11 Tips Bagaimana Cara Jadi Seorang Youtuber

Bagaimana nak jadi Youtuber, boleh baca artikel ini sampai habis ye.

Cuba anda jawab soalan kami dengan jujur. Antara menonton televisyen, dan menonton Youtube, mana satu yang anda luangkan banyak masa dengannya? Sudah tentu anda akan menjawab menonton Youtube. Tidak hairanlah kerana Malaysia sendiri berada di kedudukan lima teratas di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara (SEA) dalam aspek pelayaran media sosial. 

Rata-rata masyarakat Malaysia dengan jumlah pengguna media sosial aktif sebanyak 25 juta orang menghabiskan masa sekitar tiga jam sehari untuk menggunakan media sosial dan lapan jam sekurang-kurangnya untuk melayari internet.

cara jadi youtuber

Youtube Mengalahkan Platform Media Sosial Lain

Sebuah kajian dilakukan di dunia untuk mengetahui apakah platform media sosial yang teraktif digunakan oleh pengguna. Apa yang memeranjatkan platform Youtube berada di tangga pertama dengan 93%, dan diikuti rapat oleh Whatapps dengan 91%, Facebook dengan 91%, Instagram dengan 70%, FB Messenger dengan 64%, WeChat dengan 47% dan Twitter dengan 44%. Manakala bagi media sosial di bawah 40% pengguna adalah terdiri daripada LinkedIn dengan 29%, Skype dengan 26%, Pinterest dengan 25%, Line dengan 22%, Snapchat dengan 21%, Tumblr dengan 20%, Reddit dengan 16%, Twitch dengan 14% dan Sina Weibo dengan 13%.

Pengguna tempatan yang berumur antara 16 hingga 34 tahun lebih gemar menonton Youtube berbanding saluran televisyen kerana mereka rasakan Youtube lebih menarik dan mudah dalam mendapatkan isi kandungan yang menarik dan terkini. Malah pengguna juga kebiasaannya akan melihat lebih daripada satu video dari pelbagai channel akaun. 

Semua ini sangat jelas menunjukkan, Youtube berpotensi menjadi platform media sosial yang boleh berkembang pesar dalam arena internet sekaligus melahirkan lebih ramai penerbit kandungan atau content creator menerbitkan kandungan melaluinya. 

Bukan itu sahaja, Youtube juga mampu menjana pendapatan seseorang dengan pulangan yang cukup lumayan per bulan. Anda bukan dibayar dengan Ringgit Malaysia, atau Rupiah Indonesia, tetapi USD Amerika. Di mana 1USD sekarang bersamaan dengan RM 4.23, memang sangat menguntungkan. Bagaimana caranya? Jom kita belajar tips bagaimana menjadi seorang Youtuber yang berjaya. 

1. Buat akaun Youtube

Langkah pertama yang perlu anda lakukan sudah semestinya dengan membuka akaun Youtube sendiri. Kalau anda tidak mempunyai nama channel sendiri, bagaimana anda mahu upload video nanti? Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang cara buka akaun Youtube, anda boleh lihat pada video link di bawah.

Salah satu hal utama yang wajib anda perhatikan selanjutnya adalah memilih nama untuk channel Youtube anda. Perkara ini mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya memberikan impak yang besar kepada langkah anda yang seterusnya dalam memajukan channel Youtube tersebut. 

Tips memilih nama channel Youtube:

  • Gunakan nama sendiri. Jika anda seorang yang terkenal atau dikenali ramai dikalangan masyarakat seperti public figure, selebriti, ahli politik, atlet sukan, atau sebagaianya, membina nama channel Youtube dengan nama sendiri adalah sangat berkesan kerana anda membawa nama yang sudah mempunyai pengaruh atau komuniti peminatnya yang tersendiri.
  • Gunakan nama perniagaan yang anda jalankan. Contohnya seperti kami di Smartinvest101. Kami mempunyai blog sendiri untuk berkongsi dengan masyarakat tentang tips kewangan di bawah laman web rasmi smartinvest101.com, kemudian kami membangunkan pula channel Youtube sendiri menggunakan nama yang sama iaitu Smartinvest101
  • Gunakan kata kunci yang unik untuk mudah ditemukan oleh orang ramai semasa melakukan pencarian channel. Contohnya dengan mengabungkan dua kata yang berkaitan dengan content video yang bakal anda buat seperti HannaniVlog untuk vlogging atau RPGamers untuk video yang berasaskan game. 
  • Bina nama yang singkat dan mudah diingat. Lagi singkat nama anda, lagi mudah orang untuk mengingatnya.
  • Gunakan bantuan tools seperti LeanDomainSearch.com untuk mendapatkan idea nama baru yang unik dan belum pernah digunakan oleh orang lain

2. Cari niche content yang diminati dan menarik

Bila anda buat apa yang anda suka, anda akan mudah untuk mendapatkan passion dalam sesuatu yang anda lakukan. Bak kata Oprah Winfrey, “Passion is energy. Fell the power that comes from focusing on what excites you.” Video masak, video tutorial, video reaction, video vlog? Buatlah apa yang anda suka. Tidak perlu terlalu perfect sangat, cukup sekadar anda rasa anda lebih tahu perkara itu daripada orang lain. 

“Saya tak ada minat apa-apa, tapi saya suka makan.” Hah, buatlah content-content mukbang atau asmr yang memang menjadi kegilaan ramai hari ini. 

Mengapa pentingnya minat dalam membuat sesuatu? Kerana hasil daripada terpaksa melakukan sesuatu dan hasil daripada minat dan seronok melakukan sesuatu itu tidak sama. Mungkin kedua-duanya boleh berjaya, tetapi yang pastinya anda yang mahu kekal lama dalam industri media sosial perlu kekalkan momentum passionate dalam diri anda sendiri. Fikirkan dengan teliti dan sematang-matangnya tentang kandungan yang akan dijadikan content, personaliti apa yang anda ingin paparkan, serta perhalusi konsep dan idea. 

3. Rakam, edit, dan upload

Tidak semua orang yang pandai edit video boleh menjadi Youtubers. Tetapi semua Youtubers mesti pandai edit video walaupun dengan skill atau ilmu asas sahaja. Jangan meletakkan skill perkara utama yang menjadi penghalang anda. Ramai Youtubers di luar sana yang hanya memulakan proses rakaman kamera video dengan menggunakan smartphone cap ayam sahaja. Faham-faham sahajalah nama pun smartphone cap ayam, sudah pastinya kualiti video tersebut bukan yang terbaik. 

Tetapi itulah pengalaman, jika video pertama hancur dan tidak menarik, anda jangan berhenti rakam video lagi. Pasang azam untuk simpan duit secukupmya supaya anda boleh beli peranti atau alatan yang lebih berkualiti dalam menghasilkan video yang lebih baik seperti komputer riba, kamera, pencahayaan, microfon untuk merakam peranti, dan, sebagainya. 

4. Jangan malas tulis deskripsi video dalam Youtube

“Upload video sahaja tidak cukup ke? Mesti kena pandai menulis juga?” Inilah perangai Youtuber baru nak up, mereka malas untuk tulis deskripsi video. Deskripsi penting untuk memudahkan pencarian di Google dan Youtube ranking video. 

Apa yang perlu anda buat:

  • Tulis lebih daripada 300 patah perkataan
  • Letak paling minimum 3 hashtag
  • Masukkan tag yang releven
  • Letakkan keyword atau carian tertentu dalam ayat deskripsi
  • Tolong jangan merepek dan membebel

5. Cipta tajuk yang mudah dan senang orang faham

Tajuk berbelit dan terlalu berseni pun susah orang hendak faham. Bila orang tidak faham, jangan haraplah mereka akan berminat untuk tonton video anda. Masyarakat Malaysia lebih gemarkan mesej yang direct sampai kepadanya daripada perlu berfikir-fikir untuk memahamkan sesuatu yang sukar untuk difahami. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu menjadi kreatif. Sesuaikan tahap kreatif anda dengan gaya pemikiran masyarakat hari ini. 

6. Pentingkan thumbnail

Pernah atau tidak anda tertonton sesuatu video itu kerana gambar cover image yang terpapar pada list video-video Youtube? Itulah yang dinamakan thumbnail. Gambar tersebut merupakan sisipan daripada video anda, jadi sekiranya paparan utama itu menarik sudah pasti ia akan menarik minat penonton untuk menontonya. Dari thumbnail, anda boleh beri vibe and expectation kepada viewers akan video tersebut kerana mereka menilai dari first impression. Gabungan thumbnail dan clickbait yang baik, real, dan friendly memang akan meletopkan capaian penonton di channel anda. Format thumbnail mestilah 16:9 dan gambar juga perlu terang, jelas, menarik, dan berwarna-warni.

7. Promote video kaw-kaw di semua media sosial

Anda patut bersyukur berada di era teknologi ini kerana semuanya boleh dilakukan di hujung jari dengan platform media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter, Instagram, Telegram dan sebagainya. Smartinvest101 bukan sahaja mempunyai laman web sendiri di bawah smartinvest101.com, malah kami mempunyai akaun Facebook, Twitter, Telegram, dan Youtube dengan nama yang sama. Apa yang menariknya, marketing di platform sosial sendiri adalah percuma, 24 jam tanpa henti, tanpa ada sekatan. 

8. Pasang target pertama untuk jana pendapatan

Biasa anda dengar, jadi Youtuber boleh dapat duit ribuan ringgit. Tetapi bagaimana caranya? Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan seperti melalui Youtube Affiliate, jual produk atau bisnes sendiri, Advertorial Youtube, dan Youtube Adsense.

Kami akan berkongsi sedikit mengenai Youtube Adsense. Manakala untuk cara yang lain anda boleh lihat pada artikel kami yang sebelum ini, Artikel Berapa Pendapatan Youtuber Malaysia

Tiga peringkat asas yang telah ditetapkan untuk menjadi Program Rakan Kongsi Youtube adalah anda perlu:

  • Memiiki 1,000 orang subscriber
  • Mencapai 4,000 jam tontonan
  • Akaun Youtube lulus penilaian Google

Sekiranya anda melepasi tiga syarat itu, anda akan layak untuk menjana pendapatan melalui Youtube. Google Adsense kemudiannya akan membayar anda sekiranya anda menjana pendapatan AS$100 (RM400) berdasarkan faktor demografi dan jumlah trafik yang tinggi mengikut negara di dunia. Secara puratanya di Malaysia, Google Adsense akan membayar pengguna sekitar RM 3.77 hingga RM 7.12 bagi jumlah 1,000 tontoonan. Ini bermakna, sekiranya video anda mendapat 100,00 tontonan, anda boleh memperoleh pendapatan sekitar RM 400 manakala sekiranya mendapat 1,000,000 tontonan, anda akan memperoleh sekitar RM4,000 hingga RM5,000. 

9. Jangan subs for subs

Menjadi seorang Youtuber juga anda pantang larangnya yang perlu anda elakkan seperti perbuatan subs for subs dengan tujuan untuk mengembangkan channel Youtube anda. Tanpa anda sedar sebenarnya ia menyumbang kepada spam kerana subscribe tanpa view adalah dianggap spam oleh Youtube.

Contoh penyumbang spam:

  • Subscribe tanpa menonton sekurang-kurangnya 3 minit
  • Komen tidak mencukupi sekurang-kurangnya 6 patah perkataan
  • Menggunakan perkataan “subscribe” dan “channel” dalam komen seperti “Please subscribe back to my channel.”

10. Bina networking dengan penonton dan Youtubers lain

Usaha yang anda lakukan tidak akan mampu berdiri sendiri dengan pantas tanpa networking yang kuat dari penonton dan Youtubers lain. Anda perlu cari support komuniti Youtubers, collaborate dengan Youtuber lain atau buat projek sama-sama, dan rajin-rajinlah balas komen penonton channel anda. Yang pastinya anda perlu adakan interaksi aktif seperti itu supaya orang lain sedar kehadiran anda.

11. Terus cari inspirasi untuk bermotivasi

Last but not least, segalanya bergantung kepada diri anda sendiri. Hendak berjaya itu mudah, tetapi untuk kekal berjaya sepanjang masa itu amat sukar kerana ia memerlukan motivasi, keyakinan diri, kesungguhan, komitmen, dan minat yang bersungguh-sungguh. Semakin anda terkenal, semakin ramai anda mengumpul subcribers dan haters. Ada masanya anda akan seronok, dan ada masanya anda akan down. Jika anda sudah berada di tahap yang sangat membosankan untuk buat video lagi, ambillah masa sebentar untuk berehat dan tenangkan diri tetapi jangan sesekali pasang niat untuk berhenti. 

“Channel Youtube anda ibaratnya seperti saluran televisyen anda sendiri.” Andalah pengelola yang mengatur segala rancangan di dalamnya. Baik dan menarik yang anda paparkan, maka besarlah juga impaknya kepada masyarakat dan diri anda sendiri. Diharapkan artikel cara jadi youtuber ini boleh memberikan anda informasi yang berguna untuk memulakan langkah sebagai seorang Youtuber. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest