7 Cara Gadai Emas – Terkini 2020

Macam mana cara nak gadai emas? Pada artikel kali ini, kami akan tunjukkan cara untuk anda gadaikan emas dan juga sedikit cara untuk anda pajak emas anda. Ada beza ya antara pajak emas dan gadai emas. Juga tips-tips penting berkaitan dengan pelaburan emas yang akan kami kupas dalam artikel ini. Pastikan anda baca sehingga habis ye.

Anda ingin pajak barangan kemas anda? Di waktu ekonomi terjejas seperti masa kini, pasti anda tertanya-tanya bagaimana untuk membuat pajakan emas tanpa risiko barangan anda dilelong. Sebagai seorang Muslim, pastinya anda akan memilih pajak emas di Ar-Rahnu kerana ianya sistem pajak yang halal tanpa riba. Pada artikel kali ini, kami ingin kongsikan cara-cara pajak barangan kemas di Ar-Rahnu.

cara gadai emas

Prosedur Gadaian Emas

Apabila anda ke kaunter Ar-Rahnu, pihak Ar-Rahnu akan menguji ketulenan dan menimbang berat barang kemas anda. Kemudian, emas anda akan dinilai mengikut nilai emas semasa. Anda akan diberikan wang pinjaman sekitar 65% daripada nilai emas anda. 

Sebagai contoh, jika barang kemas anda bernilai RM500, anda boleh mendapatkan RM325 daripada pajakan anda. Ada sesetengah Ar-Rahnu yang memberikan sehingga 80% daripada nilai emas. Jadi kami nasihatkan anda untuk survey dahulu nilai gadaian yang ditawarkan di Ar-Rahnu sekitar tempat anda. 

Antara cawangan Ar-Rahnu yang terdapat di Malaysia adalah:

  • Ar-Rahnu Bank Rakyat
  • Ar-Rahnu Exchange (francais Bank Rakyat)
  • Ar-Rahnu Pos Malaysia
  • Ar-Rahnu YAPEIM
  • Ar-Rahnu Express (Habib Jewel)

Nak bawa apa ke Ar-Rahnu?

Untuk mendapat hasil pajakan yang optimum anda perlu membawa 4 perkara di bawah:

  1. Barangan yang ingin digadai.
  2. Resit asal belian. Sekiranya anda tidak menunjukkan resit asal belian, nilai emas akan susut sebanyak 25%.
  3. Sijil ketulenan. Untuk mengelakkan error pada mesin ataupun ditipu.
  4. Kad pengenalan. Pihak Ar-Rahnu juga mungkin akan meminta maklumat waris beserta salinan kad pengenalan.

Berapa lama tempoh untuk tebus semula?

Kebanyakan Ar-Rahnu memberikan tempoh gadaian selama 6 bulan. Anda akan dikenakan caj upah simpan setiap bulan. Harga upah adalah sekitar RM0.70 untuk setiap RM100 nilai emas yang anda gadaikan. Sekiranya anda menebus setelah sebulan, maka upah simpan adalah untuk satu bulan sahaja. Ini bermaksud, ketika anda menebus emas anda anda perlu membayar RM325 (wang pinjaman) + RM2.10 (upah simpan untuk 1 bulan).

Jangan keliru! Anda tak perlu tunggu sehingga cukup 6 bulan untuk menebus kembali emas anda. Sebaliknya, anda boleh menebusnya bila-bila masa sahaja!

Elakkan emas anda dijual oleh Ar-Rahnu!

Sekiranya anda masih belum mempunyai wang untuk menebus emas anda, anda boleh memohon untuk sambung pajakan untuk tempoh beberapa bulan mengikut polisi di cawangan tempat anda berurusan. Sekiranya tempoh pajakan sudah mencapai tempoh maksimum, anda juga boleh perbaharui pajakan dengan membayar upah simpan dan membuat gadaian baharu.

Jika anda ingin membuat gadaian baharu, anda perlu berhati-hati kerana emas anda akan dinilai semula mengikut harga semasa. Sekiranya harga emas turun, anda perlu membayar perbezaan harga berbanding gadaian pertama. Anda juga perlu berhati-hati supaya tidak di blacklist kerana pajak emas Ar-Rahnu merupakan pinjaman bercagar yang direkodkan di dalam CCRIS. 

Info yang kami kongsikan di atas adalah untuk pajak emas berbentuk barang kemas sahaja. Kebanyakan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan gold bar. Sekiranya anda ingin memajak gold bar atau emas pelaburan, anda perlu survei cawangan yang menerima gold bar. Anda juga seharusnya tidak membuka seal pada gold bar atau ianya akan susut nilai sebanyak 25%. Semoga artikel yang kami kongsikan kali ini dapat membantu anda untuk mendapatkan wang daripada hasil milikan emas.

Info Lain Berkaitan Dengan Pelaburan Emas

Selain daripada cara gadai emas, ada beberapa lagi teknik lain untuk pelaburan emas di Malaysia ini. Boleh tengok beberapa pilhan artikel kami berkaitan dengan cara untuk melabur dalam emas.

Ini adalah antara tips dan teknik untuk pelaburan emas yang anda perlu tahu.

Alternatif Daripada Emas Anda Tergadai

Macam mana caranya untuk elakkan daripada emas tergadai, adalah lebih baik untuk anda tambah pendapatan anda sekarang juga. Berikut adalah antara beberapa idea untuk tambah pendapatan yang anda boleh terus lakukan dalam kehidupan seharian. Bagi kami, menggadai emas adalah pilihan terakhir dan hanya dilakukan hanya apabila benar-benar terdesak sahaja. Berikut adalah antara pilihan untuk tambah pendapatan.

Bisnes Bakeri

Antara cara mudah dan simple untuk tambah income adalah dengan memanfaatkan minat dalam masakan. Tak semua suka memasak, kalau anda suka, bolehlah mula memasak dan jual produk masakan anda. Nak tahu macam mana nak bermula untuk memasak, boleh tengok video di bawah.

Juga, beberapa idea untuk tambah pendapatan di SINI.

Bisnes Tudung

Di Malaysia ini, ramai yang sudah mula bertudung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk bagi seorang muslimah bertudung. Kalau anda memang seorang yang suka dan minat untuk menjual tudung, boleh tengok video di bawah ini berkenaan dengan penerangan ringkas berkaitan dengan cara untuk tambah pendapatan dengan business tudung.

Juga, beberapa artikel berkaitan dengan perniagaan tudung ini yang anda boleh dapatkan di bawah;

Seller Shopee

Antara cara lain untuk tambah income dan alternatif selain terpaksa tahu cara gadai emas anda, caranya adalah dengan menjadi seorang penjual di Shopee. Anda boleh cuba untuk konsisten untuk dapatkan jualan sebanyak 5 angka sebulan terutama jika anda lakukan secara konsisten setiap hari. Nak tahu macam mana caranya untuk tambah income dan tambah pendapatan dengan menjadi seorang penjual di Shopee, boleh tengok video di bawah ini.

Juga artikel berkaitan dengan tips dan cara untuk menjadi seorang seller di Shopee di bawah ini;

Pelaburan Saham

Mula melabur dalam saham secepat mungkin. Lagi lama anda mula, lebih cepat kebarangkalian untuk anda tambah pendapatan dengan pelaburan saham. Berikut adalah antara tips untuk anda bermula melabur saham dengan membuka akaun saham. Tengok video di bawah.

Info lanjut, boleh juga baca artikel ini.

Jika Terpaksa Baru Gadai Emas

Kalau dah betul-betul terpaksa, barulah saya rekemen untuk anda gadai emas anda. Kalau tidak, boleh cuba lakukan beberapa perkara yang saya rekemen ini untuk tambah kedudukan kewangan anda. 

Harapnya artikel cara gadai emas ini memberikan info berguna untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan info lanjut berkaitan dengan tips kewangan dan pelaburan.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest