Hukum Trade Gold Terkini 2022

Ramai yang nak tahu hukum trade gold. Biasanya dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, emas adalah antara pilihan yang baik untuk melabur dan juga untuk elakkan daripada inflasi duit kertas yang melampau. 

Berbalik kepada persoalan, apa hukum trade gold dan apa alternatif yang ada? Kami akan cuba sebaiknya untuk kupas topik ini dan juga mungkin beberapa alternatif yang baik untuk anda berdagang emas. Juga beberapa asas dalam pelaburan emas yang anda perlu untuk tahu. Juga sedikit berkenaan dengan hukum trade in gold dalam artikel akhir.

Segala informasi dalam artikel ini bukanlah dikategorikan dalam nasihat kewangan. Jika anda nak membeli emas sama ada emas fizikal ataupun emas atas talian, pastikan untuk anda buat kajian terperinci dan jika tak mahir, dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah.

hukum trade gold

Pelaburan Emas Yang Ada

Ada beberapa jenis pelaburan emas yang ada buat masa ini. Secara ringkas, ini adalah antara beberapa jenis pelaburan emas yang anda perlu tahu.

Pelaburan Emas Fizikal – Beli & Jual Emas Fizikal

Memang boleh dan tak ada masalah untuk anda membeli dan menjual emas secara fizikal. Anda beli emas untuk tujuan di pakai sebagai hiasan, memang tak ada masalah. Kalau untuk pelaburan pula, anda boleh membeli coin emas dan simpan di tempat selamat. Kalau nak beli dinar emas ataupun coin emas ini, antara tempat yang sesuai dan popular adalah di Public Gold. Mungkin ada tempat lain yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama, apapun, Public Gold adalah antara tempat yang sesuai untuk anda membeli emas dinar.

Nak jual pun anda boleh jual di mana-mana cawangan Public Gold. Cuma kalau anda beli emas Public Gold ini, anda kena tahu berkenaan dengan susut nilai dalam emas. Info lanjut berkenaan dengan susut nilai pula anda boleh dapatkan info lanjut di SINI;

Kalau anda nak beli emas untuk elakkan daripada inflasi duit kertas, memang itu adalah antara kelebihan emas ini. Cuma lebih baik untuk anda tahu analisa teknikal analisis dan fundemantal analisis dalam emas kerana ianya akan sangat membantu anda nanti. Kami akan cover berkenaan dengan topik teknikal analisis emas ini nanti.

Apapun, setakat ini, memang tiada masalah untuk anda menjual dan membeli emas fizikal dari hukum syarak. Kalau nak trade emas secara fizikal, memang boleh dan digalakkan, dan ada banyak platform pelaburan emas yang anda boleh kaji.

Hukum Jual Beli Emas Atas Talian

Manjual dan membeli emas fizikal memang tak ada masalah, akan tetapi, bagaimana pula dengan hukum menjual dan membeli emas atas talian. 

Untuk menjawab soalan ini, adalah lebih baik untuk anda lihat sendiri dan kaji apa fatwa terkini daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ATAS TALIAN DAN PENYERAHAN KE DALAM AKAUN PEMBELI

Soalan:

Assalamualaikum. Dato Mufti, boleh saya bertanya sedikit tentang hukam jual beli emas. Hari ni adanya syarikat yg membuat jualan secara online atau akaun. Kita beli dan bayar emas, emas itu dimasukkan dalam akaun. Dan bila kita ingin keluarkn emas itu, boleh dikeluarkan di cawangan-cawangan mereka. Adakah dibolehkan? Sebab setahu saya urusan jual beli emas mesti yadan biyadin.

Jawapan:

Kami kemukakan jawapan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (6/72):

Apabila jual beli tersebut membabitkan dua jenis barangan berunsur riba yang berlainan jenis tetapi mempunyai illah riba yang sama (contohnya kedua-duanya dalam bentuk mata wang atau makanan), jual beli ini perlu memenuhi dua syarat bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan bersih daripada unsur riba:

  • Akad berlaku secara lani. Akad tersebut mestilah tunai atau serta-merta, yakni akad tersebut tidak menyebut tempoh tertentu bagi penyerahan mana-mana barangan walaupun untuk tempoh yang singkat. 
  • Penyerahan barangan berlaku di tempat memeterai akad.

Dalam keadaan ini, kedua-dua barangan tidak perlu mempunyai kadar yang sama. Bahkan dibenarkan jual beli secupak gandum dengan dua cupak barli, atau satu gram emas dengan lima gram perak.

Akad ini dan segala proses berikutnya adalah sah. Namun dengan syarat, tidak dinyatakan sebarang tempoh tertentu bagi penyerahan barangan dan penerimaan berlaku pada ketika itu.

Boleh baca lebih lanjut di SINI

Boleh Beli Emas Melalui Akaun Wahed Invest (Patuh Syariah)

Saya lebih suka melabur dalam emas di Wahed Invest yang patuh syariah ataupun di Exchange Traded Fund ETF Bursa Malaysia. Kenapa? Sebab saya tak suka untuk simpan emas fizikal. 

Untuk simpan emas fizikal, anda mungkin kena beli peti besi ataupun simpan di tempat selamat yang diinsuranskan. Simpanan seperti ini akan menambahkan kos dan untuk itu, saya lebih gemar membuat simpanan emas di dalam akaun pelaburan emas patuh syariah atas talian. Pilihan utama saya adalah di Wahed Invest.

Di Wahed Invest, anda boleh membuat simpanan emas secara atas talian dan ia adalah patuh syariah. Patuh syariah kerana setiap emas yang dibeli itu, akan ada emas yang disandarkan ke atas nilai emas tersebut. 

Macam mana nak buka akaun dan membeli emas di Wahed Invest, boleh buka akaun di SINI dan ikut sahaja step by step macam mana nak buka akaun. 

Untuk timing pembelian pula, saya gunakan kaedah teknikal analisis menggunakan platform Tradingview. Ianya adalah seperti di bawah ini.

Step by step cara nak beli emas melalui Wahed Invest ini, anda boleh tengok dalam video di bawah ini.

Beli Emas Melalui Exchange Traded Fund Emas Bursa Malaysia.

Anda pun boleh membeli emas di ETF Bursa Malaysia yang patuh syariah. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk membuka mana-mana akaun CDS dengan mana-mana broker di Bursa Malaysia. Jual beli ETF ini sama sahaja dengan jual beli mana-mana saham di Bursa Malaysia.

Info lebih lanjut berkenaan dengan ETF ini saya ada cerita dengan lebih detail dalam artikel di SINI.

Haram Trade Gold Bila

Haram apabila anda trade gold apabila tiada fizikal gold yang terlibat dalam transaksi. Setiap pembelian dan penjualan adalah berdasarkan kepada speakulasi semata-mata tanpa ada sandaran kepada nilaian emas. Apabila ini berlaku, adalah haram apabila anda berdagang emas. Ianya sama dengan syarat seperti di bawah ini.

Anda boleh rujuk semula hukum daripada Majlis Fatwa, yang secara ringkas menyatakan proses transaksi untuk patuh syariah perlu untuk secara langsung dan tidak bertangguh (secara lani). 

Sedikit persoalan untuk anda, adakah platform pelaburan emas atas talian yang anda sedang aktif melabur itu berlaku transaksi secara langsung? Ada fizikal yang terlibat? Jika ada alhamdulillah dan jika tiada, ada kemungkinan ianya tidak patuh syariah.

Hukum Trade In Gold

Berbeza pula dengan hukum trade ini gold. Topik ini tak jauh beza dengan artikel asal, kami akan cover juga dalam artikel di sini.

Apabila anda nak trade in emas di kedai untuk dapatkan emas baru. Ada kalanya anda perlu tambah duit untuk dapatkan emas baru. Cara ini tidak boleh sebenarnya dan duit lebihan yang ditambah ini adalah riba.

Untuk mudah, adalah lebih baik anda jual sahaja emas anda, dah dapat cash, baru beli emas baru. Ini adalah antara cara yang sah.

Harap artikel hukum trade gold ini membantu menjawab persoalan anda berkenaan dengan pelaburan emas. Secara ringkas, platform patuh syariah adalah apabila anda berdanga emas secara fizikal dan juga boleh untuk cuba beli dan jual emas melalui aplikasi Wahed Invest dan juga ETF dari Bursa Malaysia. Apapun, selamat melabur.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest