11 Tips Cara Beli Rumah Pertama 2020

Kali ini kami nak tunjuk kepada anda cara beli rumah pertama dan apa yang anda perlu tahu untuk anda membeli rumah tersebut. Sebelum saya memulakan tips, ada 2 perkara yang anda perlu takankan dalam pembelian rumah tersebut. Yang pertama adalah modal ataupun cash.

Dengan modal yang cukup, insyaAllah segala urusan jual dan beli rumah menjadi lebih mudah dan cepat. Penting untuk anda mempunyai modal dan kalau modal tak ada, tak perlu risau, dengan ilmu yang betul, anda boleh mendapatkan rumah yang anda idamkan.

Selain daripada modal, faktor yang penting kedua adalah berkaitan dengan ilmu dan teknik. Walaupun modal agak minima, tetapi dengan ilmu dan teknik yang betul pun, anda sudah boleh membeli rumah dengan cara yang betul. Sebagai contoh adalah KWSP, anda boleh keluarkan akaun 2 KWSP untuk pembelian rumah anda.

Apapun, kali ini kami akan tunjukkan kepadqa anda seringkas yang boleh berkenaan dengan cara dan tips yang betul untuk mendapat rumah yang anda idamkan.

cara beli rumah pertama

Sebelum Membeli Rumah

Sebelum membeli rumah apa yang penting adalah untuk anda tahu modal yang anda ada. Ini penting sekali. Paling tidak kena ada RM10k sebagai contoh sebagai modal minima untuk rumah yang anda mahukan. Dari mana dana yang anda boleh dapat? Antaranya adalah KWSP dan duit yang anda kumpul sendiri.

Bila ada modal seperti ini, maka akan lebih mudahlah untuk anda membeli rumah yang anda mahukan. Ianya bergantung kepada harga rumah, untuk maklumat lanjut, kami galakkan untuk anda isi borang ini dan pihak kami akan hubungi anda untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pinjaman perumahan.

Cantikkan rekod pembayaran anda dengan pihak bank. Cara mudah untuk ini adalah pergi ke cawangan Bank Negara berdekatan untuk dapatkan rekod pembayaran anda sama ada bagus ataupun sebaliknya. Kalau rekod CCRIS tak cantik, kena cantikkan dulu sebelum membuat permohonan pinjaman perumahan. Kalau tak nanti sia-sia sahaja permohonan pinjaman anda kena tolak mentah-mentah. Kalau ada tunggakan tu, mintak settlekan tunggakan cepat-cepat dan kalau ada buat loan tu, yang anda boleh settlekan, mintak anda settlekan.

Bila sudah ada duit dan rekod CCRIS anda cantik, barulah boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu memburu rumah idaman anda.

Pilih Rumah Idaman Anda

Ada 3 jenis rumah yang biasanya dijual di Malaysia. Lelong, rumah yang masih dalam pembinaan dan satu lagi adalah rumah 2nd hand atau nama lain subsale. Daripada rumah-rumah ini, ada kebaikan dan keburukan yang anda perlu fahami.

Untuk rumah pertama, anda boleh mencuba SKIM RUMAH PERTAMAKU. Ianya adalah satu skim pembiayaan rumah yang membolehkan anda untuk mendapatkan pinjaman sebanyak 100% daripada harga pasaran. Untuk lebih info, pastikan anda tengok video di bawah dan dengar penerangan secara detail berkenaan dengan skim ini. Juga, bank-bank yang terlibat dalam memberikan skim pinjaman ini.

Artikel berkaitan dengan SKIM Rumah Pertamaku ini juga anda boleh baca dan dapatkan info lanjut di SINI.

#1 Rumah Lelong

Selalu dengar rumah lelong ini murah kan? Yup memang murah tetapi perlu ingat, kalau rumah lelong ini banyak rosak dan lain-lain, kena guna duit sendiri untuk betulkan rumah tersebut. Belum lagi dengan deposit 10% yang anda kena keluarkan.

Apapun rumah lelong memang murah dan untuk itu juga, ianya memerlukan cash yang banyak berbanding dengan rumah lain. Terpulang kepada anda, kalau anda ingin dapatkan rumah lelong, boleh cuba dapatkan info lanjut. Nasihat saya, kalau tak biasa, boleh cuba berhubung dengan agen lelong untuk maklumat lanjut.

Boleh baca juga tips berkenaan dengan rumah lelong di bawah ini;

#2 Rumah Dalam Pembinaan

Rumah dalam pembinaan ini biasanya harganya agak mahal sedikit berbanding dengan rumah lain, tetapi biasanya ianya datang dengan pakej yang menarik daripada pemaju untuk melariskan jualan. Antara pakej yang paling biasa adalah tiada downpayment, free lawyer fee dan lain-lain. Memang menarik pakej ini dan ini adalah antara pakej yang terbaik yang ditawarkan. Kepada yang tidak ada banyak cash, ini adalah antara pilihan yang ada untuk rumah yang baik dan berkualtii.

Lagilah kalau memang mahukan rumah baru, ini adalah pilihan yang anda ada. Nasihat saya, kalau mahukan rumah seperti ini, cari developer yang ternama dan terkenal, untuk elak daripada masalah di kemudian hari.

#3 Rumah Subsale

Yang ketiga adalah rumah 2nd hand. Ini adalah antara pilihan tengah-tengah antara rumah subsale dan juga rumah lelong. Bergantung kepada deal yang anda dapat, memang anda boleh dapat rumah seperti ini. Untuk rumah 2nd hand ini, saya sarankan anda dapatkan tips di SINI.

Anda pun boleh menggunakan pinjaman LPPSA bagi mendapatkan pinjaman rumah untuk rumah Subsale. Juga rumah masih dalam pembinaan pun biasanya masih boleh mendapatkan pinjaman daripada LPPSA ataupun loan kerajaan.

Anda Nak Beli Untuk Duduk Ataupun Pelaburan

Kalau ikutkan pengalaman saya sebagai seorang Perunding Hartanah Berdaftar, kebanyakan pembeli membeli rumah untuk duduk. Tak ramai yang nak beli untuk tujuan pelaburan. Apapun, ianya terpulang kepada perancangan masing-masing ye. Kalau anda tahu apa tujuan anda beli rumah tersebut, ianya akan lebih mudah pada masa akan datang nanti.

Berikut adalah apa yang perlu untuk anda dapatkan unit kediaman yang pertama. Rumah untuk duduk ataupun untuk pelaburan adalah 2 perkara yang berbeza. Kalau untuk duduk, memang kena dapatkan unit yang akan anda duduk untuk satu tempoh masa. Biasanya kalau untuk duduk, harga unit akan lebih mahal sedikit berbanding yang biasa dan mempunyai ciri-ciri seperti dekat dengan sekolah, pasaraya dan lain-lain.

Berbeza dengan kalau anda nak beli untuk tujuan pelaburan. Yang penting adalah tujuan pelaburan anda tercapai sama ada untuk cashflow positive ataupun untuk capital appreciation. Nak dapatkan rumah yang mempunyai cashflow ini, kena banyak study dekat laman web yang menjual rumah dan lihat unit mana yang anda boleh dapatkan pada harga yang anda mahukan. Apapun, apakah tujuan anda?

Sediakan Cash – No Money No Talk

Kalau boleh untuk cara beli rumah pertama, sediakan cash RM10k minimum. Untuk rumah subsale, anda boleh cuba adjust dengan agen hartanah agar “mark up” harga rumah anda agar tidak perlu membayar downpayment rumah sebanyak 10%.

Apapun cara ini memang biasa digunakan dan kalau anda mahukan rumah dimana-mana kawasan dan mempunyai ready 10% ataupun cash yang banyak, boleh isi borang ini. Kami akan cuba sebaiknya menghubungkan anda dengan kenalan agen seluruh Malaysia bagi membantu anda mendapatkan pinjaman yang anda inginkan.

KWSP pun kadang-kadang membantu untuk anda dapatkan rumah yang anda mahukan. Terutama kalau anda mempunyai KWSP akaun 2 yang banyak, anda boleh keluarkan kesemua jumlah yang ada (bergantung kepada syarat KWSP) untuk pembelian rumah.

Beli Unit Yang Biasa Dahulu

Anda boleh pilih untuk beli rumah idaman anda ataupun, cara lain, anda beli rumah yang sederhana dulu walaupun mampu untuk beli rumah yang lebih besar. Kemudian, satu masa jika anda mempunyai cash yang lebih baik, boleh beli rumah yang lebih baik tersebut dan sewakan unit yang anda sedang duduk sekarang. Ianya adalah salah satu tips yang baik untuk pelaburan permulaan.

Kena Tahu Kos Berkaitan

Untuk pengetahuan anda, kalau nak beli rumah ini, memang kena tahu kos-kos berkaitan dengan penjualan dan pembelian rumah tersebut. Ianya tidak hanya setakat downpayment 10%, ada banyak lagi kos lain yang anda perlu ambil kira dalam pembelian rumah anda. Lawyer Fee seperti SPA, Legal Agreement, Valuation Fee, Takaful MRTT, Agent Fee dan lain-lain lagi. Dari situ baru tahu berapa banyak wang yang anda perlu keluarkan untuk pembelian sebuah rumah.

Untuk memudahkan anda, saya sarankan untuk anda dapatkan file excel percuma kos berkaitan pembelian rumah. Anda hanya memasukkan harga rumah yang anda inginkan dan file itu akan berikan jumlah dalam anggaran berapa yang anda kena keluarkan. Ianya hanya anggaran dan untuk maklumat yang lebih detail, kena tanya kepada agen masing-masing. 

Cantikkan CCRIS Anda

CCRIS ini adalah rekod anda dengan bank, sama ada anda seorang pembayar hutang yang cantik ataupun sebaliknya. Nasihat saya, sebelum membeli rumah, cuba bayar semua loan yang anda pinjam seawal mungkin. Ianya akan memudahkan anda untuk membuat pinjaman pada kemudian hari.

Info lanjut berkenaan dengan CCRIS anda boleh dapatkan di SINI.

Dah Jumpa Rumah Idaman Anda, Lepas Tu Apa?

Kalau dah jumpa rumah idaman anda, langkah seterusnya adalah untuk submit loan kepada bank. Boleh pergi ke bank-bank berdekatan atau kalau kenal mana-mana banker pun tiada masalah untuk terus pergi berjumpa dan submit loan anda. Bila urusan bank selesai, langkah seterusnya adalah untuk berjumpa dengan lawyer dan selesaikan urusan yang patut diselesaikan antara penjual dan pembeli.

Apapun, ini adalah antara tips ringkas berkenaan dengan cara beli rumah pertama. Apapun, kepada pembeli, boleh dapatkan maklumat dengan lebih lanjut kepada agen berdekatan. Atau boleh hubungi kami di LINK ini untuk mendapatkan info lanjut.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest