berikan alternatif dan tips untuk beli rumah subsale dan rumah yang under construction. Harapnya, tips yang bakal kami kongsikan ini membantu anda untuk beli rumah lelaong idaman.

Perlu diingatkan sekali lagi yang, kalau anda nak membida rumah lelong ini, anda perlukan cash yang agak banyak. Jauh lebih banyak daripada 10% downpayment. Tidak terhenti setakat itu sahaja, anda perlukan kos-kos lain untuk cover cukai-cukai tertunggak dan lain-lain lagi. Apapun, boleh tengok satu persatu dan pastikan anda baca sampai habis ye bagi mendapatkan info sebenar berkenaan dengan hartanah lelong ini.

cara beli rumah lelong

Sebelum Membida Rumah Lelong

Sebelum membida rumah yang anda nak beli tersebut, adalah lebih baik anda melakukan kesemua perkara ini bagi membolahkan anda mendapat maklumat yang sebenar berkenaan dengan hartanah tersebut.

Pastikan Lokasi Yang Bagus

Lokasi memang memainkan perana yang penting dalam pemilikan rumah. Tak kira sama ada rumah lelong, subsale ataupun undercon. Kalau anda dah jumpa rumah di dalam lokasi yang anda mahukan, boleh terus beli rumah tersebut tanpa ragu-ragu.

Dah Tengok Rumah Lelong Tersebut?

Paling kurang anda kena tengok rumah tersebut dari luar dan “verify” keadaan rumah. Ini untuk pastikan yang rumah itu betul-betul wujud. Ini kerana, untuk rumah lelong, perjanjian adalah dalam keadaan “as it is” basis. Macam mana yang anda dapat, macam itulah keadaan rumah tersebut. 

Sebab itu penting untuk anda tengok dulu rumah tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan dalam membida unit tersebut.

Sediakan 10%

Wajib untuk anda sediakan 10% daripada reserve price. Kalau misalkata harga reserve tu dalam Rm200,000. Penting kena sediakan dalam Rm20,000 sebagai downpayment dan selepas itu barulah boleh cuba untuk bida rumah yang anda mahukan.

Dapatkan Detail Hartanah di POS

Pengishtiharan jualan ataupun Proclamation Of Sale adalah item penting untuk anda tahu detail berkenaan dengan hartanah yang anda nak beli tersebut. Semua info berkaitan dengan pembelian, pembayaran dan lain-lain ada dalam POS tersebut. Penting untuk anda baca POS tersebut sebelum membuat apa-apa langkah dalam pembelian rumah. Cuba lakukan sehabis baik agar memudahkan urusan anda.

Kami pernah mencaritakan berkenaan dengan hal yang sama dalam artikel berkaitan lelong di bawah;

Periksa Tunggakan Cukai dan Buat Carian di Pejabat Tanah

Selain daripada POS, anda juga kena bersedia untuk membayar tunggakan cukai-cukai berkaitan seperti cukai tanah dan cukai pintu. Juga tunggakan bil air dan elektrik jika ada. Buat carian di pejabat tanah untuk periksa sama ada masih ada caveat ataupun sebaliknya. Ini adalah antara perkara yang anda perlu lakukan sebelum membida rumah lelong.

Untuk lebih banyak informasi berkaitan dengan rumah lelong, boleh tengok perkongsian di bawah ini, Penting untuk anda dapatkan seberapa banyak informasi berkaitan dengan hartanah lelong untuk elak daripada terseilap langkah. Lagilah kalau anda merupakan seorang pembeli rumah buat kali pertama.

Kelayakan Loan – Pastikan Boleh Lulus

Pastikan loan anda boleh lulus. Ada sesetengah auction yang tak akan pulangkan deposit 10% kalau loan anda tak boleh nak approve. Pastikan boleh lulus baru cuba untuk bida rumah ini ya. 

Untuk info lanjut berkaitan dengan rumah lelong juga, anda boleh tengok penerangan ringkas kami dalam video di bawah ini;

Semasa Membida Rumah Lelong

Kalau anda nak membida rumah lelaong ini, pastikan anda letakkan limit harga dalam minda dan tulis atas kertas. Maksud saya, misalkata harga reserve price adalah Rm200,000, letakkan limit boleh bid sehingga RM230k sahaja. Ini untuk mengelak daripada anda berlawan dengan pesaing dan harga yang anda bid tersebut jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. 

Selepas Membida Rumah Lelong

Ianya tidaklah semudah yang disangka kalau rumah tersebut mempunyai penghuni. Kalau penghuni rumah tersebut adalah penyewa, mudahlah nak mintak penyewa keluar dari rumah. Kalau penghuni rumah tersebut adalah tuan rumah, kadangkala lagi susah nak mintak keluar daripada rumah tersebut. Sebab itu saya lebih rekemen untuk anda baca kisah suka dan duka rumah lelong di bawah ini;

Sudah sampai masanya untuk acara pecah masuk dalam rumah. Kalau rumah tak banyak rosak, alhamdulillah, kalau banyak rosak, kenalah banyak yang anda perlu betulkan. 

Dah memang bida rumah tersebut, cepat-cepatlah masuk loan dan kalau kenal banker yang boleh tolong cepat lulus alhamdulillah. Kalau tak kenal akan susah sikit nak cari kenalana pegawai bank.

Pantang Larang Dalam Cara Beli Rumah Lelong

Memang banyak pantang larang rumah lelong ini. Kami kongsikan beberapa pantang larang sahaja pada kali ini.

Condition As It Is

Maksudnya, apa yang anda beli, itulah yang anda dapat tanpa dapat masuk ke dalam rumah. Ada banyak cerita manis berkaitan dengan rumah lelong ini, juga cerita sebaliknya. Sebab itu lebih penting untuk “do your homework” sebelum bid rumah lelong ini.

Loan Ikut Harga Pasaran

Pinjaman rumah adalah mengikut harga pasaran. Macam mana kalau anda bersaing dengan pembida lain dan ini menyebabkan harga rumah jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. Tentunya anda kena tambah jumlah tersebut.

Sebagai contoh, harga pasaran rumah yang seseorang itu bida adalah dalam lingkungan RM200,000

Tetapi telahpun di bida sehingga Rm250,000

Kenalah tambah RM50,000 dan 10% daripada harga pasaran tu. Banyak kan, tu tak termasuk kos peguam, valuation dan lain-lain lagi.

Rumah Lelong Tidak Boleh 100% Loan

Rumah lelong ini, anda tak boleh nak buat pinjaman 100%. Pinjaman 100% hanyalah untuk rumah subsale ataupun rumah yang dalam pembinaan, tetapi bukan untuk rumah lelong. Lelaong memang wajib ada 10% daripada harga pasaran rumah.

Kalau nak pinjaman 100% loan boleh tengok dalam video di bawah ini di mana saya ceritakan dengan lebih detail berkenaan dengan pinjaman 100% loan.

Juga info lanjut berkenaan dengan pinjaman 100% loan di SINI. 

Alternatif Kepada Rumah Lelong

Lelong memang kena ada cash. Kalau tak ada cash, memang tak boleh nak bida rumah lelong. Sebagai alternatif, anda boleh mencuba untuk beli rumah subsale ataupun rumah yang masih dalam pembinaan. 

Rumah yang masih dalam pembinaan ini, harga agak mahal sedikit, tetapi banyak rebate dan cashback dari pemaju untuk memudahkan jualan langsai. Kalau anda tidak mempunyai cash sehingga 10%, boleh cuba beli rumah subsale ataupun under con.

Selamat Membeli Rumah

Harapnya artikel cara beli rumah lelong ini memberikan info kepada anda untuk beli rumah lelong dalam masa terdekat. Kalau memang anda mempunyai cash, tiada masalah untuk beli rumah lelong ini. 

Akhir kata, jangan lupa untuk follow channel telegram kami di atas ini bagi mendapatkan lebih banyak informasi berkaitan dengan topik kewangan dan lain-lain. 

Leave a Reply

Pin It on Pinterest