Apa cadangan hadiah kahwin bawah RM50 yang sesuai untuk anda. Hadiah yang tak terlalu murah dan tak terlalu mahal. Sesuai untuk anda yang mempunyai bajet yang terhad akan tetapi nak berikan sesuatu yang bermakna untuk majlis perkahwinan rakan dan kenalan anda.
Memang ada bermacam idea untuk hari majlis perkahwinan tersebut dan berikut adalah antara beberapa idea untuk majlis perkahwinan. Hadiah yang tak terlalu mahal akan tetapi berguna dan sering digunakan sepanjang perkahwinan. Ini adalah antara beberapa idea untuk hadiah perkahwinan dan semuaya pada harga lebih kurang RM50 dan ke bawah. Boleh tengok beberapa cadangan dari kami.

Alatan Memasak
Antara hadiah menarik untuk anda berikan kepada pasangan pengantin baru adalah alatan memasak. Kebisannya, memang mereka akan perlukan peralatan memasak baru kerana baru berkahwin dan pasti akan tinggal di rumah sendiri ataupun rumah sewa. Untuk itu, memang peralatan memasak adalah sangat penting.
Kalau bajet anda besar, mungkin boleh berikan alatan memasak yang agak mahal sedikit, tetapi akan melebihi bajet yang anda ada. Antara alatan memasak yang mungkin pengantin akan perlukan adalah air fryer ataupun pressure cooker. Akan tetapi, kalau tak ada peralatan ini pun tak mengapa, kerana ada banyak pilihan lain yang anda boleh berikan.
Set Pisau
Set pisau adalah antara hadiah yang baik dan memang diperlukan oleh pasangan pengantin baru. Ianya tak terlalu mahal dan taklah terlalu murah. Dengan bajet RM50, memang anda boleh dapat pelbagai jenis set pisau yang bagus dan berkualiti.
Anda boleh dapatkan di kedai seperti Mr DIY, Ninso dan lain-lain akan tetapi, tak salah juga kalau anda boleh tengok beberapa pilihan secara online. Ini adalah set pisau yang kami rekemen untuk anda berikan sebagai hadiah perkahwinan.
Pinggan Mangkuk
Set pinggan mangkuk pun anda boleh berikan sebagai hadiah. Cumanya, ianya terlalu biasa dan memang kebanyak orang akan berikan set pinggan mangkuk. Tak salah cuma, kalau boleh berikan sesuatu yang bermakna dan pengantin boleh gunakan untuk jangka masa yang lama. Sebagai satu idea, memang tak ada masalah, kalau anda nak cari pilihan yang lain boleh teruskan baca artikel ini sampai habis.
Rice Cooker Murah
Rice cooker adalah antara idea yang baik untuk anda berikan kepada bakal pengantin. Anda memang boleh dapat rice cooker ataupun periuk nasi pada harga bawah RM50. Cumanya, untuk harga bawah RM50, anda hanya boleh dapatkan secara online sahaja. Untuk harga RM50, anda boleh dapat pelbagai jenis periuk nasi berkualiti. Kami rekemen periuk nasi di bawah ini. Harga murah, berkualiti dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Memang sangat berbaloi.
Water Heater Kettle & Thermopot
Kalau anda ada bajet, terus sahaja berikan Thermopot, memang lagi berbaloi cuma harga Thermopot adalah mahal sikit. Ianya memang hadiah yang bagus. Thermopot tu apa, boleh tengok di SINI.
Kalau bajet anda tak besar, tak salah pun nak berikan hadiah water heater. Ada banyak pilihan water heater yang anda boleh beli sebagai hadiah perkahwinan yang baik. Boleh tengok pilihan yang kami rekemen untuk anda di bawah ini.
Blender & Pengisar Kasar
Blender pun adalah antara hadiah yang anda boleh berikan kepada bakal penganting. Akan tetapi, nak cari blender yang harga RM50 pun tak ada banyak pilihan. Boleh tengok beberapa pilihan seperti di bawah.
Satu lagi adalah pengisar kasar. Harga untuk pengisar jenis ini tak lah terlalu mahal dan pada saya sangat bagus untuk anda berikan kepada bakal penganting. Pilihan pengisar jenis ini pun ada banyak untuk anda pilih. Antara pilihan yang kami rekemen adalah seperti di bawah ini.
Alatan Untuk Rumah
Kalau tak nak alatan memasak, boleh berikan alatan untuk keperluan rumah lainnya. Ada banyak alatan yang anda boleh berikan sebagai hadiah kahwin bawah RM50. Antaranya adalah drill akan tetapi pastinya akan melebihi bajet RM50 yang anda ada. Apapun, berikut adalah antara beberapa idea lain yang anda boleh berikan kepada bakal pengantin.
Steam Iron
Kalau dulu harga steam iron ini memang agak mahal, akan tetapi sekarang ini taklah terlalu mahal seperti dahulu. Anda boleh dapatkan steam iron ini pada harga sekitar RM50 sahaja. Steam iron ini memang buat baju lebih mudah untuk menggosok berbanding dengan dry iron. Harga dan pilihan pun dah ada banyak.
Kalau dahulu, harga steam iron ini boleh mencecah sehingga RM300, akan tetapi, sekarang sudah ada yang jauh lebih murah dan banyak pilihan untuk anda pilih. Boleh tengok beberapa pilihan yang kami rekemen kepada anda seperti di bawah.
Jam Dinding
Nak hadiahkan jam dinding pun tak ada masalah. Sekarang memang ada banyak pilihan jam dinding yang unik dan menarik untuk anda pilih. Ikut bajet anda dan kami rekemen jam dinding seperti di bawah ini.
Hair Dryer
Nak bagi hadiah hair dryper pun tak ada masalah. Terutama hadiah kepada pengantin perempuan. Tentu pengantin akan menghargai hadiah anda nanti. Pilihan hair dryer pun ada banyak untuk anda buat pilihan mana yang terbaik. Nak yang harga RM50 dan pilihan yang berkualiti pun ok. Kami rekemen hadiah di bawah.
Tudung Saji Bertingkat
Nak hadiah, cuba hadiahkan barangan yang unik agar pengantin ingat sampai bila-bila. Antara hadiah yang bagus adalah tudung saji bertingkat. Boleh tengok seperti di bawah ini.
Cadar
Cadar pun adalah antara idea hadiah yang menarik anda boleh berikan kepada bakal pengantin.
Kalau misalkata anda mempunyai bajet melebihi RM50, boleh cuba berikan hadiah menarik barangan viral seperti codeless vacuum cleaner. Ianya merupakan hadiah yang taklah terlalu mahal dan pada masa yang sama merupakan antara hadiah yang bagus untuk anda beri kepada bakal pasangan anda.
Alatan Hobi Yang Sesuai
Adakah bakal pengantin mempunyai hobi tertentu ataupun cenderung kepada minat tertentu? Kalau ada berikan sahaja hadiah yang bersesuaian dengan minat tersebut. Kalau pengantin suka memancing, tak salah kalau nak berikan alatan memancing yang kena dengan bajet. Pasti mereka akan sangat menghargai hadiah tersebut.
Jika pengantin mempunyai hobi dekorasi rumah, tak salah nak berikan hadiah berkaitan dengan barangan dekorasi rumah yang sesuai. Barangan IKEA adalah antara barangan yang bagus untuk anda berikan kepada pengantin sebagai hadiah kahwin.
Pun boleh tengok idea hantaran kahwin di bawah ini.
Memang ada banyak hadiah kahwin bawah RM50 yang anda boleh berikan kepada bakal pengantin. Kebanyakan anda boleh berikan dan beli secara online sahaja. Kalau misalkata tak sempat nak beli secara online pun tiada masalah, boleh sahaja beli di kedai-kedai yang terdekat dengan anda.
Kalau nak cari idea untuk hadiah kahwin, harapnya artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk anda dapatkan apa yang anda cari.
antara hadiah yg snagat praktikal sesuai utk org baru berumahtangga. plg suka dapat perkakasan dapur hehe
Hehehehe. Bila dah berumah tangga ni, hadiah lebih kepada untuk mudahkan urusan membersih, memasak, mengemas dan hobi. Sepanjang perkahwinan ni, dah anggap hari-hari dapat hadiah. Suami bertungkus lumus kerja, isteri jaga rumah dan anak-anak. Work life ballance gitu. Hehehe. Paling suka bila pergi mall tu, beli barang pencuci Mr Muscles. Hahaha. Seronok basuh tandas. Hahaha.
Thanks for sharing some of the affordable wedding gifts, going to check out.