6 Info Cara Kiraan Zakat Simpanan

Zakat merupakan salah satu topik penting dalam islamic personal finance ataupun perancangan kewangan dalam Islam. Hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang diwajibkan untuk membayar zakat. Topik penting yang ingin dikupas pada kali ini adalah cara kiraan zakat simpanan yang merupakan perkara yang wajib untuk anda lunaskan pada setiap tahun. Ianya mempunyai nisab (jumlah minimum) dan haul (tempoh masa) dan jika simpanan anda tidak cukup jumlah minimum tersebut, tidak perlu bimbang kerana anda tidak perlu mengeluarkan zakat simpanan.

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan seperti solat, puasa dan lain-lain. Tambahan pula sekarang ini, nak tunaikan zakat tidak susah kerana setiap negeri di Malaysia mempunyai jabatan agama dan pusat pungutan zakat masing-masing. Tambahan dengan aplikasi perbankan online seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain membolehkan pembayaran dilakukan secara online sahaja tanpa perlu ke kaunter. Anda juga boleh membuat pembayaran di amil-amil zakat terpilih di hampir setiap daerah di Malaysia ini.

Cara pengiraan zakat simpanan ini jauh lebih mudah daripada pengiraan zakat pendapatan dan juga zakat ASB. Zakat pendapatan mempunyai 2 cara kira iaitu dengan tolakan ataupun tanpa tolakan, boleh rujuk artikel SINI. Zakat ASB pula bila melibatkan ASB FInancing ataupun pinjaman ASB, cara pengiraan sudah berlainan sedikit dan perlukan cara pengiraan yang lebih teknikal, boleh rujuk di SINI. Jadi, macam mana cara kiraan sebenar zakat simpanan?

Syarat Wajib Berzakat

Sebelum pergi lebih jauh berkenaan dengan pendetailan cara kiraan, adalah lebih baik untuk anda tahu syarat wajib berzakat menurut Islam, ianya adalah;

1. Islam – Mengeluarkan zakat adalah ibadah di sisi Allah SWT. Tidak wajib zakat ke atas harta orang kafir.

2. Merdeka (Bukan hamba) – Bebas mencari rezeki yang halal dan tidak dihalangi oleh sesiapa.

3. Milik sempurna – Harta mestilah dimiliki sepenuhnya dan dapat digunakan pada masa yang dikehendaki tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain. Sempurna dari segi pemilikan (Hak Hiyazah) dan keupayaan mengurus (Hak tasarruf).

4. Cukup Nisab – Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Sesetengah harta yang hendak dizakatkan mestilah bersamaan atau lebih nilainya dengan nilai 85 gram emas mengikut harga semasa seperti zakat emas, pendapatan, wang simpanan dan saham. Manakala, sesetengah harta yang lain menggunakan kadar nisab yang tersendiri seperti zakat ternakan, tanaman dan rikaz dan perak.

5. Cukup haul – Haul ialah berlalu tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki. Perkiraan haul dalam hukum syarak adalah berdasarkan kepada tarikh hijriiah (354/355 hari). Apabila genap setahun harta dimiliki, barulah diwajibkan zakat

Sumber artikel 

Haul & Nisab Zakat Simpanan 

Seperti dalam syarat wajib tadi, haul adalah bersamaan dengan 12 bulan dalam islam ataupun cukup setahun. Lebih mudah antara Ramadhan tahun ini dengan Ramadhan tahun depan. Kenapa Ramadhan? Kerana amalan yang dibuat pada bulan itu, akan dilipatgandakan, alang-alang nak bayar zakat, bayar pada bulan terbaik dan ambil kesempatan keberkatan Ramadhan.

Nisab pula adalah bersamaan dengan 85 gram emas. Setakat artikel ini ditulis, nisab di 5 negeri-negeri ini adalah ;

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan = RM13,963
  • Kadar nisab di Pahang = RM16,680
  • Kadar nisab di Johor = RM16,690
  • Kadar nisab di Melaka = RM14,020
  • Kadar nisab di Terengganu = RM13,972
  • Kadar nisab di Kelantan = RM13,950
  • Kadar nisab di Perlis = RM13,875

Ini adalah kadar nisab setiap negeri dan kalau anda lihat betul-betul, setiap negeri mempunyai kadar yang berbeza-beza. Jika anda mempunyai simpanan sebanyak RM15k sudah dibolehkan untuk membayar zakat simpanan. Tetapi kalau anda nak ikut nilai setiap negeri tu, boleh rujuk kadar nisab di atas.

Cara Kiraan z@kat Pendapatan

Kiraan tak susah, contoh anda mempunyai simpanan sebanyak RM30,000. Adakah simpanan anda melebihi kadar nisab? Ya. Jadi

RM30,000 x 2.5% = RM750 sahaja untuk tahun tersebut.

SImple sahaja kan. 

Contoh lain kalau simpanan anda RM10,000. Adakah kurang ataupun memebihi kadar nisab? Ianya kurang bukan, jika kurang anda tidak perlu membayar zakat simpanan. Ianya memang semudah itu.

Tempat Simpan Duit Terbaik – Tabung Haji

Kalau nak simpan duit kami rekemen untuk anda kumpulkan simpanan anda di Tabung Haji. Kenapa TH? Sebab simpanan yang disimpan di dalam Tabung Haji tidak perlu untuk anda bayar zakat simpanan kerana pihak Tabung Haji yang membayar zakat simpanan tersebut. Sebab lain, boleh “lepas tangan” dalam bab zakat simpanan dan fokus perkara lain dalam kehidupan seperti pembayaran zakat pendapatan dan lain-lain. Bukan apa, kerana anda takut terlupa kerana tak bayar zakat pada tahun tersebut.

Anda juga boleh rujuk kenyataan majlis fatwa kebangsaan berkenaan dengan isu zakat di Tabung Haji ini;

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-17 yang bersidang pada 3 May 1979 telah membincangkan Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji. Persidangan telah memutuskan bahawa:

  1. Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari harta yang diperniagakan serta segala keuntungan daripadanya.
  2. Setelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi pihak penyimpan-penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di antara penyimpan dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji menurut peratus yang ditentukan.
  3. Lembaga Urusan dan Tabung Haji sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta yang didapatinya dari (ii) di atas.
  4. Zakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan-penyimpan di negeri masing-masing.

Sumber artikel

Simpanan di ASB Masih Perlu Bayar Zakat

Berbeza dengan ASB, anda masih perlu untuk keluarkan zakat daripada keuntungan. Disebabkan oleh itu, simpanan di TH adalah lebih mudah.

Niat Untuk Ada Simpanan Cukup dan Bayar Zakat

Banyak pilihan yang anda ada, dan kalau anda ada simpanan sendiri yang lebih dari hisab dan tidak disimpan di dalam Tabung Haji, adalah diwajibkan untuk membayar zakat. Cara pengiraan memang mudah boleh rujuk artikel di atas. 

Leave a Reply

Pin It on Pinterest