10 Cara Tambah Pendapatan Suri Rumah 2020

Kali ini kami nak berikan sedikit info berkenaan dengan cara tambah pendapatan suri rumah. Harap dengan artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu ramai orang bagi mendapatkan pandapatan tambahan dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini. Apapun, ini adalah antara beberapa idea penting untuk anda boleh terus bermula dalam menjana pendapatan

Sekarang ini pun para suri rumah tangga perlu untuk membantu suami dalam menjana pendapatan sampingan. Jika anda merupakan seorang suri rumah, berikut adalah antara beberapa tips penting yang kami boleh kongsikan untuk anda terus bermula dari sekarang. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang tak berapa OK, anda masih boleh terus menjana pendapatan secara sampingan dan mana tahu boleh dijadikan pendapatan utama suatu hari nanti.

cara tambah pendapatan suri rumah

Side Income untuk suri rumah

Anda mungkin mempunyai tanggungjawab untuk menjaga anak dirumah juga atas pelbagai urusan lain. Macam mana kalau nak jalankan tanggungjawab di rumah dan pada masa yang sama, ada pendapatan sendiri dan tidak bergantung kepada suami. 

Jadi, kami rungkaikan beberapa idea untuk tambah pendapatan kepada anda agar lebih mudah untuk anda bermula. Kesemua idea yang kami rekemen ini memerlukan modal awal sekurang-kurangnya Rm1000. Ada banyak cara untuk dapatkan modal seperti itu, apapun, boleh tengok perkongsian kami di artikel di bawah.

Cara Buat Duit Dengan Blog

Kami mulakan dengan cara untuk tambah pendapatan dengan menggunakan medium blog. Blog memang salah satu cara untuk tambah pendapatan sama ada secara part time ataupun full time. Ianya merupakan antara satu konsep yang sangat pasif. Artikel yang anda tulis pada hari ini tidak mustahil akan terus dibaca 2 ke 3 tahun akan datang. 

Lagi banyak pengunjung yang datang untuk baca artikel anda, lagi banyak peluang anda untuk meningkatkan pendapatan anda. Saya sendiri mensasarkan untuk mempunyai pengunjung sehingga 10,000 sehari pengunjung untuk blog ini. Ianya tidak lain untuk membantu mereka 

Untuk bermula dengan blog, kami rekemen untuk anda baca 2 artikel ini bagi mendapatkan info terkini bertujuan untuk anda bermula dengan blog.

Youtube – Tambah Pendapatan Secara Konsisten

Tiba masa untuk tambah pendapatan secara konsisten dengan menggunakan medium video. Dengan video pun anda boleh tambah pendapatan sama ada secara part time ataupun full time. Anda upload video secara konsisten setiap hari ataupun setiap minggu. Semakin ramai mereka yang tengok video anda, semakin tinggi pendapatan anda daripada video-video tersebut.

Ianya boleh dilakukan secara part time dan full time. Nak buat video berkenaan dengan apa? Anda boleh mulakan dengan perkara yang anda minati seperti video berkenaan dengan travel, berkenaan dengan kewangan dan lain-lain. Upload kesemua video tersebut secara konsisten insyaAllah akan dapat pulangan secara konsisten.

Berikut adalah antara beberapa video yang saya perlu kongsikan kepada anda sebagai salah satu panduan untuk bermula.

Shopee – Tambah Income Secara Online

Salah satu cara untuk tambah pendapatan bagi suri rumah yang berada di rumah adalah dengan menggunakan medium Shopee ataupun Lazada. Selain menjadi pembeli tegar di laman tersebut, anda juga boleh menjadi seorang penjual di sana dan mendapat pendapatan sampingan dari sana. 

Macam mana nak tambah pendapatan menggunakan medium Shopee, berikut adalah antara tips yang kami rekemen untuk anda ambil tahu bagi menambah ataupun memberikan anda idea menarik cara tambah pendapatan. Shopee merupakan antara medium untuk tambah pendapatan pada masa kini dan berikut adalah antara tips yang boleh kami berikan kepada anda untuk menambah income dengan menjadi penjual di Shopee. Untuk info lanjut boleh baca artikel di SINI.

Ataupun anda boleh tengok video di bawah ini di mana saya berikan pilihan idea untuk berniaga dengan Shopee.

Dropship – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Dropship adalah antara konsep perniagaan yang tidak memerlukan modal yang terlalu besar berbanding dengan idea lain. Saya rekemen untuk anda bermula dengan RM500 untuk menyediakan model dropship ini. Macam mana nak bermula dengan dropship dan seterusnya menjadi agen kepada dropship ini, boleh dapatkan info lanjut di dalam artikel ini ya.

Untuk info lanjut berkenaan dengan tips berniaga dengan menggunakan model dropship pula, anda boleh tengok video secara detail di bawah.

Business Tudung Pun Boleh Jana 5 Angka

Perniagaan berkaitan dengan tudung pun membolehkan anda untuk menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan. Anda juga boleh menggunakan konsep dropship dalam perniagaan tudung ini cuma kalau anda ada modal yang lebih besar, boleh cuba bina jenama sendiri untuk perniagaan tudung anda. 

Macam mana nak bermula dengan perniagaan tudung ini? Boleh ikuti langkah demi langkah untuk membina perniagaan tudung ini dalam artikel INI.

Jadi Agen Hartanah Pun Boleh

Suri rumah boleh menjadi agen hartanah secara parti time dan kemudian boleh dilakukan secara full time. Ada anak-anak pun tidak mengapa kerana boleh dilakukan secara serentak. Masa untuk jumpa tuan rumah ataupun masa untuk jumpa client boleh diatur bagi memudahkan kedua-dua pihak. 

Yang penting adalah, lebih banyak masa di rumah bagi membolehkan anda untuk merancang bersama keluarga dan kerjaya anda. 

Untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan tips dan cara untuk menjadi agen hartanah, boleh rujuk artikel kami di SINI.

Isi Data Dalam Website

Antara idea untuk tambah pendapatan adalah dengan isi data dalam website ataupun melakukan survey di rumah. Untuk info lanjut boleh dapatkan beberapa tips di bawah ini;

Bisnes Bakeri Dari Rumah

Salah satu perniagaan yang popular untuk suri rumah pada masa kini adalah yang berkaitan dengan bisnes bakeri. Apa tu? Ianya berkaitan dengan cara membuat roti ataupun kek di rumah sahaja. Kalau memang anda suka memasan dan gemar membuat biskut, kek dan roti, boleh pelajari perniagaan ini dengan lebih lanjut. 

Boleh ikuti perkongsian daripada NIk Roslin Nik Men ini tentang bagaimana beliau dapat menjada pendapatan sehingga 4 angka sebulan dengan hasil menjual roti dan bakeri sahaja. Boleh ikuti perkongsian beliau di SINI.

Trade FCPO Masa Gawat

Kebanyakan mereka yang mempelopori bidang ini adalah lelaki dan sebahagian wanita. Apa FCPO ini, ianya adalah pelaburan patuh syariah yang sama seperti saham dan berasaskan kepada pasaran hadapan kelapa sawit. Apa yang menarik adalah, anda boleh buat duit sama ada dalam keadaan pasaran sedang menurun ataupun sedang menaik. Berikut adalah antara beberapa artikel kami berkenaan dengan FCPO ini.

Apa yang penting untuk menjadi seorang trader yang sukses dalam FCPO ini adalah, teknik yang anda sedang gunakan untuk berdagang. Kami rekemen anda hadam dan fahami teknikal analisis sebelum memulakan cara untuk berdagang.

Kami rekemen anda baca juga 2 artikel di bawah ini iaitu berkaitan dengan Forex dan pelaburan saham.

Mula Jana Pendapatan Sekarang

Ini adalah antara beberapa tips penting bagi menambah pendapatan anda sebagai seorang suri rumah secara part time ataupun full time. Daripada semua idea ini, yang paling mudah adalah buat duit dengan blog dan juga dengan menggunakan medium youtube. Kedua-dua teknik ini tidak mengenakan kos yang tinggi berbanding dengan idea lain.

Apapun, boleh juga anda baca idea lain yang kami sarankan ini bagi membolehkan anda untuk mendapatkan idea bagi menambah pendapatan secepat mungkin. 

Yang penting, teruskan ambil tindakan dan terus bermula. Lakukan secara konsisten insyaAllah akan mendapat pulangan secara konsisten. Harapnya artikel cara tambah pendapatan suri rumah ini membantu anda.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest