7 Tips & Cara Jadi Remiser Saham

Macam mana cara jadi remiser saham di Malaysia? Tentu anda pernah dengar dan terfikir berkenaan dengan cara nak jadi remiser. Kalau anda datang ke dalam blog ini pun tentu anda “google” keyword berkaitan dan nak tahu lebih lanjut cara nak jadi remiser dalam saham. 

Saya cuba sebaiknya untuk tidak mengecewakan anda dan berikan informasi berkenaan dengan cara untuk jadi remiser. Nak jadi sebenarnya tak lah sesusah mana, yang paling penting adalah keinginan untuk anda berjaya dan peluang mencari sumber pendapatan lain. 

Sebagai info, ketika artikel ini ditulis, pihak smartinvest101 sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen remiser untuk kerjaya yang akan datang. Jadi, pada kali ini, saya sertakan pengalaman saya sendiri untuk menjadi seorang remiser dan apa yang diperlukan serta kursus berkaitan. 

cara jadi remiser saham

Planning Kedepan – Smartinvest101

Akan lebih fokus kepada tips pelaburan dan cara tambah income terutamanya berkaitan dengan pelaburan saham di Malaysia. Akan lebih banyak input yang bakal kami kongsikan terutamanya berkaitan dengan teknikal analisis dan fundemantal analisis dalam saham. Selain daripada medium blog, jangan lupa untuk dapatkan info lanjut daripada medium Youtube kami.

Akan ada lebih banyak info dan input yang bakal kami kongiskan terutamanya berkaitan dengan tips-tips pelaburan di Malaysia khususnya berkaitan dengan pelaburan saham. Akan datang insyaAllah anda boleh membuka akaun CDS dengan kami dan kami cuba berikan training dan support yang baik bagi membolehkan anda untuk berjaya dalam pelaburan saham anda. 

Syarat-syarat Untuk Menjadi Remiser

Sebelum pergi lebih jauh, apa syarat-syarat kalau seseorang itu nak jadi remiser? Berikut adalah antara syarat-syarat ringkas yang boleh diambil kira;

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Ijazah
  • Jika tiada ijazah, mempunyai diploma dalam bidang berkaitan kewangan (accounting dan sebagainya)
  • Jika tiada diploma atau ijazah, kena bekerja dalam syarikat broker paling kurang 2 tahun.
  • Berumur 21 tahun ke atas

Jadi, anda layak ke untuk menjadi remiser. Kalau tak jadi pun tak apa, anda masih boleh buka akaun pelaburan saham dan menjadi pelabur macam biasa. Nak buka akaun CDS ni tak susah pun, asalkan ada dokumen lengkap dan bank statement, sudah boleh buka akaun macam biasa.Nak buka akaun CDS tak perlu slip gaji sampai 3 bulan dan bank statement 3 bulan macam nak mohon pinjaman rumah tu. 

Ada Kursus Yang Bakal Kena Ambil

Anda kena ambil kursus Module 6 dan Module 7 dan wajib untuk lulus. Sudah ada kedua-dua module ini, barulah boleh jadi remiser dan perlu berdaftar dengan broker yang ada di Malaysia ini.

Sedikit komen berkenaan dengan kursus, bagi mereka yang bukan background kewangan seperti saya, pasti akan mengalami sedikit kesukaran terutama apabila cuba menjawab soalan di Module 7 tersebut. Soalan dalam module 7 adalah berkaitan dengan akaun dan ada beberapa soalan yang memerlukan pengiraan untuk anda jawab. Kalau langsung tiada basic dalam accounting, memang agak sukar sedikit nak menjawab soalan module 7. 

Bagi module 6 pula tidaklah sesusah module 7. Ianya lebih kepada soalan berkenaan dengan stock market dan undang-undang berkaitan. Yang penting anda tahu macam mana nak cari info berkaitan dengan soalan tersebut di dalam buku berkaitan. 

Info lain yang anda perlu tahu;

  • Jumlah soalan adalah sebanyak 60 soalan. 
  • Markah lulus adalah 60%, jadi anda kena target untuk lulus 36 soalan.
  • Masa adalah selama 90 minit
  • Ketika artikel ini ditulis, soalan adalah secara online.
  • Untuk menempah slot peperiksaan, dan pembelian buku, anda boleh ke laman web sidc.com.my

Dah Lulus Kursus Tu Nak Buat Apa?

Lepas dah lulus exam, seterusnya anda kena attach dengan broker house di Malaysia ini. Ada banyak broker yang ada di Malayais ini dan antara senarai tersebut anda boleh tengok dalam artikel di SINI.

Mungkin kena lalui proses submit resume, interview dan seterusnya. Apapun anda boleh cuba sebaiknya yang penting cuba untuk lulus exam dulu baru apply untuk jadi Remiser.

Lepas itu barulah anda boleh attach dengan broker company. Pada masa ini, saya merupakan remiser yang berdaftar dengan CGS CIMB dan insyaAllah akan sedia membantu client untuk proses pembukaan dan pembelajaran saham di Malaysia. Nak tahu benefit buka akaun dengan kami, boleh lihat di bawah ini;

Tau Selok Belok Technical Analisis – Advantage

Kalau tau selok belok technical analisis, anda akan mempunyai advantage berbanding dengan remiser lain. Terutama sekali, bolehlah cuba ajar client anda selok belok berdagang dalam pasaran saham. Anda pun boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan technical analisis dalam artikel di SINI.

Selain daripada Technical Analisis, kalau anda mempunyai info berkenaan dengan Fundemantal Analisis pun anda mempunyai advantage yang bagus. Terutama anda dapat memberikan client anda tips berguna dalam merebut saham-saham yang “undervalue”. Macam mana nak tahu saham itu “undervalue”, tentulah dengan Fundemantal Analisis dalam saham.

Berapa Pendapatan Seorang Remiser?

Pendapatan seorang remiser adalah bergantung kepada jumlah client yang “trade” dalam satu waktu. Lagi ramai client yang “trade” lagi tinggilah pendapatan seseorang itu. Ianya adalah salah satu cabang mereka yang bergaji ataupun mengharapkan komisyen. Sama sahaja dengan mereka yang berkerja dalam bidang yang mengharapkan komisyen seperti Insurans, Unit Trust, Perunding Hartanah dan lain-lain lagi. 

Jadi, anda perlu dapatkan kualiti dan kuantiti pada masa yang sama. Kuantiti client dan pada masa yang sama, kualiti client iaitu client yang memang trade hari-hari. Kualiti client dan kuantiti adalah aspek yang diperlukan untuk anda sukses dalam bidang ini. Ini adalah antara tips penting yang dapat saya kongsikan. Macam mana nak cari client? Ini bergantung kepada stragegi, networking dan aspek lain. Apapun, semoga berjaya.

Lepas Daftarkan Jangan Terus “Hilang”

Lepas daftarkan seseorang tu, terus hilang. Remiser “missing in action (MIA)” Adalah antara perkara yang sering terjadi. Kalau boleh lepas daftarkan client tu, cuba keep in touch ataupun letak dalam group-group tertentu seperti group Telegram dan sebagainya. Jangan lepas daftarkan terus hilang. Jika begitu, ada kemungkinan client anda nanti akan beralih kepada “remiser” lain yang lebih supportive terutama dalam memberikan bimbingan dan tips untuk sukses dalam saham.

Kalau saya, ini adalah antara strategi yang saya akan cuba jayakan. Kalau anda datang sini dan cuba mencari info berkenaan dengan remiser, harap artikel ini memang membantu dalam mendapatkan info yang anda cari. Kalau anda nak trade saham dan ingin menjadi client saya, sangat dialu-alukan dan insyaAllah pihak kami akan cuba berikan yang terbaik kepada anda.

Semoga Berjaya

Apapun semoga berjaya kepada anda dalam kerjaya saham ataupun kerjaya anda sebagai seorang remiser saham ataupun sebagai seorang pedagang saham. Yang penting terus konsisten dalam apa yang anda lakukan.

Jangan lupa untuk follow Telegram Channel kami bagi mendapatkan info dan update terkini berkaitan dengan topik-topik kewangan dan tambah income dari kami. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest