4 Cara Buka Akaun KWSP – No 3 Penting

Macam mana cara buka akaun KWSP waktu pandemik ni. Lagi la ramai yang boleh keluarkan simpanan awal. Geram je tengok. Apapun, anda boleh juga keluarkan simpanan anda di KWSP tak ada masalah yang penting kena ada akaun di sini.

Macam seronok sahaja dapat keluar duit dari i-sinar. i-citra dan macam-macam nama lagi saat-saat pandemik macam ini. “Eh, tapi semua orang boleh nikmati ke peluang macam tu?” Tidak semua orang mempunyai akaun KWSP dan tidak semua orang juga celik mata untuk membuka akaun ini, malah ada yang tidak tahu sama sekali. Khusus untuk anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang KWSP, artikel pada kali ini kami akan berkongsi informasi berguna bagaimana untuk membuka akaun KWSP. 

cara buka akaun kwsp

Apa itu KWSP?

Kumpulan Wang Pekerja (KWSP) ditakrifkan sebagai skim faedah persaraan di Malaysia bagi semua pekerja yang bergaji sama ada yang bekerja di sektor kerajaan, sektor swasta mahupun yang bekerja sendiri.  Umumnya, skim ini merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia belajar menyimpan untuk hari tua. Menabung sendiri di rumah memang lebih mudah tetapi memerlukan disiplin dan rasa tanggungjawab yang kuat. Antara sebab mengapa orang gagal menabung adalah kerana dia tidak mampu untuk mengawal nafsu dalam berbelanja. Setiap kali nampak duit, rasa nak habiskan sahaja. 

Tetapi menyimpan di akaun KWSP lebih terjamin di mana corak pengurusan dan strukturnya menjurus kepada manfaat yang akan dinikmati di hari persaraan. Maksudnya di sini, anda masih boleh memiliki kehidupan yang terjamin dan baik dengan jaminan duit yang anda tabungkan di dalam akaun KWSP. 

Jenis-jenis Pengeluaran KWSP

“Kalau nak keluarkan duit dalam akaun KWSP sendiri kena tunggu sampai nak bersara ke?” Sebenarnya dalam situasi ini anda mempunyai beberapa jenis pengeluaran yang membolehkan duit dari akaun KWSP anda dikeluarkan tetapi kesemunya ini mempunyai syarat-syarat yang tertentu. Antara pengeluaran yang dibenarkan adalah seperti: 

  • Pengeluaran umur 50 tahun KWSP
  • Pengeluaran pendidikan
  • Pengeluaran KWSP untuk beli rumah
  • Bina rumah
  • Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Perubamahan fleksibel
  • Perumahan PRIMA
  • Pengeluaran KWSP untuk haji
  • Kesihatan
  • Simpanan melebihi 1 juta
  • Hilang upaya
  • Meninggalkan negara
  • Meninggal dunia
  • Pekerja berpencen  persaraan pilihan
  • Pengeluaran KWSP umur 55 tahan
  • Pengeluaran KWSP umut 60 tahun

5 Fakta Unik Tentang KWSP

1. Duit KWSP bukan 100% dari gaji 

Duit gaji anda tidak menyumbangkan kesemuanya kepada akaun KWSP anda. Mengapa? Anda pasti terkejut jika inilah pendapat dan mindset anda selama ini tentang KWSP. Jika anda ragu, cuba tengok slip gaji anda sendiri. Anda akan perasan di bahagain “Employee’s EPF” terdapat sumbangan lain yang diberikan syarikat kepada anda. Hal ini kerana, kebanyakkan syarikat telah tertakluk di bawah undang-undang untuk menyumbang kepada akaun KWSP anda. 

Kadar bagi majikan adalah dihadkan kepada tambahan 13% daripada gaji kasar anda (jika anda mendapat gaji di bawah RM5000) atau 12% (jika anda mendapat gaji lebih RM5000). Jadi jika anda rasa duit anda banyak dipotong kerana KWSP, sebenarnya anda hanya menyimpan sebanyak 11% (atau 8%), malah dapat tambahan sebanyak 13% (atau 12%)!

2. Ada pilihan untuk menambah jumlah duit dalam KWSP

Kadar minimum simpanan KWSP telah berubah dari 11% kepada 8%, mungkin atas faktor untuk membantu ekonomi rakyat Malaysia sendiri dan tidak mahu mereka terbeban dengan kadar peratusan yang tinggi setiap bulan. Namun begitu, pilihan tetap ada di tangan anda. Sekiranya anda merasakan ia terlalu sikit, dan anda mahu jumlah simpanan itu bertambah, anda boleh menyumbang sebanyak mana yang anda mahukan untuk masuk dalam akaun KWSP tersebut.

Contohnya, jika anda mahu menyumbang 60% daripada gaji kepada KWSP setiap bulan, anda ada hak untuk merealisasikannya. Buatlah pilihan yang terbaik untuk masa yang panjang. Nasihat kami, jangan risau dengan jumlah wang terkumpul di akaun KWSP anda pada akhir nanti. Yang penting adalah anda boleh menikmati kehidupan di usia muda dan tua yang baik. 

3. Boleh keluar ke semua duit dari akaun KWSP

Seperti yang telah diberitahu tadi, ada 17 jenis pengeluaran lain yang membenarkan anda untuk membuat pengeluaran dari akaun KWSP. Dan pilihan juga di tangan anda untuk mengeluarkan kesemuanya atau sebahagian sahaja. 

4. Boleh buat pengeluaran dari Akaun Emas

Tujuan simpan duit dalam KWSP untuk membantu anda di waktu persaraan. Tetapi jika duit dalam akaun anda tidak mencukupi bagaimana? Di sinilah terbinanya Akaun Emas, dengan inisiatif untuk menangani isu simpanan yang tidak mencukupi selepas persaraan. Kesemua sumbangan selepas umur 55 tahun akan diletakkan di bawah dana pencen kedua ini. Hebatkan strategi yang dilakukan negara untuk membantu rakyat Malaysia. 

Untuk pengetahuan anda, dana tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencecah umur 60 tahun, untuk memastikan mereka mempunyai pinjaman pencen yang cukup pada umur tersebut. Pada umur 60 tahun, pinjaman ahli pada kedua-dua akaun akan digabungkan bagi tujuan pengeluaran. Dari segi pengeluaran penuh pula ia masih boleh ditentukan oleh anda sendiri. Menariknya, had bagi bayaran dividen telah dinaikkan daripada umur 75 ke 100 tahun untuk membolehkan anda terus menyumbang kepada akaun simpanan KWSP sendiri. Larat ke sampai usia 100 tahun untuk bekerja? Anda yang tentukan. 

5. Mempunyai manfaat yang banyak

Selain mendapat dividen yang tinggi sekitar 5% hingga 6% setahun, dengan jaminan dibayar 2.5% kepada setiap pemilik akaun KWSP, anda boleh manikmati kelebihan-kelebihan lain yang menarik. Jika anda berstatus tidak mampu untuk bekerja kerana kecatatan atau lain-lain faktor atau anda diisytiharkan meninggal dunia, perbadanan KWSP sendiri akan memberikan sumbangan terus kepada anda secara percuma. Bayaran bagi ketidakmampuan adalah RM5000 manakala bagi kematian adalah RM2500. Kedua-duanya tertakluk kepada syarat-syarat KWSP dari segi tarikh permohonan dan umur pemegang.

Selain itu, ada juga pengecualian cukai dengan jumlah maksimum sehingga RM 6000 setiap tahun dan tidak termasuk dengan pengecualian insurans nyawa premium. 

Syarat-syarat Kelayakan Daftar i-Akaun KWSP

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli berumur di bawah 55 tahun
  • Ahli KWSP yang mempunyai No. ID hli dan nombor KWSP yang sah
  • Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

Cara Buka Akaun KWSP Pertama Kali di Kiosk

Langkah 1: Lawati mana-mana kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda. Jika anda tidak tahu lokasi yang terdekat, anda boleh check pada link di sini, https://therohani.com/cara-menggunakan-kiosk-kwsp/

Langkah 2: Klik “Login For The First Time” pada skrin homepage KWSP menggunakan sistem touch screen yang ada

Langkah 3: Pilih bahasa yang anda mahu gunakan sepanjang proses pendaftaran ini berlaku

Langkah 4: Masukkan pula nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan. Jika anda diarahkan untuk meletakkan jari anda pada ruangan pengesahan cap jari, tekan jari anda pada skrin mesin tersebut

Langkah 5: Isi kesemua maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan, dan nombor pin KWSP yang anda reka sendiri untuk tujuan keselamatan data peribadi dengan lengkap

Langkah 6: Selesai kesemuanya, print out kenyataan akaun KWSP anda dan simpan

Langkah 7: Status anda sekarang adalah anda telah berjaya berdaftar sebagai pengguna KWSP

Langkah 8: Kini, anda sudah boleh untuk membuat pendaftaran i-Akaun untuk menyemak caruman dan baki terkini di akaun KWSP anda.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email

Langkah 1: Layari laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/home untuk memuat naik borang

Langkah 2: Lampirkan salinan MyKad (depan dan belakang), gambar swafoto anda bersama MyKad, bukti pemilikan nombor telifon anda (seperti bil telifon, kontrak pendaftaran telifon, resit bayaran deposit) atau tangkapan skrin penyata yang tertera nama anda dan nombor telifon untuk pengguna prabayar

Langkah 3: Lampirkan sekali salinan buku/penyata akaun bank simpanan/semasa yang aktif milik sendiri

Langkah 4: Pengesahan yang berjaya akan menerima ID Pengguna dan Kata Lalun sementara melalui SMS untuk mengaktifkan i-Akaun

Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Online

Langkah 1: Lawati kaunter KWSP untuk mendaftar i-Akaun. Selesai semuanya, anda akan menerima ID pengguna dan kata laluan menerusi SMS. Atupun anda boleh ke pautan ini untuk info lanjut.

Langkah 2: Layari www.kwsp.gov.my dan pilh “saya ahli i-Akaun”

Langkah 3: Klik butang “Log In”

Langkah 4: Masukkan nama atau ID Pengguna berserta kata laluan yang diterima di SMS

Langkah 5: Pilih setuju dan tukar ID pengguna serta kata laluan yang baru, Kemudian, buat pengesahan semula.

Langkah 6: i-Akaun anda sudah siap untuk digunakan

Cara Buka Akaun KWSP Secara Manual

Langkah 1: Bawa kad pengenalan bersama

Langkah 2: Lawati mana-mana pejabat KWSP yang berdekatan dengan anda

Langkah 3: Ambil nombor giliran di kaunter dan tunggu giliran anda sehingga di panggil

Langkah 4: Anda akan diberikan sehelai borang Permohonan Pendaftaran Ahli KWSP 

Langkah 5: Isi butiran yang dikehendaki borang tersebut dengan selengkapnya

Langkah 6: Serahkan kepada pegawai yang bertugas di kaunter 

Langkah 7: Permohonan anda berjaya dalam masa beberapa hari

Perkhidmatan yang Ditawarkan Dalam i-Akaun KWSP

  • Kemaskini profil termasuk alamat surat menyurat
  • Semak transaksi caruman pekerja KWSP
  • Melakukan semakan penyata untuk tahun terkini atau sebelumnya
  • Semak maklumat penamaan
  • Pohon e-Pengeluaran
  • Semak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Semak log aktiviti i-Akaun
  • Mengira anggaran jumlah pengeluaran perumahan, simpanan, dan pelaburan

“Ada simpanan, ada masa depan”. Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan mempunyai pemikiran yang kehadapan kerana untuk berjaya anda perlukan dorongan yang kuat untuk mengubah nasib anda dan keluarga. Diharapkan artikel cara buka akaun kwsp ini dapat memberikan anda informasi yang berguna dan pengetahuan yang lebih lanjut tentang KWSP. 

Nak Tahu Cara Tambah Pendapatan Melalui Saham

Untuk pengethuan anda, saya merupakan remiser dan berita baik, anda boleh buka akaun dengan pihak kami di smartinvest101. InsyaAllah akan ada beberapa tips dan strategi bagi membolehkan anda untuk jana pendapatan melebihi dividen yang KWSP tawarkan. Macam mana tu, boleh tengok di link bawah ini untuk proses pembukaan akaun dan manfaat lainnya.

Salam sukses dan semoga berjaya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest