6 Cara Selesaikan Hutang Yang Banyak 2020

Macam mana tips dan cara selesaikan hutang yang banyak. Pada artikel kali ini, kami akan mengupas beberapa strategi untuk anda selesaikan hutang anda sedikit demi sedikit. Jika kita lihat pada masa kini, ramai antara kita yang sudah di isytiharkan sebagai muflis kerana terlalu banyak berhutang. Malah, apa yang lebih mengejutkan ialah ramai antara mereka pada masa kini masih lagi mengagung bebanan hutang walaupun mereka bergaji besar. 

Salah satu sebab kenapa ramai antara mereka sanggup berhutang sehingga keliling pinggang adalah kerana sikap mereka yang gemar mengamalkan gaya hidup yang mewah dan gemar bergaya dengan barangan yang mahal walaupun ia di luar dari kemampuan mereka.

Pada kali ini, kami akan kupas satu persatu tips berkesan untuk kurangkan dan buang hutang anda. Macam mana? Boleh amalkan tips dan cara yang bakal kami kongsikan ini.

cara selesaikan hutang yang banyak

Bagaimana Cara Untuk Selesaikan Hutang Yang Banyak?

Hutang yang terlampau banyak bukan sahaja akan membuatkan kita menjadi muflis tetapi juga boleh menyebabkan kehidupan kita menjadi porak-peranda terutama sekali mereka yang sudah berkahwin. Ramai pasangan yang sudah berkahwin menjadi bercerai-berai kerana salah seorang dari mereka menanggung hutang yang terlampau banyak. 

Sudah pastinya, anda mahu mengelakkan dari perkara sebegini berlaku. Justeru itu, sudah pastinya anda mahu menyelesaikan hutang anda yang banyak. Jom saya kongsikan cara untuk anda selesaikan hutang yang banyak. Antara caranya ialah:

Senaraikan Dahulu Segala Hutang Piutang Anda

Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan dengan senaraikan terlebih dahulu hutang piutang yang anda ada. Dengan cara ini ia memudahkan untuk anda tahu hutang yang anda ada dan dalam pada masa yang sama anda dapat tahu yang mana satu hutang yang penting dan hutang yang tidak perlu. Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan anda untuk merancang bagaimana cara yang terbaik untuk anda membayar hutang-hutang tersebut.

Daripada sekecil kecil hutang kepada sebesar besar hutang, cuba senaraikan satu persatu. Kalau anda boleh dapatkan laporan CCRIS lagi bagus kerana semua hutang yang ada kaitan dengan bank, anda boleh dapatkan dari situ. Cuma kalau ada hutang dengan adik beradik atau sedara mara, memang tidak akan keluar dalam CCRIS report. Tapi sebelum tu, nak tahu apa CCRIS report, boleh tengok di SINI.

Dah nampak hutang apa yang anda ada, mudahlah nak merancang kewangan anda nanti. Lakukan ini dahulu untuk lihat kekuatan kewangan anda.

Senaraikan Aset Yang Anda Ada

Dalam anda berhutang pasti anda ada membuat hutang baik iaitu hutang yang berbentuk aset. Jadi, apa kata anda senaraikan juga jenis aset yang anda ada antaranya rumah, kereta dan sebagainya. Selepas itu, jika anda mempunyai aset yang berlebihan, apa kata anda jual atau sewakanya kepada orang lain. Jadi, dengan duit hasil jualan atau sewaan aset tersebut bolehlah anda gunakan untuk membayar hutang anda. Jadi, ia dapat mengurangkan sedikit jumlah anda berhutan

Tambah Pendapatan

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan bebanan hutang anda adalah dengan menambah pendapatan anda. Ada bermacam cara yang boleh anda gunakan untuk menambah pendapatan anda. Antaranya ialah:

Dengan hasil pendapatan yang anda dapat dari melakukan kerja part time sebegini anda dapat menggunakanya untuk membayar segala hutang anda sedikit demi sedikit sehingga hutang tersebut habis di bayar. Jadi, ia tidak membebankan anda dan dalam pada masa yang sama anda dapat keluar dari bebanan hutang.

Salah satu idea untuk tambah pendapatan lain adalah dengan menjadi seorang penjual di Shopee, boleh tengok idea menjadi penjual di Shopee ini.

Jangan Guna Kad Kredit

Saya percaya ramai antara anda yang menanggung hutang keliling pinggang, salah satu sebabnya adalah kerana hutang kad kredit. Hutang kad kredit inilah yang menjadi salah satu punca yang mengakibatkan ramai antara kita menjadi muflis. Jadi, jika anda hendak menyelesaikan hutang anda adalah dengan berhentikan penggunaan kad kredit

Sebaliknya, gunakan wang tunai untuk perbelanjaan harian anda. Lagipun sekarang ini sudah ada banyak pilihan seperti Touch N Go E Wallet, Kad debit bagi menggantikan kad kredit. Boleh gunakan semua kemudahan ini sebaiknya.

Anda juga boleh membaca beberapa artikel kami berkenaan dengan kad kredit di bawah ini;

Utamakan Pembayaran Hutang Yang Penting Dahulu

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan untuk membayar hutang anda yang banyak ialah dengan mengutamakan pembayaran hutang yang penting dan hutang-hutang yang kecil dahulu. Mungkin pada permulaan ia satu perkara yang sukar tetapi lama kelamaan hutang anda akan mula berkurangan dan anda dapat menghabiskan hutang anda. 

Apa yang penting ialah anda berusaha untuk membayar hutang tersebut walaupun ia bermula dengan hutang yang kecil dan anda membayarnya secara sedikit demi sedikit.

Anda lihat semula laporan CCRIS anda, dan cuba tengok hutang mana yang bakal habis dahulu. Sebagai contoh jika hutang kereta anda tinggal Rm5k, cuba dahulukan pembaran hutang kereta dahulu berbanding dengan hutang-hutang yang lain. Lakukan perkara ini sehingga anda berjaya menyelesaikan semua jenis hutang anda.

Elakkan Dari Membuat Hutang Yang Terlalu Banyak

Kesimpulanya, dalam kehidupan masa kini sebolehnya elakkan dari kita berhutang dengan terlampau banyak. Ini kerana, jika kita berhutang dengan terlampau banyak ia akan menyebabkan diri kita terperangkap dengan bebanan hutang yang sekali gus akan membuatkan kita menjadi muflis dan seterusnya akan menyebabkan hutang kita menjadi lintang pukang kerana hutang.

Harapnya artikel cara selesaikan hutang yang banyak ini memberikan sedikit tips dan info untuk anda selesaikan hutang. Mulakan dari sekarang dan azam untuk kurangkan hutang anda sedikit demi sedikit.

Akhir kata, mohon untuk anda follow channel Telegram kami di atas dan dapatkan ebook percuma jenis pelaburan di Malaysia. Follow jangan tak follow ye.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest