KAPB Penipu? 8 Info Penting

Betul ke Koperasi Amanah Pelaburan Berhad KAPB penipu? Takkan la tipu sebab ada nampak iklan di TV lagi. Mesti berbaloi kalau nak join pelaburan ini. Ianya adalah alternatif lain selain daripada pelaburan dalam Tabung Haji dan juga ASB.

Alhamdulillah sekarang ini ramai yang dah mula nak laburkan duit anda. Lagi bagus melabur dan laburkan duit, duit tu nampak lah berkembang daripada di makan inflasi yang semakin naik setiap tahun. Di mana nak kembangkan duit, KAPB adalah antara salah satu daripada banyak platform untuk anda kembangkan duit dengan risiko yang sangat minima.

Banyak jenis pelaburan seperti pelaburan saham, unit trust dan krypto mengalami kejatuhan yang sangat teruk. Salah satu alternatif, anda boleh invest dalam KAPB, cuma adalah ianya scam?

kapb penipu

KAPB Patuh Syariah

Sebelum pergi lebih jauh, kena pastikan dahulu sama ada KAPB ini adalah patuh syariah. Kepada yang muslim, barulah tenang nak melabur dalam pelaburan yang patuh syariah. Cumanya, tak banyak informasi berkenaan dengan patuh syariah KAPB ini, hasil carian, kami cuma jumpa ini sahaja.

Adakah Pelaburan Ini Patuh Shariah?

Semua koperasi di Malaysia dikawal-selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Setiap pelaburan yang dibuat mesti mendapat kelulusan dari Suruhanajaya. Sehubungan itu, semua pelaburan kami tidak melanggar mana-mana prinsip Shariah. https://www.kapb.com.my/faqs/

Kami tak nampak lagi barisan panel syariah daripada pihak KAPB dan mungkin mereka boleh perbaiki lagi dari masa ke semasa,

Siapa KAPB Ini?

KAPB ini semakin popular. Ye lah, buka TV je akan nampak iklan dari KAPB ini. Iklan KAPB adalah sama seperti dalam video di bawah ini.

Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau juga dikenali sebagai KAPB adalah sebuah syarikat koperasi pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ia ditubuhkan pada 14 November 2014 oleh Dato’ Mohamed Ilyas sebagai Pengerusi Eksekutif.

Ianya unik kerana bukan sahaja diketuai oleh orang korporat mahupun pakar-pakar pelaburan, ianya juga dianggap sebagai salah satu koperasi yang inovatif di samping pelaburan-pelaburan yang mereka buat dari masa ke semasa. 

Apa Yang KAPB Ini Laburkan?

KAPB unik sekali lagi kerana dana yang mereka anda, dilaburkan dalam pelbagai sektor untuk memberikan keuntungan maksima kepada pelabur ataupun pemegang saham koperasi mereka. Antara portfolio pelaburan yang mereka laburkan adalah seperti;

  • Ar-Rahnu, The Exchange 106
  • Pelaburan Hartanah
  • Stesen TV (Awesome TV)
  • Perkhidmatan pemfaktoran (MFI Money)
  • Kereta sewa (Quick Ride)
  • Perdagangan automotif
  • Pembiayaan otomotif dan juga pembangunan tenaga boleh diperbaharui
  • Dan banyak lagi jenis pelaburan dalam sektor lain.

Bagus Ke Pulangan Dividen KAPB Ini?

Sebelum nak bercerita tentang macam mana nak jadi ahli dan apply saham di KAPB ini. Mari kita tengok berapa dividen yang KAPB ini berikan setiap tahun. Cuma nak beritahu siap-siap yang “past performance is not indicative of future results”. Maksudnya jumlah dividen lama ini tak semestinya sama dengan jumlah dividen pada masa akan datang. Anda perlu buat kajian sendiri dan ambil risiko sendiri.

Dalam iklan di TV pun mereka mengatakan yang pulangan minima KAPB adalah sebanyak 8% setahun. Menarik tak?

Dividen pada tahun 2021 adalah sebanyak 8% dan anda boleh baca kenyataan di SINI.

Macam Mana Nak Jadi Ahli KAPB Ini

Ini adalah syarat-syarat untuk anda menjadi ahli dalam KAPB.

  • Citizen or Non-Citizen who is eligible to do business in Malaysia;
  • Contributes shares in the Cooperative Honorary Members’ fund for a minimum of RM50,000, with an aggregate amount of RM10,000 for each addition and withdrawal, for each honorary membership;
  • Produces a Letter of Undertaking to the Cooperative regarding the rights as an Honorary Member as well as the liability as an Honorary Member;
  • Has not been convicted for a registrable offence of which is still in force, or has been removed from the membership of any cooperative within one year;
  • Agrees with the Cooperative that the shareholding contribution should be placed in the Cooperative and shall remain at least for a period of 2 years from the admission date of their honorary membership.. https://www.kapb.com.my/how-to-apply/

Kena ambil nota yang syarat minimum untuk anda join KAPB buat masa ini adalah RM50,000. Pada masa dahulu jumlah untuk anda membeli saham KAPB ini tidaklah terlalu tinggi, RM20,000 sudah boleh. Akan tetapi apabila pelaburan sudah semakin popular, jumlah minima untuk menjadi ahli dan melabur dalam KAPB menjadi RM50,000. 

Anda serios nak mendaftar? Tak ada masalah tapi mintak baca artikel ini sampai habis kerana ada beberapa info berkaitan dengan testimoni mereka yang dah join koperasi ini dan juga alternatif pelaburan lain yang anda boleh dapatkan informasi. 

Risiko Dalam Pelaburan

Dalam mana-mana pelaburan pun pasti mempunyai risiko yang tersendiri. Terutama untuk elak daripada ditipu dan menjadi mangsa penipuan. Sama anda KAPB ini scam ataupun tidak, anda tentukan sendiri sebelum anda masuk duit anda. 

Apapun, dalam mana-mana pelaburan memang mempunyai risiko. Apapun saya tak nampak isu KAPB ini penipu cuma anda kena baca terma dan syarat sebelum buat apa-apa pelauran dengan mereka. Mereka mengiklankan pulangan pelaburan adalah sebanyak 8% dan dividen pernah sampai sehingga 15%. 

Testimoni Mereka Yang Dah Menjadi Ahli KAPB

Ini testimoni rakan saya yang masuk dan masih lagi menjadi ahli KAPB sehingga ketika artikel ini ditulis. Cuma dia masuk pada masa yuran minimum adalah sebanyak RM20,000 dan tidak sebanyak sekarang ini sehingga RM50,000.

kapb testimoni

Alternatif Kepada KAPB

Ada beberapa alternatif kepada pelaburan dengan KAPB ini. Sekarang ada banyak alternatif lain untuk melabur terutama kalau anda tak dapat nak sediakan Rm50,000 sebagai permulaan pelaburan. Bank Rakyat pun adalah antara beberapa platform pelaburan yang bagus untuk anda dapatkan info lanjut.

Melabur Dalam ASB

Dividen simpanan dalam ASB adalah 8% dan anda boleh bermula untuk melabur dalam ASB dengan modal yang minima. Ya, anda boleh bermula dengan RM10 sahaja. Memang murah dan sangatlah berbaloi. 

Saya rekemen anda bermula dahulu dengan ASB dan jika anda ada modal lebihan, baru saya cadang untuk invest dalam KAPB. Apapun, ini pendapat peribadi dan terpulang sama ada anda nak ikut ataupun sebaliknya.

Simpan Duit Dalam Tabung Haji

Tabung Haji pun menarik dan antara platform yang menawarkan pulangan yang bagus. Cuma buat masa ini, pulangan dividen Tabung Haji tidaklah terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan KAPB. Apapun, ianya adalah antara alternatif yang baik jika anda nak bandingkan dengan pelaburan KAPB.

Wahed Invest

Saya tak nak rekemen Unit Trust, akan tetapi lebih rekemen platform Wahed Invest ini. Wahed Invest lebih menarik kerana dana yang lebih telus dengan kos yang lebih murah jika nak dibandingkan dengan Unit Trust. Anda boleh invest dalam emas melalui platform Wahed Invest dan merupakan antara platform yang bagus untuk anda melabur. 

Anda pun boleh melabur dalam saham di US melalui Wahed FTSE USA Shariah ETF(HLAL). Jika anda mahir dengan teknikal analisis, anda boleh buat analisa teknikal Wahed Invest ini.

Sampai sini sahaja artikel pada kali ini dan adakah KAPB penipu? Anda nilaikan sendiri dan anda perlu buat kajian terperinci untuk anda tentukan. Selamat melabur.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest