Harga Langganan Netflix 2022 – Cara Murah Premium

Ada ke cara untuk dapatkan harga langganan Netflix murah. Kalau ada macam mana nak dapatkan? Untuk apa perlu ke pawagam, jika anda sendiri boleh menjadikan rumah seperti sebuah pangung wayang. Pada hari ini, mungkin ramai yang sudah sedar akan kehadiran pelbagai platform streaming menggantikan rantaian saluran televisyen yang sedia ada tetapi tidak semua yang pernah menggunakannya.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan berkongsi tentang sebuah platform streaming popular iaitu Netflix dan bagaimana penggunaannya di Malaysia. Juga cara murah untuk langgan pakej premium dari Netflix ini.

Disclaimer : Kami tak bertanggungjawab jika akaun netflix anda di banned menggunakan cara ini. Ianya mungkin terjadi walaupun kebarangkalian amat tipis.

harga langganan netflix

Apa itu Netflix dan bagaimana ia berfungsi?

Netflix adalah sebuah platform streaming daripada California, Amerika Syarikat. Ia peneraju dunia dalam SVOD (video berdasarkan permintaan melalui langganan), di samping pesaingnya seperti Amazon Prime, HBO, Disney +, Salto, Iflix, HyppTV, dan Astro

Anda boleh saksikan beribu-ribu kandungan filem, series, drama, dokumentari, animasi, video, sukan, dan pelbagai lagi saluran di dalamnya. Walaupun ia memfokuskan kepada filem dan series daripada Amerika Syarikat dan United States, tetapi dengan adanya Netflix Malaysia, anda juga berpeluang menonton isi kandungan yang sesuai dan bertepatan dengan citarasa tempatan. 

Kini telah 5 tahun, platform ini bertapak di Malaysia. Banyak juga kandungan yang telah disediakan termasuk kandungan berbahasa Malaysia, sokongan sari kata bahasa Malaysia, paparan pemuka dalam bahasa Malaysia, dan sebagainya. 

Tidak perlu tekan “pause” dan “play” lagi jika anda perlu meninggalkan filem di tengah-tengah cerita. Netflix menjadikan pengalaman tontonan anda lebih mudah, selesa, dan fleksibal melalui aplikasi mudah alih terus dari telifon pintar, tablet, atau apa-apa peranti yang anda miliki. 

Kelebihan Netflix berbanding platform streaming yang lain

Apabila terlalu banyak jenama platform streaming di pasaran, pengguna pasti akan membuat perbandingan sebelum ambil keputusan untuk beli. Namun apa kelebihan istimewa yang ada pada Netflix sehingga ramai pengguna tertuju kepadanya.

1. Netflix Original

Pernah tidak anda dengar kawan anda langgan Netflix semata-mata untuk menonton satu drama yang dia suka. Ciri-ciri inilah yang menjadikan pengguna tiada pilihan lain selain menggunakan Netflix untuk mendapatkan saluran rancangan yang diinginkan. Netflix original menyediakan rancangan khusus yang dikeluarkan khas untuk penonton Netflix sahaja. Anda tidak boleh dapatkannya di platform-platform atau tempat lain. Contohnya seperti The Crown, The Last Kingdom, Narcos, Survivor dan banyak lagi.

2. Harga lebih terjangkau

Pakej-pakej yang ditawarkan sangat berbaloi dengan harga dan ciri-ciri yang boleh anda dapatkan. Anda bebas memilih plan mana yang sesuai bergantung kepada kekerapan penggunaan, fleksibiliti, jumlah pengguna, dan kualiti video.

3. Tersedia ciri-ciri yang memanjakan pengguna

Tontonan anda akan lebih mudah dengan ciri-ciri seperti Profiled, My List, dan Continue. Malah, anda juga boleh membuat akaun yang berbeza-beza untuk kandungan dewasa dan kanak-kanak. 

4. Kualiti visual dan audio yang mantap

Netflix selangkah dihadapan dalam menawarkan kualiti visual dan audionya. Ia menawarkan resolusi HD dan UHD sehingga anda dapat menonton kualiti visual 1080p atau 4K.

5. Reminiscence

Selain rancangan khusus dari Netflix Original, pengguna juga berpeluang untuk menonton ranangan-rancangan lama seperti Supernatural, Kawan, Gear Top, Fargo, dan sebagainya. Semuanya ini anda boleh tonton dalam saluran Reminiscence.

Senarai plan Netflix Malaysia 

1. Netflix Mobile (Harga RM 17)

Netflix Mobile membolehkan anda untuk menonton daripada 1 telifon pintar atau smartphone dalam satu-satu masa sahaja dengan kualiti video 480p (paling rendah). Plan ini adalah yang paling murah dan jimat. Ia sangat sesuai kepada anda yang gemar menonton melalui telifon untuk pengunaan sendiri.

2. Netflix Basic (Harga RM 35)

Netflix Basic membolehkan anda menonton hanya daripada 1 peranti (telifon pintar, televisyen, laptop) dalam satu-satu masa sahaja. Dari segi kualiti videonya pula, ia sama dengan kualiti video pada plan Netflix Mobile. Jika anda mahukan suasana tontonan yang pelbagai dan fleksibel tetapi murah dan jimat untuk penggunaan sendiri, basic plan memang pilihan yang terbaik. 

3. Netflix Standard (Harga 45)

Netflix Standard membolehkan anda menonton 2 peranti pada satu-satu masa dengan kualiti video di tahap HD 1080p (tinggi). Untuk anda yang berkeluarga tetapi mempunyai bilangan ahli yang sedikit, plan ini sesuai dan agak menjimatkan. 

4. Netflix Premium (Harga RM 55)

Di antara plan-plan yang ada, Neflix Premium adalah yang paling cemerlang sekali dengan kelebihan yang dimilikinya. Anda bebas menonton melalui 4 peranti serentak dengan kualiti video yang paling tinggi dan terbaik pada tahap 4K+HDR. Di hujung minggu, apa lagi yang paling menyeronokkan selain dapat meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga sambil bergelak ketawa di hadapan televisyen. 

Berapa anda perlu bayar untuk Netflix sebulan di Malaysia?

Harga bagi setiap plan Netflix berbeza-beza mengikut pakej dan ciri-ciri yang ditawarkan kepada pelanggan. Seperti kebiasaan, jika lebih yang anda bayar maka lebihlah juga kelebihan yang anda dapatkan. Ada ke cara lain untuk menikmati plan Netflix Premium tetapi dengan harga yang tidak masuk akal? 

Untuk mendapatkan tawaran terbaik dan termurah bagi rancangan Netflix di Malaysia pada tahun 2022 ini memerlukan sedikit bantuan dan kerjasama dari kenalan anda yang lain. Dengan cara ini, anda boleh menikmati Netflix Premium hanya dengan RM 11 sebulan. 

Cara paling murah miliki Netflix di Malaysia

Caranya sangat mudah. Kongsi 5 akaun di bawah plan Netflix Premium bersama 5 orang. Perkara pertama yang perlu anda buat adalah melantik seorang untuk menjadi pemegang akaun utama dan merekrut 4 lagi orang lain sama ada kenalan, ahli keluarga, atau rakan anda. 

Pemegang akaun utama akan melanggan Netflix Premium, dan diberikan akuan tersebut kepada empat yang lain termasuk pembayaran bulanan. 

Tips untuk pemegang akaun utama: jangan buang masa mengejar semua orang untuk melakukan pembayaran bulanan. Sebaliknya, kumpulkan dahulu wang itu. Dari nilai RM 55, jika anda bijak anda hanya perlu membayar RM 11 sebulan dan anda telah jimat sebanyak RM 44! dan harga langganan Netflix anda akan automatik menjadi lebih murah.

Sambungan internet yang diperlukan

Oleh kerana Netflix menyajikan servis penstriman video secara terus, anda sudah tentu memerlukan sambungan internet yang pantas dan stabil. 

1. Kelajuan yang disyorkan

  • 0.5 Megabits sesaat – kelajuan minima
  • 1.5 Megabits sesaat – kelajuan yang disyorkan
  • 3.0 Megabits sesaat – kelajuan yang disyorkan untuk kualiti SD
  • 5.0 Megabits sesaat – kelajuan yang disyorkan untuk kualiti HD
  • 25 Megabits sessat – kelajuan yang disyorkan untuk kualiti Ultra HD

2. Pengunaan internet

  • Rendah (0.3 GB sejam)
  • Pertengahan (SD: 0.7 GB sejam)
  • Tinggi (kualiti terbaik, sehingga 3 GB sejam untuk HD, dan 7 GB sejam bagi Ultra HD)

Sebagai salah satu cara dan langkah untuk mendapatkan internet yang laju dan stabil, boleh tengok pelan langganan dari Halo Telco di SINI. Ianya merupakan simkad prepaid yang murah tetapi pada masa yang sama, memberikan kepuasan yang bagus kepada pelanggan mereka. Oh ya, untuk 10 penerima setiap bulan, kami nak berikan Simkad Halo Telco ini secara PERCUMA sahaja. Macam mana nak claim, tak susah, baca je artikel di atas dan nanti kami akan berhubung dengan anda. Simple dan mudah sahaja.

Berbaloi ke melanggan plan Netflix Mobile?

Plan Netflix Mobile memang sesuai untuk penggunaan peribadi kerana anda boleh mengakses melalui telifon pintar sahaja. Dengan kos sebanyak RM 17 sebulan, plan ini menduduki tempat carta kedua pilhan terbaik untuk sesiapa yang ingin melanggan Netflix Malaysia. Apa yang perlu anda fikirkan cuma sambungan internet dari data mudah alih. 

Untuk pengguna Halo Telco anda boleh nikmati plan yang disediakan dengan harga murah dan berpatutan. Dan yang paling penting ia mempunyai ciri-ciri sambungan data khusus kepada pengguna Netflix. Plan-plan ini juga boleh didapatkan dari seller di Lazada atau Shopee. Mereka memang menawarkan harga semurah RM 5 sahaja untuk satu plan.

Cara melanggan Netflix Malaysia 

Ada dua cara melanggan Netflix Malaysia yang perlu anda ketahui:

Jika anda pertama kali ingin melanggan Netflix / tidak mempunyai akaun Nteflix – buka akaun Netflix di  https://www.netflix.com dan ikuti langkah pendaftaran yang ditetapkan.

Jika anda sudah mempunyai akaun Netflix lama / ingin menukar plan – pergi ke akaun Netflix anda > ubah plan. Untuk itu anda boleh ke https://www.netflix.com/ChangePlan.

Memiliki akaun Netflix pilihan yang bijak?

Untuk menjawab soalan itu, ia kembali kepada anda. Bagi kami plan Netflix sangat berbaloi dan sesuai untuk meningkat keupayaan fungsi televisyen di rumah. Tetapi biarlah dengan cara yang betul dan sah. Maksudnya di sini, ramai pengguna di luar sana yang lebih suka untuk membeli akaun Netflix orang lain yang biasa di jual di Shopee, Lazada dan bermacam platform jual beli lain. Etika jual beli seperti ini memang tampaknya bukan satu jenayah tetapi peluang anda untuk berlaku kecurian data dan maklumat amatlah tinggi kerana anda memberikan butiran email kepada orang yang tidak dikenali.

Bukan itu sahaja, membeli akaun secara haram tidak mempunyai jaminan ia boleh digunakan selama-lamanya. Bila-bila masa sahaja akaun anda boleh disekat sama ada akaun tidak boleh diakses atau bilangan pengguna dalam akaun tersebut telah melebihi had bilangan maksimum. Kalau anda hendak jimat pun lebih baik ikuti tips yang kami berikan tadi kerana ia lebih selamat dan terjamin. 

Kalau anda tidak dapat nak jumpa atau rekruit kenalan untuk akaun anda, dan sebagai pilihan terakhir kiranya, anda boleh tengok offer dari penjual di SINI.

Mengapa harga Netflix semakin meningkat pada setiap tahun?

Dari Januari 2020 sehingga Januari 2022, harga setiap plan Netflix masih tetap dan tidak berubah. Kami menjangkakan keberangkalian untuk harga ini meningkat agak rendah kerana persaingan pada hari ini terlalu banyak. Untuk mengekalkan kesetiaan penggunanya, Netflix perlu menjaga harga di samping kualiti yang ditawarkan. 

Mungkin harga ini boleh meningkat kembali sekiranya Netflix menawarkan ciri-ciri teknologi yang lebih canggih dan terkini.  

Siapa sangka idea tidak masuk akal Reed Hasting sehingga terbinanya Netflix pada tahun 1997 dulu boleh menjadi sebuah platform streaming utama dan paling popular di seluruh dunia. Pengajaran yang boleh anda ambil dari idea gila ini adalah jangan takut untuk mencipta dan mengekspresikan idea-idea di luar kotak kerana mungkin ia tidak berguna untuk masa sekarang tetapi untuk masa depan, anda mampu menjana pendapatan yang tinggi dengannya. 

Diharapkan artikel berkenaan dengan info tentang harga langganan Netflix Malaysia dan tips-tips yang diajarkan tadi boleh memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna untuk kehidupan anda sekeluarga. 

Related Posts

12 thoughts on “Harga Langganan Netflix 2022 – Cara Murah Premium

  1. Yes. Kita pakai yang 4 peranti sebab kongsi adik-beradik. Layan especially weekends – paling bahagia masa MCO 1.0 dulu hahah

    1. betul, kongsi tu yang penting, jimat pun ya.

  2. Saya adalah pengguna Netflix Premium. Reason ambil sebab jenis televisyen kami Ultra Full HD. So memang sesuai lah pakej Premium dengan tv. Premium ni boleh add sehingga 5 akaun. Jadi, kami berempat ada akaun masing-masing. 2 kids akaun, 2 akaun full akses 18 tahun ke atas. 1 akaun untuk tetamu yang datang kat rumah nak tengok apa-apa ke kan. Nanti kacau plak fav cerita kami kan. Kahkahkah

    1. wow, ok banyak betul choice, saya share dengan adik beradik, jimat sikit.

    1. memang pakej premium paling berbaloi. Teruskan….

  3. i have been a subscriber of netflix and i am so glad i came across this article. learned a lot about the complete services and the offerings. might even consider switching packages now!

  4. Saya guna Pakej Premium Netflix sebab ia memang berbaloi. Maklumlah, ramai rakyat jelata ke rumah. Boleh guna sampai 5 akaun. Jadi, masing-masing boleh stream based on keperluan dan minat masing-masing kan.

  5. Saya guna Pakej Premium Netflix sebab ia memang berbaloi. Maklumlah, ramai rakyat jelata kat rumah. Boleh guna sampai 5 akaun. Jadi, masing-masing boleh stream based on keperluan dan minat masing-masing kan.

    1. haah, sebab blh guna 5 akaun, tu yang jimat dan berbaloi

  6. Betul kan sharing is caring.. lagipun if pakai sendiri, another 4 terbiar jer kan membazir namanya… register satu share ngan family and friends are the best option for Netflix ni.. (Y) Good points kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest