Cara Pos Barang Guna Poslaju – 2022

Macam mana cara Pos barang guna Poslaju? Sekarang ini banyak perkhidmatan boleh dilakukan secara dalam talian dan banyak syarikat penghantaran barang yang muncul. Antara syarikat yang popular dan telah lama bertapak di Malaysia adalah syarikat penghantaran barang Poslaju.

Semasa Covid dan PKP sebelum ini, syarikat penghantaran barang dan penjualan barang secara online adalah antara syarikat yang mendapat keuntungan yang lumayan kerana faktor PKP yang mengehadkan perjalanan. Ramai yang beralih kepada syarikat penjualan dalam talian seperti Lazada dan Shopee menyebabkan syarikat penghantaran barang pun mendapat keuntungan yang sangat lumayan.

Juga step by step macam mana anda boleh berjimat jika anda nak hantar barang dengan Poslaju. Apapun, macam mana cara untuk anda menghantar barang dengan Poslaju, boleh ikut step by step seperti berikut.

cara pos barang guna poslaju

Guna Poslaju E Consigment Note

Sekarang ini dah tak perlu nak isi borang seperti dahulu, guna je E-Con note ini kerana ianya jauh lebih cepat dan memudahkan. Boleh tengok step by step seperti yang kami nak tunjuk di bawah ini.

  • Boleh download Pos laju app ataupun terus ke LINK di SINI – https://send.pos.com.my/home/e-connote?lg=en
  • Pilih cawangan Poslaju yang sudah menggunakan sistem ini. Pilih yang kalau boleh berdekatan dengan rumah anda.
  • Isikan maklumat pengirim dan penerima seperti dalam borang tersebut.
  • Jangan lupa isikan parcel info dan maklumat berkaitan dengan parcel tersebut.
  • Jangan lupa untuk anda timbang dahulu parcel anda, kerana ianya akan memudahkan urusan dikemudian hari.
  • Dah timbang, klik sahaja butang Ganerate untuk anda cipta QR Code sendiri.
  • Save sahaja QR Code itu ke Save to my parcel dan pendaftaran selesai.
  • Pergi ke cawangan Poslaju terdekat dan cari mesen berwarna hitam untuk anda print QR Code ataupun kalau anda gunakan Applikasi, scan sahaja pada mesen berwarna hitam.
  • Selesai print, anda boleh bayar sahaja seperti biasa, memang memudahkan.

Untuk step by step lebih jelas, boleh juga tengok secara detail dalam video di bawah ini.

Cara Pos Barang Dengan Poslaju

Salah satu cara untuk anda pos barang dengan Poslaju adalah kenalpasti kaunter serahan yang terdekat dengan anda. Caranya mudah sahaja, anda boleh ikuti step by step seperti di bawah ini.

Semak Dahulu Harga Postage Poslaju Mengikut Berat

  • Layari pautan: https://sendparcel.poslaju.com.my/open/home
  • Masukkan maklumat berikut: Negara dan negeri
  • Weight – masukkan anggararan berat barangan
  • Kemudian tekan “Qoute”
  • Selesai, paparan harga postage barangan akan dipaparkan.

Cara Jimat Pos Dengan Poslaju

Berat memainkan peranan yang penting dalam penghantaran pos. Adalah lebih baik untuk anda memanfaatkan barangan yang digunakan untuk menjimatkan kos penghantaran barang

Walaupun anda perlu untuk kurangkan berat, jangan lupa faktor keselamatan barangan anda adalah antara faktor yang penting dan perlu untuk diambil perhatian. Kami boleh rekemen beberapa barangan seperti di bawah.

  • Kotak – boleh dapatkan secara mudah di SINI
  • Plastik wrap, lebih mudah untuk anda beli
  • Beg Plastik dan lain-lain.

Boleh Ke Guna Borang Seperti Biasa?

Kalau tak sempat nak gunakan app ataupun consigment note ini, boleh sahaja anda gunakan borang seperti biasa. Cuma kalau gunakan borang ini, proses akan jadi lebih lambat sikit kerana biasanya akan ada banyak urusan di pejabat Pos. Bukan setakat penghantaran barang sahaja, urusan lain seperti bayar bil, renew lesen dan lain-lain memang boleh dilakukan di Pejabat Pos.

Untuk memudahkan urusan, menggunakan app ataupun E-Consigment note ini akan banyak membantu dan mempercepatkan urusan dikemudian hari.

Alternatif Lain Selain Daripada Poslaju

Memang sudah ada banyak pilihan courier servis yang ada di Malaysia pada masa ini. Tidak terhad kepada Poslaju sahaja. Antara alternatif dan pilihan lain yang anda ada adalah J&T.

J&T ini bukanlah syarikat yang terlalu lama di Malaysia akan tetapi mempunyai banyak cawangan di seleruh Malaysia. Memang cawangan J&T sekarang ini agak banyak dan melebihi cawangan Poslaju.

Boleh tengok step by step hantar dokumen dengan J&T DI SINI.

Bukan sahaja faktor harga dan cawangan J&T yang agak banyak, antara sebab lain J&T adalah pilihan yang baik selain daripada Pos adalah J&T tidak terlalu sesak dengan pengguna. Walaupun anda sekadar Walk In pun tiada masalah. Akan tetapi jika anda adalah penjual online dan kerap menghantar barang, lebih baik memanfaatkan aplikasi J&T dan juga applikasi Pos untuk memudahkan urusan.

Nak Pos Jadi Lebih Mudah

Nak hantar barang memang akan jadi jauh lebih mudah pada masa akan datang. Untuk harga pos kemungkinan agak sukar untuk turun harga kerana faktor kenaikan harga barang. Apapun, lakukan secara efisyen memang akan membantu anda dikemudian hari nanti.

Harapnya, lebih mudah untuk cara pos barang guna Poslaju lepas ni. Takpelu nak isi borang dan boleh terus ke cawangan Pos yang terdekat untuk hantar dokumen anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest