10 Cara Memulakan Perniagaan Online 2020

Banyak perkara yang berlaku dan ramai yang cuba mencari cara memulakan perniagaan online sekarang ini. Perniagaan online ini mudah sahaja, asalkan ada internet, perniagaan dapat dijalankan dengan mudah dan cepat. Dianggarkan, akan lebih ramai lagi yang akan menceburi perniagaan secara online ini melalui banyak medium dan cara.

Apapun, pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips penting dan juga idea untuk memulakan perniagaan secara online. Ianya tidakpun susah dan apa yang anda perlukan adalah sedikit modal perniagaan dan juga yang paling penting sekali, jangan kedekut untuk tambah ilmu perniagaan anda. Dengan ilmu dan teknik yang betul sahaja dapat membolehkan perniagaan anda berkembang dan terus maju. 

Mana tahu, apa yang anda usahakan ini bakal menjadi pendapatan utama anda. Apapun, ini antara beberapa tips penting untuk anda mulakan perniagaan online anda sekarang juga.

cara memulakan perniagaan online
Reckitt-Benckiser shoot for Ryder. (Davis Turner photos)

Sediakan Modal Mencukupi – Rm500 

RM500 adalah antara modal paling minima untuk memulakan perniagaan online. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ilmu dan pelaburan barangan. Kali ini kami akan kongsikan beberapa idea penting perniagaan secara online ini dan bagaimana untuk bermula. Harap anda boleh amalkan tips yang bakal kami berikan ini.

Penjual di Lazada dan Shopee

Mulakan perniagaan online anda dengan menjadi seorang penjual di Lazada ataupun Shopee. Kami rekemen shopee kerana lebih mudah. Kalau lazada, anda perlu untuk mempunyai akaun syarikat yang berdaftar, tetapi kalau di Shopee, tiada akaun syarikat yang berdaftar pun tiada, masalah, boleh terus menjual pelbagai barangan di sana. Jadi, timbul persoalan, boleh jual barangan di Shopee, tapi nak jual apa?

Nak jual apa merupakan satu persoalan yang penting untuk anda jawab, lebih baik anda cari jawapan sendiri nak jual apa di Shopee. Lebih mudah untuk anda membina jaringan perniagaan anda nanti. Kalau anda masih keliru nak jual apa, boleh baca perkongsian kami berkenaan dengan tips dan cara menjual di Shopee INI. InsyaAllah ianya akan sedikit sebanyak membantu anda untuk bermula dan seterusnya membina empayer perniagaan anda sendiri.

Siapa cakap tak boleh kaya dengan menjadi penjual di Lazada dan shopee. Semuanya boleh. Jangan lupa baca post INI sebagai info tambahan.

Dropship Mudah – Perniagaan Yang Tak Perlu Kos Yang Tinggi

Pernah dengar pasal dropship, ianya adalah salah satu konsep perniagaan mudah yang tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi untuk bermula. RM500 adalah antara modal awal untuk memulakan konsep perniagaan seperti ini. Kalau pertama kali dengar berkenaan dengan dropship ini, kami rekemen anda baca dulu 2 artikel ini untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan konsep perniagaan seperti ini.

Ini adalah antara ilmu penting berkenaan dengan dropship dan cara untuk menjadi agen produk ini. Dalam artikel di atas, kami ada senaraikan banyak cara untuk anda menjual pelbagai barangan secara dropship. Kalau nak gunakan cara ini, yang paling penting sekali adalah, teknik marketing kena power. Lagi hebat teknik marketing anda, lagi cepat perniagaan jenis ini berkembang. 

Business Tudung – Perniagaan Online Terkini

Minat berniaga tudung, pun boleh lakukan secara online dahulu. Kalau nak sewa kedai, paling kurang kena bayar sewa RM1k sebulan. Tu belum campur dengan maintenance seperti bil air dan elektrik, juga staff yang kena jaga kedai dan lain-lain. Nak jalankan perniagaan jenis tanpa tanpa keluar modal yang terlalu besar, boleh cuba lakukan secara online dahulu. 

Dah konsisten dapat income secara online ni, bolehlah cuba dengan modal besar sikit untuk bina jenama sendiri. Asalkan konsep yang anda cuba ketengahkan tu unik, insyaAllah akan ada pembeli yang bakal datang dan membeli tudung yang anda jual. Info lanjut berkenaan dengan cara untuk memulakan perniagaan tudung ini boleh dapatkan info lanjut di bawah.

Yang penting, cuba untuk konsisten dalam perniagaan yang anda pilih untuk keuntungan berterusan.

Buat Blog – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Buat blog pun antara sumber pendapatan yang pasif yang anda boleh lakukan bagi mendapat keuntungan secara konsisten setiap bulan. Ianya mengambil masa sedikit sebelum blog anda dikenali tetapi memang menjanjikan pulangan yang lumayan dan pasif setiap bulan. 

Kalau diluar negara, ada blogger yang menjana sehingga USD 10k sebulan, tetapi tak semua yang mempunyai income sebegitu. Blogger di Malaysia pun tidak kurang hebatnya, cuma ramai yang tak menzahirkan pendapatan mereka atas faktor-faktor tertentu. 

Nak bermula menjadi seorang blogger, kami rekemen anda bermula dengan membaca 2 artikel ini bagi membantu anda untuk mendapatkan info tambahan dan memulakan perniagaan online anda. 

Kalau menjadi seorang blogger ni kena dengan jiwa anda, boleh teruskan dan mulakan sekarang. Harap 2 artikel di atas akan sangat membantu.

Menjadi Seorang Youtuber

Upload video pun boleh jadi satu cara memulakan perniagaan secara online sekarang ini. Video yang macam mana? Video yang boleh membuatkan ramai mendapat tontonan. Boleh jadi tutorial, boleh juga jadi video berkaitan dengan nyanyian, permainan muzik dan banyak lagi. Jangan terkejut kalau ada youtuber yang menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan hasil daripada video yang mereka upload di channel milik mereka. 

Kalau nak upload video ini, kena konsisten upload. Kalau boleh sehari sekali video berkaitan dengan pelbagai topik. Kalau anda lakukan secara konsisten, makin ramai yang akan menonton video anda dan pastinya ianya akan menghasilkan pendapatan secara pasif setiap bulan. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk menghasilkan video berkualiti dan mendapat banyak tontonan, boleh tengok artikel saya di SINI.

Buat Duit Online Terkini Lebih Mudah

Pada perenggan ini kami ingin berikan beberapa idea untuk buat duit secara online. Ianya adalah cara menggunakan internet dalam membuat duit. Boleh baca artikel yang kami maksudkan di SINI. Berbeza dengan artikel ini, kami cuba berikan beberapa tips penting untuk membina empayer perniagaan anda. 

Buat duit dan membina empayer perniagaan adalah 2 cara yang berbeza. Tetapi ianya haruslah bermula dengan langkah pertama iaitu untuk membina perniagaan anda dari awal lagi. Macam mana, dalam artikel ini ada beberapa tips penting yang boleh membantu anda untuk sukses dalam apa juga yang anda lakukan.

Perniagaan Berasaskan Perkahwinan – Pun Boleh Laku

Perniagaan berasaskan perkahwinan pun adalah antara perniagaan yang memang mendapat sambutan hangat tanpa mengira waktu dan masa. Antara idea yang dapat kami ketengahkan adalah, penyediaan doorgift, hiasan perkahwinan, andaman, solekan dan sebagainya.

Ianya merupakan satu perniagaan secara servis yang anda tawarkan kepada pelanggan anda. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca beberapa artikel kami berkaitan dengan perkahwinan.

Berdagang Pun Merupakan Business – Ni 3 Cara

Berdagang yang kami maksudkan pada artikel ini adalah yang berkaitan dengan teknikal analisis. Apa itu, ianya adalah seperti pelaburan saham dan yang paling penting sekali adalah, ianya merupakan satu perniagaan yang anda boleh uruskan secara online. Kebanyakan mereka yang sukses menganggap, trading yang mereka lakukan bukanlah secara part time, tapi merupakan perniagaan.

Setiap lost dan profit dicatat bagi membina habit yang baik dalam trading. Untuk itu, ada beberapa pilihan yang anda ada untuk trade dan berikut adalah antara pilihan terbaik;

Tidak Terhad Kepada Idea Ini – Boleh Terus Bermula

Dapatkan idea daripada artikel yang kami tulis ini dan boleh bermula dari situ sebagai salah satu cara memulakan perniagaan online anda sekarang. Harap artikel ini memberikan sedikit pendedahan dan input baru kepada anda untuk sukses dalam bidang ini.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest