5 Contoh Ayat Iklan Yang Menarik – Pukau Pelanggan

Kepada usahawan, apa contoh ayat iklan yang menarik? Pada artikel ini, kami berikan anda beberapa contoh ayat iklan menarik untuk anda gunakan dan sedikit asas dalam membina ayat iklan yang menarik. Juga, beberapa cara dan strategi untuk anda pasarkan produk anda di dalam media social.

Ayat iklan ataupun ayat jualan adalah antara perkara asas yang penting untuk membuat jualan. Juga, ianya tiada betul dan salah, yang penting adalah daripada ayat tersebut, anda dapat buat jualan. 

Jadi, macam mana nak buat ayat jualan yang memukau, pada kali ini, kami nak kongsikan beberapa strategi mudah yang anda boleh guna untuk setiap iklan yang anda nak guna. Sama ada anda nak guna untuk FB ads ataupun mungkin anda nak guna dan post dalam Facebook Groups, itu terpulang.

contoh ayat jualan yang menarik

Asas Sebelum Rangka Ayat Iklan Yang Menarik

Cuba draft dahulu ayat iklan anda, kalau saya biasa saya akan gunakan notepad. Tetapi terpulang kepada anda. Boleh sahaja gunakan smartphone anda sendiri untuk rangka ayat iklan yang menarik.

Kenali Apa Masalah (Problem)

Apa masalah yang ada pada masa ini dan produk anda ini boleh atasi? Ya, fokus kepada masalah dahulu. Antara masalah adalah, baju sering renyuk, kepala botak dan tak tumbuh rambut, dan bermacam lagi produk yang anda boleh offer. Dah tahu apa masalah yang timbul mudah untuk anda atasi.

Tawarkan Solusi Kepada Masalah

Tawarkan solusi kepada masalah tersebut. Contoh kalau baju renyuk ataupun malas nak gosok, boleh guna baju jenama Sabella. Nak air panas, tinggal tekan je, boleh guna untuk Cuckoo ataupun Coway dan lain-lain.

Selain daripada anda cuba tawarkan solusi ataupun penyelesaian masalah, anda pun boleh untuk ceritakan keunikan produk ataupun servis anda yang tiada pada produk lain. Dengan memasukkan ciri-ciri keunikan ini, ianya akan sedikit sebanyak membantu untuk anda merangka ayat jualan ataupun ayat iklan yang menarik. Sekaligus, melariskan produk yang anda nak jual.

Call To Action 

Apa tindakan lanjut kepada prospek yang berminat? Nak kena hubungi melalui link di whatsapp ke, nak kena isi borang di google drive ke ataupun apa sahaja. Ataupun anda perlu whatsapp dahulu untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan produk ataupun servis yang anda cuba tawarkan.

Inilah 3 elemen penting dalam ayat iklan yang menarik. Simple sahaja sebenarnya, tapi, kalau anda nak belajar dengan lebih detail berkenaan dengan strategi ayat iklan ini, boleh tengok dalam link di bawah ini.

Apapun, berikut adalah antara beberapa contoh ayat iklan yang anda boleh gunakan dalam produk ataupun jualan anda.

Beberapa Contoh Ayat Iklan Yang Menarik Untuk Anda

Berikut adalah antara beberapa contoh ayat copywriting terbaik untuk anda. Anda boleh pilih sendiri ataupun ubah ikut keadaan semasa perniagaan anda.

Contoh Ayat Iklan Tudung Kanak – Kanak

Terasa susah nak pakaikan tudung kanak-kanak? Asyik lari dan tak kemas je! Bolehlah cuba tudung jenama Salsabila ni, pakai terus kemas dan mudah je. Pun satu-satunya tudung yang terasa sejuk apabila di pakai. Kalau berminat, boleh saya PM kami ataupun klik je link di bawah ini. Tak rugi dan sangat puas hati.

Contoh Ayat Iklan Jual Makanan

Dah tiba bulan puasa ni, kadang-kadang sampai tak tahu nak makan apa. Nak masak pula, bila balik kerja ni dah penat nak masak, tinggal nak makan waktu berbuka puasa je nanti. Dah tak perlu pening pening dah, order je dengan kami di Hamidah Foods. Semua menu daripada menu western ke menu masakan kampung ada. Order je.

Kami hantar terus ke rumah anda. Tak perlu nak ke bazar ramadhan dah lepas ni, lagipun, nak elak daripada jangkitan covid. Order je kami hantar terus ke rumah. Boleh Whatsapp kami di nombor bawah,

Contoh Ayat Iklan Produk Kurus

Dah macam-macam produk diet yang anda cuba tapi nampak tiada perubahan. Jangan mengalah dan jangan putus asa, insyaAllah tak lama dah tu, anda boleh capai berat dan bentuk badan yang anda idamkan.

Ini produk terbaru kami, Supplement Kenyang Zuss, makan sepeket sekali dan insyaAllah kenyang berpanjangan. Cuma kena ingat, waktu malam dah boleh minum air manis apabila guna produk ini.

Testimoni semua anda boleh tengok dalam website kami. Nak dapatkan info lanjut, boleh ke website kami.

Contoh Ayat Iklan Cuckoo

Bila anak kecil nak susu, dah satu kerja nak kena panaskan air lagi. Nak tunggu air masak lagi. Kan senang kalau ada je air panas tersedia untuk diminum.

Memperkenalkan produk terbaru dari kami di Cuckoo, Air panas dan air sejuk tersedia dan yang lebih penting sekali, anda dah tak perlu masak air macam dulu-dulu. Guna je produk ini air insyaAllah bersih dan halal.

Berminat, boleh PM kami untuk dapatkan info lanjut ataupun whatsapp kami di nombor di bawah ini.

Contoh Ayat Iklan Jual Rumah

Anda nak jual rumah, tapi tak tahu nak letak harga berapa untuk rumah anda? Tinggi sangat nanti tak ada yang nak beli, rendah sangat pulak nanti rugi. Jadi macam mana tu?

Tak perlu buntu, kami sebagai perunding hartanah boleh membantu anda untuk tetapkan harga jualan rumah anda. Berpengalaman 10 tahun dalam bidang penjualan rumah dan mampu memberikan anda idea bernas dalam urusan pembelian dan penjualan rumah anda.

Nak dapatkan info lanjut, boleh PM kami di whatsapp.

Ini adalah antara beberapa idea untuk ayat iklan yang menarik yang anda boleh gunakan untuk perniagaan anda. Anda sentiasa boleh tukar-tukar ayat anda dan lihat mana satu yang paling sesuai untuk anda guna bagi melariskan perniagaan anda.

Strategi Pemasaran Paling Berkesan

Dah ada ayat iklan seterusnya adalah strategi dalam pemasaran. Macam mana anda nak pasarkan produk anda dan di mana cara yang paling sesuai untuk gunakan atau aplikasikan ilmu ayat jualan ini dalam perniagaan anda. Saya berikan 2 cara untuk memudahkan anda.

Pemasaran di Facebook

Biasanya di Facebook, ramai yang gunakan strategi Facebook Ads. Ataupun iklan berbayar di Facebook. Tetapi tahukah anda, ada strategi lain yang lebih murah yang anda boleh gunakan untuk pemasaran di Facebook. Strategi apa tu? Saya bagi hint sikit, ianya berkaitan dengan Facebook Group. 

Tak nak cerita banyak, saya dah cerita panjang lebar berkenaan dengan strategi tersebut di SINI. Tak perlu tekan link kalau tak nak tahu. Nak tengok macam mana strategi pemasaran di Facebook, boleh tengok dalam video di bawah ini.

Pemasaran di Whatsapp

Selain daripada medium Facebook, anda pun boleh gunakan medium Whatsapp. Ya betul, lagi hebat, strategi yang bakal saya tunjuk ini, membolehkan anda membina database yang besar. Saya sendiri pernah bina database 3000 nombor yang boleh di Whatsapp dalam masa sehari. Betul tak tipu dan kalau anda nak tahu strategi apa yang saya maksudkan itu, boleh cuba dapatkan lebih lanjut di SINI.

Terus Buat Jangan Tunggu Lagi 

Terus buat dan jangan tunggu lagi. Teruskan belajar dan kalau rasa info tak cukup, ada banyak cara untuk tingkatkan skill copywriting anda. 

Juga strategi pemasaran pun sama, anda boleh ringkaskan strategi pemasaran anda agak lebih berkesan dan mendatangkan hasil yang lebih baik. Apapun, sampai sini sahaja dan harap artikel contoh ayat iklan yang menarik ini memberikan anda idea bernas untuk perniagaan anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest