8 Tips Daftar Tabung Haji Online 2020

Kali ini kami nak berikan sedikit tips berkenaan dengan cara untuk daftar tabung haji online. Kalau nak simpan duit, memang kami galakkan untuk anda simpan dalam akaun Tabung Haji kerana ianya memberikan pulangan yang menarik dan mempunyai kelebihan tertentu yang tiada pada bank lain. 

Selai itu, dividen yang diberikan pula adalah antara yang tertinggi jika nak dibandingkan dengan bank-bank lain. Apapun, pada artikel kali ini, kami nak berikan beberapa manfaat dan cara untuk buka akaun tabung haji online. Kalau masih tak ada akaun TH ni pun, kami berikan beberapa tips penting untuk buka. Pastikan anda buka akaun dahulu dan kemudian barulah daftar secara online. Kalau tak buka akaun, memanglah tak dapat nak daftar secara online.

cara daftar Tabung Haji Online

Cara Daftar Tabung Haji

Kalau anda sudah ada akaun tabung haji boleh skip langkah ini. Untuk membuat pendaftaran akaun, berikut adalah langkah demi langkah yang anda perlu lakukan. 

Nak buka akaun Tabung Haji ini boleh dilakukan di mana-mana kaunter Tabung Haji berdekatan ataupun di rakan strategik TH. Sehingga artikel ini ditulis, rakan strategik TH ada 2 iaitu;

  • Bank Rakyat
  • Bank Islam

Anda boleh membuka akaun TH di kedua-dua bank di atas ini ye.

Syarat untuk pembukaan akaun pula adalah seperti berikut;

  • Beragama Islam
  • Rakyat Malaysia

Ini adalah langkah untuk membuka akaun, kalau dah buka tiada masalah untuk pergi ke langkah seterusnya.

Daftar Tabung Haji Online – Langkah Demi Langkah

Anda boleh daftar akaun TH ini secara onlie jika anda sudah ada akaun. Kalau masih belum ada akaun, pergi ke mana-mana cawangan TH ataupun rakan strategik seperti Bank Islam dan Bank Rakyat untuk membuka satu akaun Tabung Haji.

Macam mana nak lakukan langkah ini? Berikut adalah beberapa langkah demi langkah. 

Pertama sekali, pihak TH telah membuka portal THiJARI bagi membolehkan pendeposit melakukan aktiviti berikut;

1) Menyemak akaun

2) Mencetak penyata akaun

3) Membuat pindahan wang

4) Membuat urusan perkhidmatan Haji

5) Melakukan urusan Kelab TaHa secara online

Boleh ke LINK THihari di akhir perenggan ini.

Boleh ikuti langkah demi langkah seperti di bawah ini.

No photo description available.
Sila tekan Daftar seperti dalam gambar di atas ini ya.
Image may contain: text
isikan kad pengenalan dan no akaun Th seperti dalam gambar
No photo description available.
untuk pendaftaran kali pertama, sila ikuti seperti yang diberikan

Untuk akses ke laman web THiJARI, boleh terus ke LINK INI

Tabung Haji Tak Kenakan Zakat Simpanan

Apa yang menarik apabila menyimpan di dalam akaun TH ini adalah, anda tak perlu untuk membayar zakat simpanan. Zakat kan wajib, kenapa tak perlu nak bayar zakat simpanan pula? 

Kerana pihak TH dah membuat pembayaran untuk zakat simpanan tersebut. Jadi, boleh teruskan membuat simpanan di sini dan yang paling penting sekali, manfaat simpanan ataupun pulangan dalam bentuk dividen pun agak tinggi berbanding dengan pilihan daripada bank lain. Boleh tengok beberapa manfaat berkaitan dengan TH di dalam artikel INI.

Untuk manfaat zakat simpanan ini cuma ada bagi mereka yang menyimpan di dalam akaun TH sahaja, akaun lain tiada manfaat seperti ini ya.

Manfaat Simpanan di TH

Selain daripada zakat simpanan yang anda tidak perlu untuk bayar, manfaat lain adalah TH memberikan pulangan dalam bentuk dividen yang tinggi. Kebiasannya jauh lebih tinggi daripada bank bank tempatan yang lain. Ianya adalah antara tempat untuk simpanan yang baik dan berbaloi untuk anda buat simpanan di sini.

Selain itu adalah, anda boleh membuat pendaftaran haji untuk ibadah haji. Untuk visa haji, setiap negara mempunyai kuota tersendiri dan di Malaysia, anda hanya boleh pergi haji melalui kuota Tabung Haji. Cara nak buat, mestilah mempunyai akaun dalam TH dan lebih mudah kalau anda mempunyai akaun online. Kenapa?

Sebab kalau anda ada akaun online, boleh daftar haji di situ sahaja dan proses lain seperti tarikh haji, nak buat rayuan boleh dilakukan secara online. Jika ianya menepati syarat, kami rekemen untuk anda terus membuat pendaftaran secepat mungkin.

Nak Pulangan Pelaburan Yang Lebih Tinggi? Ini Alternatif

Pulangan daripada simpanan dalam TH adalah sekitar 5% setahun dan pada tahuun 2019, pulangan yang mereka berikan dalam bentuk dividen ataupun hibah hanyalah 1.25% sahaja. Apapun, kalau anda nak pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi, berikut adalah antara alternatif yang anda boleh laburkan.

Pelaburan dalam Wahed Invest – Kenapa Berbaloi

Wahed Invest ni macam anda laburkan dalam unit trust seperti Public Mutual. Duit anda tu akan ada pihak ketiga yang akan laburkan. Yang menarik, wahed invest ini akan gunakan robot untuk membuat keputusan pelaburan dan saya sendiri dah mencuba platform ini dan memang mendapat pulangan yang agak baik.

Cuma wahed invest ini ada kemungkinan pulangan yang anda dapat itu pun boleh jadi untung dan boleh jadi rugi. Ianya mempunyai risiko tetapi tidaklah mempunyai risiko yang tinggi. Kalau ini pertama kali anda dengar berkenaan dengan Wahed Invest ini, boleh baca artikel kami di bawah;

Nak cari alternatif kepada pelaburan di Tabung Haji, ini adalah antara pilihan yang baik.

Pelaburan Saham – Patuh Syariah

Pelaburan daham saham pun menjanjikan pulangan yang baik untuk pelaburan anda. Cuma ianya agak berisiko dan boleh dikategorikan sebagai satu pelaburan yang agak agresif. Tapi, tak salah untuk anda mencuba untuk melabur dalam pelaburan saham ini. 

Yang paling penting kena ada ilmu dan teknik yang secukupnya. Boleh baca 2 bahan bacaan berkenaan dengan saham di bawah ini’

Pernah Dengar Pasaran Hadapan Kelapa Sawit?

Kalau pasaran naik memang boleh buat duit, ianya dipanggil kalau dalam istilah saham, “buy low, sell high”. Ianya agak biasa dalam term sekarang ini. Tetapi, kalau pasaran jatuh macam mana?

Untuk info, FCPO ini pun masih boleh buat duit walaupun pasaran sedang jatuh. Tak percaya? Boleh baca artikel kami berkenaan dengan info ini di SINI. Ianya berkenaan cara untuk membuka akaun dan tips penting berkaitan dengan pelaburan FCPO.

Pelaburan Forex – Apa Yang anda Perlu Tahu

Kalau mereka yang meminati pelaburan ini mesti pernah dengar berkenaan dengan Forex kan? Ianya adalah perdagangan kewangan. Melabur dalam Forex ini memerlukan skill dan teknik yang tersendiri. Lagi satu, ianya memang satu alternatif kepada simpanan di Tabung Haji dan merupakan sejenis pelaburan yang sangat agresif.

Boleh baca 2 artikel kami berkenaan dengan Forex dalam artikel ini;

Nak Simpan Duit? Ini Alternatif Yang Ada Selain TH

Apapun, berikut adalah antara alternatif lain untuk anda menyimpan duit dan tips untuk membuat penjimatan. Boleh tengok beberapa alternatif dan cara untuk jimat duit.

Harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memulakan perjalana simpanan duit dan memudahkan anda untuk membuat simpanan dalam akaun Tabung Haji. Boleh mula sekarang untuk menyimpan dan teruskan istiqamah dalam simpanan duit anda.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest