11 Tips Urus Hutang Kad Kredit Tertunggak – 2020

Hutang kad kredit tertunggak, apa nak buat? Ini merupakan antara masalah yang biasa terjadi terutama kepada mereka yang terperangkap dengan hutang kad kredit. Saya pun pernah mengalami dan berdepan dengan masalah kad kredit yang tiada kesudahan. Kenapa tiada kesudahan? Kerana setiap bulan hanya mampu untuk membayar jumlah minimum sahaja. 

Tetapi sekarang alhamdulillah segalanya selesai. Jadi kami berikan beberapa tips untuk anda selesaikan hutang kad kredit terutama kalau sudah tidak dapat dikawal lagi. Juga beberapa akibat ataupun kesan daripada tunggakan ini. Nasib baik anda datang ke artikel ini dan harap ianya dapat membantu anda untuk selesaikan masalah anda. Yang paling penting adalah, ambil langkah sekarang dan jika tidak dapat selesaikan seorang diri, cuba rujuk mereka yang boleh dipercayai. 

Artikel ini hanyalah panduan berdasarkan kepada pengalaman saya dalam selesaikan masalah kad kredit ini. Harap ianya boleh membantu anda.

hutang kad kredit tertunggak

Hutang Lapuk Kad Kredit – Semakin Membimbangkan

Ianya semakin membimbangkan. Menurut statistik tahun 2017 sahaja, warga Malaysia mempunyai baki RM36.9 Bilion kad kredit sahaja. Juga, seramai 845 orang yang berumur 30 tahun ke atas diishtiharkan bankrap. Kenapa? Sebab kad plastik ini. Kepada anda, teruskan berjaga-jaga dan dapatkan tips untuk langsaikan kad ini. (sumber : nst)

Berhenti Guna Kad Kredit

Pertama sekali jika anda mempunyai masalah dalam penggunaan kad ini, adalah lebih baik untuk anda berhenti menggunakan kad ini. Jika kad itu ada attach dengan apa-apa bayaran seperti takaful dan lain-lain, kami saran hentikan semua dahulu buat masa ini. Segala bayaran hendaklah menggunakan cash.

Jika anda nak buat sebarang pembelian, beli cash ataupun transfer secara online. Dengan cara ini barulah anda boleh untuk buat pembayaran secara sedikit demi sedikit. Harap ianya sedikit sebanyak membantu.

Bayar Lebih Dari Minimum Setiap Bulan

Memang anda boleh bayar minimum, tetapi, jangan bayar minimum setiap bulan. Tambahkan sikit agar anda dapat selesaikan kad kredit anda. Kalau anda bekerja dan dapat bonus, peruntukan sedikit untuk bayar kad kredit ini. Agar ianya cepat habis. Kalau anda dapat kenaikan gaji pun, cuba bayar lebih setiap bulan. Hanya dengan bayar lebih setiap bulan sahaja dapat mempercepatkan anda untuk selesaikan masalah hutang kad kredit.

Jimat Berbelanja

Berbelanja secara berhemah pun membantu. Kenapa? Kerana jika anda jimat dalam berbelanja, anda mempunyai lebihan duit dan dari lebihhan itu, boleh digunakan untuk membayar hutang yang tertunggak. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Kalau nak berjimat, boleh berbelanja online di Lazada. Kenapa? Sebab anda boleh dapat banyak barangan murah di sana. Sebagai contoh barangan di bawah ini jika anda beli di kedai berharga RM900, tetapi di Lazada boleh dapat dalam RM700.

Banyak lagi sebenarnya, cara untuk berjimat. Kami ada tulis satu artikel panjang lebar berkenaan dengan cara untuk simpan duit dan berjimat tahun ini. Boleh ke sini untuk dapatkan info lanjut.

Cara Tambah Income – Untuk Cepat Langsai Hutang

Anda perlu tambah pendapatan. Kenapa kena tambah pendapatan? Kerana boleh gunakan lebihan duit untuk membuat bayaran kad kredit. Ini cara yang saya guna untuk selesaikan hutang kad kredit sama. Cara apa saya guna, saya buat blog dan income daripada blog ini saya gunakan sedikit demi sedikit untuk tambah pendapatan. Anda pun boleh lakukan perkara yang sama. Nak tahu macam mana saya buat blog, boleh ke ARTIKEL INI.

Jika anda mempunyai kepakaran dalam membuat wiring atau lain-lain pun tiada masalah untuk anda gunakan pendapatan tambahan tersebut untuk selesaikan hutang kad kredit. Boleh juga jadi agen hartanah ataupun seorang youtuber. Sekarang ini semua anda boleh lakukan dan tidak susah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Boleh harungi jalan itu untuk berjaya.

Doa Daripada Musibah Hutang

Doa pun mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk melangsaikan hutang. Selain daripada ikhtiar, doa pun tidak kurang pentingnya. Saya ada satu doa khusus yang diajar oleh Rasuallah S.A.W untuk mereka yang berhutang agar terkeluar dari belenggu hutang. Nak tahu doa apa, memang kena tengok artikel INI. Anda akan dapat tahu doa apa yang kami maksudkan di situ.

Apa Jadi Kalau Biarkan Kad Kredit Tertunggak

Ini antara malapetaka yang akan terjadi dan jangan risau, di akhir artikel ini, kami berikan solusi jika ianya tidak dapat di kawal lagi. Penting untuk anda tahu dan jika dapat diselamatkan, cuba selamatkan diri dari malapetaka tersebut.

Faedah Yang Lebih Tinggi

Anda akan dikenakan kadar faedah yang tinggi, boleh jadi sehingga 18% setahun. Banyak tu, dividen ASB pun cuma dalam sekitar 5% ke 6% je setahun. Nak ke bank ambil duit anda sehingga 18% setahun, mesti anda tak nak kan… Oleh sebab itu, cuba sehabis baik untuk elak daripada ada tunggakan. Kerana ianya memang menyusahkan dikemudian hari.

Score Kredit Yang Rendah – Susah Nak Buat Loan Rumah

Apabila anda mempunyai hutang kad kredit tertunggak, apa yang akan terjadi adalah, rekod CCRIS anda akan jadi tak cantik sebab tunggakan tu. Jadi, kalau anda nak apply loan rumah ataupun apa-apa pinjaman, agak sukar untuk pinjaman tersebut lulus. Saya yang mempunyai pengalaman dalam jual dan beli rumah, sering berjumpa dengan pelanggan seperti ini. Jadi, kalau boleh jangan ada tunggakan dan bayar paling minimum setiap bulan.

Caj Bayaran Lambat

Macam mana kalau anda bayar terlambat sikit daripada biasa? Untuk info, akan ada caj bayaran lambat yang dikenakan. Dah la kena faedah yang tinggi, caj bayaran lambat pun kena sekali. Itulah akibat kalau anda mempunyai hutang kad kredit yang tertunggak. Memang kami sarankan anda untuk keluar dari masalah ini dengan seberapa segera dan kalau sudah tidak dapat di kawal, di akhir artikel ini, kami akan berikan beberapa tips untuk anda rujuk. Terutama kalau hutang sudah tak dapat nak di kawal lagi.

Diganggu Pengutip Hutang

Apabila lambat bayar, mulalah anda akan dapat panggilan daripada “credit controller”. Apa yang mereka ini buat adalah, mereka akan kejar mereka yang terlambat bayar. Tabahlah, saya pun ada pengalaman apabila mereka ini telefon dan terpaksa menjawab dengan jujur ataupun cuba mintak tempoh.

Biasanya memang pengutip hutang tiada masalah kalau kita mintak tempoh untuk melanjutkan bayaran. 

Boleh Diishtiharkan Muflis

Anda boleh diishtiharkan muflis mengikut kepada akta bankrap 1986. Jika mempunyai hutang sebanyak RM30k. Kalau boleh cuba elakkan daripada menjadi tidak terkawal dan boleh baca perenggan bawah ini kalau memang anda dah tidak dapat nak mengawal hutang anda. Sebaiknya cuba kawal kerana banyak implikasi yang akan terjadi sekiranya seseorang itu bankrap. Antaranya tidak boleh keluar negara, tidak boleh membuka akaun bank dan lain-lain lagi.

Macam Mana Kalau Ianya Tak Boleh Di Kawal Lagi

Kalau ianya sudah tidak dapat dikawal lagi, terutama apabila jumlah mencecah berpuluh ribu ringgit. Kalau anda bayar sahaja jumlah minimum memang tak nampak baki kad berkurangan. Anda seolah-olah seperti terpaksa membayar jumlah yang tinggi setiap bulan. Kalau ianya sampai ke tahap tak dapat nak di kawal lagi, satu je saya nak beritahu, anda perlukan bantuan.

Siapa yang boleh membantu? Mesti anda tanya soalan tu kan….

AKPK boleh membantu. Macam mana nak AKPK bantu anda, boleh ke ARTIKEL INI dan kami terangkan dengan jelas macam mana ianya dapat membantu anda. Persoalan berkaitan dengan AKPK semua ada di sana.

Bertindak Sekarang Untuk Keluar Dari Hutang

Harap artikel ini dapat memberikan anda sedikti idea untuk selesaikan masalah hutang anda yang melanda. Terutama sekali adalah hutang yang berkaitan dengan kad kredit. Tambah pendapatan, bayar lebih dari minimum setiap bulan agar memudahkan anda di kemudian hari.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest