Cara Jadi Rider Foodpanda – Terkini 2020

Macam mana cara nak jadi rider foodpanda. Pada masa kini Foodpanda bukanlah satu platform penghantar makanan yang asing lagi buat kita. Rata-rata rakyat Malaysia selalu menggunakan platform tempahan makanan Foodpanda ini. Dengan adanya platform tempahan makanan seperti ini, ia sangat memudahkan anda untuk membeli makanan. 

Mana tidaknya, apabila adanya platform tempahan makanan seperti ini, anda tidak perlu keluar berpanas, meredah jam, meredah hujan semata-mata kerana hendak keluar membeli makanan yang anda mahukan. Sebaliknya, anda hanya duduk di rumah dan tunggu sahaja rider Foodpanda menghantar makanan anda.

Kepada mereka yang mencari pekerjaan pula, inilah masanya untuk anda jadi rider dan tambah pendapatan anda. Ramai yang saya tengok jadikan kerjaya di foodpanda ini sebagai kerjaya sepenuh masa. Jadi, artikel kali ini, kami akan perincikan satu persatu, tips dan cara untuk anda jadi rider.

cara jadi rider foodpanda

Macam Mana Hendak Menjadi Rider Foodpanda?

Disebabkan permintaan penggunaan Foodpanda semakin lama semakin tinggi, ia telah membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan pekerjaan. Jika kita lihat pada masa kini rider foodpanda semakin bertambah. Malah, semakin ramai dan semakin ramai yang berminat untuk menjadi rider Foodpanda. Terutama selepas Covid-19, di mana sekatan pergerakan ini menyebabkan ramai yang memilih menggunakan khidmat FoodPanda.

Langkah – Langkah Jadi Rider

Ini kerana, pendapatan yang rider Foodpanda dapat sangat lumayan dan sangat berbaloi. Saya pasti anda juga berminat untuk mencuba nasib menjadi rider Foodpanda. Tetapi, pasti anda tertanya-tanya macam mana cara nak jadi rider Foodpanda? Jom saya kongsikan caranya.

  • Perkara pertama sekali yang perlu anda ada ialah motosikal. Ini kerana, medium penghantaran yang selalu digunakan ialah motosikal. Begitu juga, dengan syarat yang diletakkan oleh Foodpanda sekiranya anda mahu menjadi rider mereka. Anda boleh menggunakan motosikal terpakai ataupun motosikal baru bagi tujuan menjadi rider foodpanda ini.
  • Tapi apabila anda mempunyai motosikal sudah pastinya anda perlu mempunyai lesen motosikal. Bukan itu sahaja, anda juga perlulah memastikan anda mempunyai lesen P. Ini kerana, salah satu syarat nak jadi rider Foodpanda ialah mempunyai lesen P dan tidak boleh mempunyai lesen L.
  • Jangan lupa untuk gunakan smartphone berkuasa tinggi dan mempunyai bateri yang berkapasiti besar. Saya sangat rekemen untuk anda dapatkan SMARTPHONE INI kerana speasifikai yang bagus dan di bawah harga RM1000. Kalau nak gunakan smartphone sedia ada pun boleh tapi, nasihat saya, wajib kena ada alat ini bagi membolehkan anda menjalankan kerja-kerja rider dengan mudah dan cepat. 
  • Kemudian, anda perlulah membuka akaun persendirian anda di CIMB bank. Ini kerana, bayaran gaji biasanya akan di buat ke akaun CIMB bank dan jika menggunakan akaun bank lain, gaji anda mungkin akan lambat masuk.
  • Selepas anda mempunyai semua perkara di atas, perkara seterusnya yang perlu anda lakukan ialah anda perlu pergi ke website www.foodpanda.my untuk anda mula membuat permohonan sebagai rider.
  • Kemudian, pergi anda ke butang APPLY NOW di ruangan “Join our delivery team!”  dan tekan butang tersebut. Apabila anda klik butang tersebut ia akan keluar ke laman seterusnya iaitu ruangan pilih bandar. Kemudian, di ruangan Pilih bandar, dalam kategori pilih bandar, seeloknya anda pilih bandar tempat anda menetap. Ini kerana, mudah untuk anda mendapat job di sekitar tempat anda tinggal. Jika anda memilih bandar jauh dari tempat anda mungkin anda akan lambat datang ke lokasi tempat anda hendak pickup makanan.
  • Selepas anda mengisi ruangan pilihan bandar, ruangan seterusnya yang perlu anda isi ialah ruangan “Your Vehicle”. Di ruangan Your vehicle ini, anda perlu pilih jenis penghantaran yang anda mahu lakukan. Biasanya, dalam ruangan “Your Vehicle” iaitu sama ada menggunakan motosikal atau anda sekadar berjalan kaki.
  • Selesai memilih Vehicle yang anda hendak gunakan, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan tekan butang MOHON SEKARANG dan kemudian ia akan keluar sebuah kotak maklumat yang memerlukan anda mengisi maklumat peribadi anda seperti nama anda, nombor telefon, emel, alamat rumah dan bermacam lagi.
  • Selepas anda siap isikan segala maklumat yang diperlukan dan anda telah menghantar maklumat tersebut, apa yang perlu anda lakukan ialah tunggu email dari pihak Foodpanda untuk memberitahu tarikh untuk anda datang interview. Biasanya, tempoh untuk dia proses permohonan anda boleh makan masa sehingga 1 minggu.

Selepas anda selesai mengisi segala maklumat segala maklumat yang diperlukan, anda akan mendapat sms atau email mengenai tarikh interview di HQ Foodpanda. Selepas itu, mereka akan menerangkan serba sedikit taklimat tentang macam mana anda hendak menjadi seorang rider.

Anda akan diminta untuk mendapatkan vaksin ataupun suntikan imunisasi Tifoid bagi menjadi rider. Semua info dan arahan ini akan diberikan semasa anda menjalani kursus menjadi rider Foodpanda. Hadir interview dan ikuti arahan yang diberikan kepada anda.

Selepas itu, mereka akan berikan sedikit training untuk anda dan memberikan anda bag serta uniform yang akan anda gunakan. Selepas selesai semua proses ini anda sudah boleh mula menjadi seorang rider Foodpanda dan boleh mula menjana income sebagai rider dan anda sudah boleh mendapat income yang lumayan walaupun hanya sekadar part time

Idea Lain Tambah Pendapatan

Dah anda datang ke sini, kami berikan juga beberapa info penting berkaitan dengan cara dan tips untuk tambah pendapatan. Terutama kalau anda terkesan dengan Covid-19 ini. 

Business Makanan Delivery

Ramai yang mula menceburkan diri dalam perniagaan menjual makanan secara delivery. Alang-alang dah anda berminat jadi rider ni, cuba dapatkan info lanjut berkenaan dengan apa itu idea disebalik menjual makanan delivery. Mana tau anda boleh berkolaberasi dengan pasangan bagi menjual makanan secara delivery ini. Paling kurang pun, dapat la tambah pendapatan anda. Info lanjut berkenaan dengan tips dan teknik makanan delivery ini, boleh dapatkan di SINI.

Shopee – Cara Jadi Penjual

Macam mana nak jadi seorang penjual di Shopee? Anda hanya listkan produk anda di Shopee dan jika ada permintaan, ataupun “order masuk” boleh terus bungkus dan hantar. Kombinasi kerjaya Rider Foodpanda + Seller Shopee ini pun adalah antara kombinasi yang baik. Kalau anda rasa baik, tengok info lanjut dalam artikel INI.

Business Kambing

Mungkin lari tajuk sikit, kalau anda nak tahu berkenaan dengan cara dan tips untuk menjadi seorang penternak kambing, bolehlah dapatkan info lanjut di SINI.

Teruskan Usaha Dan Pilih Yang Paling Bersesuaian Dengan Anda

Yang paling penting untuk anda terus bermula. Ini adalah antara step by step cara jadi rider Foodpanda. Ikuti langkah ini kalau anda serious nak jadi seorang rider yang berjaya. Semuanya memang bermula dengan langkah pertama. 

Jangan lupa juga untuk follow Telegram Channel kami dengan tekan butang di atas ini. Harapnya, banyak lagi perkongsian dan tips untuk tambah pendapatan yang akan kami kongsikan nanti.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest