Macam mana cara nak buat google form yang mudah dan simple? Seperti yang anda sendiri tahu, google form ini ada banyak kegunaan dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Bagi seorang cikgu, anda boleh gunakan google form untuk catat kehadiran murid, membuat kuiz di dalam kelas dan bermacam-macam lagi.
Bagi seorang peniaga ataupun business, anda boleh gunakan untuk buat survey ataupun cara paling simple untuk dapatkan prospek. Dalam artikel pada kali ini juga, kami akan berikan contoh google form yang kami sendiri guna setelah bertahun untuk dapatkan lebih daripada 3000 jumlah mereka yang mengisi. Jumlah ini semakin bertambah dari masa ke semasa.
Nak buat google form ini tak susah dan nak dapatkan analisa untuk mereka yang isi google form ini pun senang je. Kami akan tunjuk dalam artikel ini, boleh baca sampai habis ye.
Kami akan cuba tunjukkan cara untuk buat form, cara untuk dapatkan data hasil respond dan lain-lain lagi. “Data collection” yang anda sudah kumpul ini akan memudahkan anda untuk buat analisa dan bermacam lagi.

Produk Google Yang Anda Perlu Tahu
Ada banyak produk google yang popular yang saya sedang gunakan termasuklah youtube yang memang saya akan guna hampir setiap hari untuk lihat kandungan video berkualiti. Google adsense pun salah satu yang memang saya gunakan. Jika anda sedang membaca artikel ini dan nampak iklan dalam bentuk banner dan text, iklan itu adalah iklan dari google.
Income ataupun pendapatan boleh dapat apabila seseorang itu klik pada iklan tersebut, lagi banyak klik, akan lagi banyaklah pendapatan yang seseorang boleh dapat. Selain daripada itu, google form yang merupakan fokus utama artikel pada kali ini, ya, saya memang menggunakan google form.
Tujuananya adalah untuk dapatkan pelanggan untuk pinjaman perumahan ataupun refinance rumah. Boleh tengok google form saya tersebut di SINI.
Ini adalah google form saya sendiri dan anda pun boleh google form sendiri. Cikgu-cikgu gunakan untuk tujuan kuiz dan lain-lain dan kadangkala, pelajar postgrad PHD ataupun master gunakan google form bagi mendapatkan data penting untuk tesis mereka. Kegunaan google form ini memang sangat banyak dan meluas.
Antara contoh penggunaan GoogleForms:
- Borang pendaftaran
- Ujian dalam talian
- Kuiz
- Borang maklum balas
- Borang tinjauan
- … dan banyak lagi
Dengan integrasi Gmail, kesemua maklumat yang dimasukkan akan diintegrasikan denga akaun Gmail anda.
Step By Step Cara Buat Google Form
Tak nak cerita panjang-panjang, apa step by step ataupun cara untuk buat google form. Ini yang paling penting sekali kalau anda nak buat google form.
Kena Daftar Akaun Gmail Dahulu
Apapun, wajib kena ada akaun gmail dahulu kalau anda nak buat google form. Kalau dah ada, akan lagi mudah, kalau tak ada, boleh daftar baru je akaun gmail tu nanti. Memang banyak manfaat kalau ada akaun gmail ni.
Setiap pembelian anda di kedai Shopee kami dapat membantu kami untuk terus menulis artikel seperti ini. Simkad Tune Talk boleh dibeli di kedai shopee pada harga diskaun. Untuk kekal nombor lama ataupun nak nombor baru pun tiada masalah. Terima kasih atas keperihatianan anda.
Dah ada akaun gmail, boleh ikut step by step seperti di bawah ini.
- Taipkan “google form” dalam engin carian google dan anda klik pada result google form yang atas sekali ataupun sini.
- Anda kemudian akan dibawa ke interface seperti di bawah ini. Pilih template yang paling bersesuaian dengan apa yang anda mahukan. Kalau nak dapatkan leads pelanggan, ianya jadi mudah, kalau nak buat kuiz, dapatkan template yang sesuai.

- Ianya simple sahaja, jika anda tekan pada butang “blank” anda dah boleh buat sendiri google form anda.
- Cuba sendiri explore fungsi dalam google form tersebut dan apabila anda sudah selesai, boleh tekan butang “send” di bahagian atas kanan.

- Apabila anda tekan butang “send”, anda akan dapat unique link yang membolehkan anda untuk sebarkan kepada prospek ataupun kenalan anda untuk anda minta mereka isikan.
Link yang sama saya gunakan untuk prospek saya isi berkenaan dengan info dan cara hubungi mereka agar lebih mudah dan cepat untuk saya buat proses follow up.
Lihat Pada Template
Untuk template yang lebih khusus, anda boleh lihat pada template yang disediakan oleh pihak google. Dari situ, akan dapat banyakidea yang akan memudahkan kerja anda nantinya. Kalau tiada template yang sesuai, boleh bermula dari kosong, mana-mana pun boleh tak ada masalah.
Sampai sini sahaja artikel ringkas berkenaan dengan cara nak buat google form. Memang mudah dan anda boleh cuba explore sendiri untuk menjadi lebih mahir dan boleh digunakan untuk anda kumpulkan data secara lebih efektif dan mudah.
Memang ada beberapa alternatif lain selain daripada google form, akan tetapi saya terus gunakan google form kerana ianya PERCUMA dan lebih mudah. Lagipun saya memang ada akaun gmail dan ini memudahkan saya untuk gunakan google form berbanding dengan servis daripada syarikat lainnya.