5 Cara Kurangkan Bayaran Bulanan Kereta 2020

Macam mana cara kurangkan bayaran bulanan kereta? Pada artikel kali ini, kami akan berikan sedikit tips untuk anda membuat pengurangan bayaran bulanan kereta. Akhir sekali tentunya, dapat terus habiskan bayaran bulanan tersebut dengan efektif dan berkesan. Macam mana cara dan langkah tersebut, boleh ikuti dalam artikel ini.

Sekarang ini, kereta memang satu keperluan terutama kalau nak ke tempat kerja, balik kampung dan lain-lain. Kalau tak ada kereta, akan menyebabkan banyak masalah tergendala nanti. Justeru, nak ataupun tak, kenalah ada kereta bagi membolehkan seseorang itu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi, tak semua orang mampu untuk beli kereta secara “cash” dan kebanyakan, terpaksa berhutang dengan pihak bank juga syarikat pemberi pinjaman.

Kalau terpaksa buat pinjaman, apakah cara terbaik untuk kurangkan pinjaman itu sedikit demi sedikit. Pada artikel kali ini, kami akan tunjukkan beberapa tips dan langkah untuk kurangkan jumlah pinjaman tersebut.

cara kurangkan bayaran bulanan kereta

Bayar Lebih Setiap Bulan

Bayar lebih setiap bulan memang antara cara kurangkan bayaran bulanan kereta. Sebagai contoh bayaran kereta anda adalah Rm500 sebulan, tetapi anda bayar lebih iaitu sebanyak Rm600 sebulan. Jumlah yang terkumpul ini anda boleh telefon pihak bank untuk buat penyelesaian di hujung nanti.

Mahu ataupun tidak, bayar lebih setiap bulan memang membantu untuk buat pengelesaian awal hutang kereta. Boleh gunakan tips untuk kalau anda nak kurangkan bayaran bulanan kereta.

Gunakan Dividen ASB Untuk Bayar Hutang Kereta

Anda yang datang ke artikel ini mesti pernah dengar pasal ASB kan. ASB merupakan satu tempat untuk anda membuat simpanan dan pelaburan dan yang menarik, ianya menjanjikan pulangan dividen yang agak konsisten setiap tahun. Caranya adalah anda allocate satu jumlah dan dividen daripada simpanan anda itu, anda gunakan untuk bayar hutang kereta. Teknik ataupun cara ini memang membolehkan anda membuat pembayaran hutang kereta dengan lebih cepat.

Jangan lupa anda pun boleh rujuk beberapa artikel kami berkaitan dengan ASB. Boleh baca dulu beberapa artikel ini bagi membolehkan anda untuk membuat keputusan pelaburan yang betul.

Tambah Pendapatan Dan Income

Sentiasa berusaha untuk tambah pendapatan anda bagi membolehkan anda untuk menyelesaikan hutang anda dengan mudah dan cepat. Antara hutang lain yang anda boleh selesaikan dengan cepat selain daripada hutang kereta adalah hutang kad kredit, hutang PTPTN dan juga hutang rumah.

Kalau nak tambah pendapatan, ini adalah antara beberapa idea untuk tambah income. Daripada pendapatan sampingan ini, anda boleh gunakan untuk menyelesaikan hutang kereta anda. Berikut adalah antara beberapa idea terbaik untuk tambah pendapatan terutama selepas pasca Covid-19 dan PKP ini.

Jadi Seller di Shopee

Kalau nak tambah income, saya rekemen untuk anda menjadi seorang seller di Shopee. Ramai yang telahpun menjual dan konsisten membuat jualan sebanyak 4 angka sebulan di Shopee. Bagi saya, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan. Tambahan pula, tips dan cara untuk menjadi seorang seller di Shopee ini sudah kami tunjukkan dalam artikel di bawah ini;

Boleh baca artikel kami di atas untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan dengan cara untuk menjadi seorang seller di Shopee.

Jual Tudung Online

Cara lain untuk tambah income dan pendapatan setiap bulan adalah dengan menjual tudung secara online. Jual tudung pun anda boleh tambah pendapatan secara konsisten setiap bulan. Kalau nak jual tudung, kami rekemen anda pilih niche tertentu seperti niche tudung kanak-kanak, tudung tak perlu gosok dan lain-lain. Mana tahu anda boleh menjadi seperti pemilik jenama Sabella tidak lama lagi.

Baca dulu beberapa informasi berkaitan dengan perniagaan tudung ini di dalam blog kami di bawah ini;

Idea Ternak Kambing Terbaik

Tak semua orang suka perniagaan online. Ada juga yang lebih berminat untuk mendapatkan ataupun menjalankan perniagaan business kambing. Apapun, ianya adalah antara idea perniagaan yang anda boleh gunakan untuk kurangkan bayaran bulanan kereta. Kalau ada rezeki lebih, tak salah untuk gunakan pendapatan yang ada, untuk “upgrade” dan tukar kepada kereta yang baru. 

Ya betul tak mustahil, apapun, info lanjut berkenaan dengan tips perniagaan dan business kambing ini ada di;

Idea Business Online Lain Untuk Anda

Ada banyak sebenarnya idea untuk tambah income secara onlie ni yang tak sempat untuk saya sertakan di sini. Antara yang tak sempat untuk saya sertakan di sini adalah blog, youtube dan lain-lain. Anda boleh baca sendiri idea untuk tambah income secara online di bawah ini;

Jimat Perbelanjaan Harian Untuk Kurangkan Hutang Kereta

Jangan lupa untuk potong perbelanjaan yang tak perlu. Daripada perbelanjaan yang tak perlu ini, memang membolehkan anda untuk mempunyai lebihan duit setiap bulan dan boleh gunakan untuk membayar hutang. Kami juga ada kongsikan beberapa informasi berkaitan dengan tips dan cara untuk berjimat cermat di dalam beberapa artikel di bawah;

Harapnya, daripada artikel ini membolehkan anda untuk jimat belanja dan tambah perbelanjaa anda setiap bulan.

Dapat Bonus? Sentiasa Fikir Nak Kurangkan Hutang

Biasanya memang anda akan dapat bonus setiap tahun. Paling kurang pun sebulan gaji. Tak mustahil ada juga yang dapat lebih daripada sebulan gaji. Duit daripada bonus tu memang anda sudah ada rancangan yang tersendiri. Tapi, saya juga rekemen anda untuk gunakan sebahagian daripada bonus tersebut untuk membuat bayaran hutang-hutang seperti hutang kereta ini.

Takla sampai semua, separah ataupun 1 /3 daripada jumlah bonus tersebut boleh digunakan untuk membayar hutang kereta anda.

Ini adalah antara beberapa cara kurangkan bayaran bulanan kereta yang efektif yang anda boleh gunakan dari masa ke semasa. 

Akhir kata, jangan lupa untuk subscribe Telegram Channel kami di atas ini dan dapatkan percuma 16 tips pelaburan di Malaysia. 

Leave a Reply

Pin It on Pinterest